June 15, 2009

Belian cergas di bursa minggu ini

KUALA LUMPUR 14 Jun - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka meneruskan kenaikan minggu ini, disokong oleh momentum belian cergas berikutan kenaikan harga minyak mentah, kata para peniaga.

"Terdapat kitaran sihat berlaku dalam pasaran dan juga kecairan yang besar yang menyediakan sentimen positif. Kecairan yang besar itu akan terus merangsang pasaran.
"Para pelabur juga dijangka meneruskan belian mereka dengan harapan kemelesetan global akan mereda," kata mereka.

Seorang peniaga berkata, para pelabur mungkin terus melihat kepada prestasi di Wall Street bagi petunjuk dagangan.

MIMB Investment Bank dalam nota penyelidikannya berkata berdasarkan kepada sesi dagangan yang kukuh minggu lalu, ia dijangka berterusan untuk membawa paras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKI) kepada 1,100 - paras ketahanan kukuh seterusnya.

"Kami mengulangi pendirian kami bahawa petunjuk teknikal masih meningkat untuk tempoh jangka panjang dengan penyertaan kukuh daripada peniaga runcit," kata MIMB.
Bagi asas mingguan, IKKL ditutup bagi minggu yang baru berakhir ini pada 1,090.15, naik 14.65 mata daripada 1,075.5 pada minggu sebelumnya.

Indeks Kewangan meningkat 328.32 mata kepada 8,729.83, Indeks Perusahaan turun 3.99 mata kepada 2,349.25 manakala Indeks Perladangan naik 28.07 mata kepada 5,470.34.
FMBEmas melonjak 144.21 mata kepada 7,357.75, FBM2BRD menambah 268.7 mata kepada 4,986.31, FBM30 menokok 79.87 mata kepada 6,933.72, manakala FBMMDQ naik 146.82 mata kepada 4,372.86.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 10.019 bilion saham bernilai RM8.628 bilion daripada 8.923 bilion saham bernilai RM7.974 bilion minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 8.771 bilion saham bernilai RM8.248 bilion daripada 7.609 bilion saham bernilai RM7.509 bilion sebelumnya.

Bagaimanapun, jumlah dagangan Papan Kedua turun kepada 531.751 juta saham bernilai RM226.689 juta daripada 547.359 juta saham bernilai RM255.268 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq susut kepada 462.915 juta saham bernilai RM81.866 juta daripada 519.182 juta saham bernilai RM137.890 juta minggu sebelumnya.

Waran belian menokok kepada 163.278 juta saham bernilai RM28.539 juta daripada 136.063 juta saham bernilai RM24.392 juta sebelumnya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers