KUALA LUMPUR 4 Mei - Ringgit berakhir lebih rendah berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan trend menurun pada pasaran saham tempatan, kata peniaga.
Pada penutup 5 petang, mata wang tempatan itu didagangkan pada 3.2100/2150 berbanding 3.2085/2115 semalam.
Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia ditutup empat mata lebih rendah pada 1,342.89 berikutan ketidaktentuan pada pasaran global.
Seorang peniaga berkata dolar AS lebih kukuh didorong angka pengilangan dan perbelanjaan persendirian AS yang kukuh.
Sementara itu, unit tempatan ditutup lebih tinggi berbanding lain-lain mata wang utama.
Ia lebih kukuh berbanding dolar Singapura pada 2.3339/3409 daripada 2.3352/3395 semalam dan meningkat berbanding yen pada 3.3911/3978 daripada 3.4126/4169.
Mata wang tempatan juga lebih tinggi berbanding euro pada 4.2154/2229 daripada 4.2455/2501 semalam dan lebih kukuh berbanding pound British pada 4.8753/8842 daripada 4.8891/8946 sebelum ini.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com