June 17, 2009

Tarif elektrik tidak diturunkan

PORT DICKSON 16 Jun - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) hari ini berkata, tiada sebarang penurunan tarif elektrik akan dibuat untuk sektor perindustrian kerana tindakan itu membebankan syarikat berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khaleb Mohamad Noh berkata, jika penurunan kadar tarif dilakukan, ia akan memberi kesan kepada TNB yang kini menanggung pelbagai bebanan termasuk bayaran 50 peratus kepada penjana tenaga bebas (IPP).

Beliau berkata, negara kini mempunyai kadar tarif terendah berbanding negara jiran, maka desakan terhadap pengurangan tarif hanya akan membebankan TNB.
"Ini kerana, penggunaan dan permintaan elektrik sektor berkenaan turut berkurangan daripada 55 peratus menjadi 43 peratus tahun ini.

"Desakan supaya dikurangkan kadar tarif ini tidak membantu dan akan mengakibatkan kebergantungan sektor berkenaan terhadap subsidi yang diberikan," kata beliau selepas majlis Perasmian Stesen Jana Kuasa Tuanku Ja'afar PD2 Fasa Kedua di sini hari ini.

Perasmian stesen berkenaan dilakukan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui dan Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie.

Sebelum ini, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) telah menggesa kerajaan menyemak semula kadar semasa tarif elektrik kerana operasi harian mereka bergantung sepenuhnya kepada tenaga berkenaan.

Che Khaleb menegaskan, sektor terbabit tidak terlalu boleh bergantung kepada subsidi yang diperuntukkan bagi merendahkan kadar tarif kerana ia akan mendatangkan kesan buruk pada masa depan kelak.

"Sekiranya senario ini berterusan, ia dilihat akan menjejaskan kemampuan sektor terlibat untuk bertahan kerana pada masa akan datang tiada subsidi diperuntukkan," ujar beliau.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers