HATI-HATI. Begitulah nasihat Bursa Malaysia Bhd. (Bursa Malaysia) kepada para pelabur ekoran peningkatan urus niaga luar biasa bagi beberapa sekuriti tempatan minggu lalu. Dan, keadaan itu dijangkakan berterusan.
Para penganalisis mengakui apa yang berlaku boleh berulang kerana tahap keyakinan pelabur dalam pasaran tempatan diperkukuhkan oleh sentimen persekitaran semasa. Malah, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) diunjurkan mampu mencapai paras 1,100 minggu ini.
OSK Research dalam nota penyelidikan berkata, berdasarkan prestasi dagangan kukuh pada minggu lalu, IKKL dijangka mencatatkan momentum 1,100 - kedudukan yang kukuh.
Menurutnya, setakat ini petunjuk teknikal terus meningkat, setidak-tidaknya untuk jangka pendek dan sederhana.
Faktor dasaran yang semakin menggalakkan sudah cukup menyebabkan minat untuk melabur menjadi kian menebal. Pada masa ini, pasaran boleh dikatakan mahal berbanding pasaran serantau dengan purata pendapatan sesaham (PE) 14.8 sen berbanding 14.5 sen.
Namun begitu dengan mengambil kira kadar faedah dua peratus bagi simpanan deposit sudah tentu aktiviti dalam pasaran saham tempatan menjadi pilihan kerana boleh mendatangkan hasil sebanyak 3.5 peratus.
Para penganalisis tempatan juga menjangkakan lebih banyak kejutan akan berlaku dalam pasaran tempatan sehingga berlangsung Invest Malaysia 2009 anjuran Bursa Malaysia, secara bersama buat pertama kalinya dengan Kumpulan CIMB pada akhir bulan ini.
'Kejutan' berkenaan diperkukuhkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengesahkan bahawa beliau akan membuat 'pengumuman besar' yang dijangka bakal merancakkan lagi urus niaga bursa tempatan.
Di sebalik jangkaan 'kejutan' itu, aktiviti dagangan luar biasa yang berlaku perlu dipantau kerana apa yang berlaku juga boleh mengundang bahaya dan mampu mempengaruhi kedudukan dan sentimen pasaran. Lagi pun, kepentingan para pemegang saham perlu diberikan keutamaan, apabila harga saham syarikat meningkat tanpa asas yang munasabah.
Sehubungan itu, sewajarnya, Bursa Malaysia mengeluarkan amaran tersebut selepas mendapati sekuriti Measat Global Bhd. (Measat), Transmile Group Bhd. (Transmile), Compugates Holdings Bhd. (Compugates) dan Saag Consolidated (M) Bhd. (Saag) didagang di luar kebiasaan.
Para pelabur yang tidak menyedari mereka menjadi mangsa ikutan spekulasi dengan melabur dalam saham-saham yang meningkat secara luar biasa, akhirnya akan menyaksikan 'jari mereka terbakar' dan menanggung kerugian. Ini kerana pada kebiasaan dalangnya akan keluar pasaran lebih awal setelah meraih untung yang diingini.
Jadi sewajarnya apabila Measat dan Transmile dalam kenyataannya mendakwa tidak tahu menahu mengapa urus niaga luar biasa itu berlaku tetapi keadaan itu tetap dibimbangi oleh Bursa Malaysia. Ini kerana, di sebalik aktiviti dagangan luar biasa, harga-harga saham tersebut tidaklah berada pada kedudukan yang boleh dianggap 'sangat menguntungkan'.
Sekiranya diambil kira spekulasi pasaran, aktiviti dagangan luar biasa dalam sekuriti Measat dipercayai didorong spekulasi penyenaraian semula Maxis Communication Sdn. Bhd..
Begitu juga dengan khabar angin kononnya Tan Sri Robert Kuok, pemegang saham Transmile akan menjual kepentingannya menyebabkan kaunter sekuriti itu tiba-tiba menjadi tumpuan. Bagaimanapun, aktiviti luar biasa yang berlaku itu, setakat ini masih belum mampu menarik pelaburan di kalangan pelabur individu.
Ketua Pegawai Pelaburan ASM, Rusli Abu Yamin ketika mengulas situasi itu berkata, memang wajar Bursa Malaysia menyatakan kebimbangan kerana aktiviti luar biasa itu langsung tidak menyumbang kepada kenaikan harga sebaliknya hanya membabitkan jumlah dagangan sahaja.
Beliau tidak menolak aktiviti luar biasa itu semata-mata didorong untuk menaikkan harga sekuriti disebabkan harga semasa berada di bawah nilai.
''Saya percaya aktiviti ini dilakukan di kalangan pemegang saham, kalau tidak aktiviti ini tidak boleh berlaku.
''Secara kasarnya, dalam keadaan sekarang, adalah sukar untuk menyaksikan kenaikan jumlah dagangan kecuali ada satu-satu perkara yang mendorong kenaikan tersebut,'' katanya.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com