May 5, 2010

Ulasan pasaran: Situasi global jejas sentimen

Pasaran turun naik, pelabur bimbang kesan krisis hutang Greece

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam kerana pelabur enggan melabur semula keuntungan mereka berikutan kebimbangan berhubung situasi tidak menentu dalam pasaran global. Ketika di penutup, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) susut empat mata kepada 1,342.89 selepas dibuka 1.47 mata lebih tinggi pada 1,348.36 di sesi pagi. Peniaga berkata, pasaran global terus berdepan keadaan turun naik, diikuti kebimbangan terhadap kesan kemungkinan krisis hutang negara Greece. Krisis di negara itu menjejaskan sentimen pasaran meskipun berlakunya kerancakan di Wall Street kelmarin.

Katanya, kemungkinan berlakunya rali dijangkakan pada separuh kedua tahun ini dan pasaran meninjau petunjuk baru seperti angka ekonomi Malaysia dan pendapatan korporat.

OSK Research berkata, sektor seperti automobil, perbankan, produk pengguna, keluli dan pengangkutan dijangka mencatatkan keputusan kewangan yang menggalakkan.
Sehubungan itu, katanya, pendapatan yang baik ini mungkin boleh membantu pasaran untuk bergerak ke hadapan, bulan ini.
“Kami turut maklum keputusan kewangan suku pertama 2010 bakal diumumkan bulan ini pada umumnya nampak positif,” kata syarikat penyelidikan itu.
Pada penutup, Indeks Kewangan turun 17.619 mata kepada 12,076.9 dan Indeks Perusahaan merosot 13.19 mata kepada 2,765.3 tetapi Indeks Perladangan menokok 4.11 mata kepada 6,461.59.

Indeks FBM Emas lebih rendah 47.67 mata kepada 9,057.89, FBM70 berkurangan 82.971 mata kepada 8,913.89 dan Indeks FBM Ace pula 52.57 mata lebih rendah pada 4,106.22.
Saham rugi mengatasi saham untung dengan 556 berbalas 175 sementara 285 kaunter tidak berubah, 354 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan rendah sedikit kepada 767.454 juta saham bernilai RM1.069 bilion berbanding 771.119 juta saham bernilai RM1.031 bilion kelmarin.

Di kalangan saham aktif, Talam Corp merosot satu sen kepada 14 sen, Genting turun tiga sen kepada RM2.84, Green Packet berkurangan 2.5 sen kepada 96 sen dan Berjaya Corp susut 14 sen kepada RM1.55.

Untuk saham berwajaran tinggi, Maybank menokok dua sen kepada RM7.65, Sime Darby turun lima sen kepada RM8.76, CIMB menambah dua sen kepada RM14.20 dan Maxis susut dua sen kepada RM5.30.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama naik sedikit kepada 640.982 juta bernilai RM1.031 bilion berbanding 636.772 juta saham bernilai RM993.670 juta kelmarin.
Jumlah dagangan di pasaran ACE mengukuh kepada 64.941 juta saham bernilai RM12.384 juta daripada 81.241 juta saham bernilai RM17.441 juta.

Waran pula menambah kepada 45.434 juta unit bernilai RM9.605 juta daripada 42.392 juta unit bernilai RM8.583 juta sebelumnya.

Produk pengguna menguasai 20.257 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 113.849 juta, pembinaan 44.988 juta, urus niaga dan perkhidmatan 176.159 juta, teknologi 63.896 juta, infrastruktur 25.596 juta, kewangan 61.483 juta, perhotelan 9.271 juta, hartanah 118.275 juta, perladangan 5.324 juta, perlombongan 76,000, REIT 1.781 juta dan dana tertutup 26,500. – Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers