EKSEKUTIF peringkat kanan teknologi maklumat (IT) menunjukkan minat yang ketara dalam penyelesaian dan strategi IT hijau, disebabkan oleh pengurangan kos dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Hasil kajian Laporan IT Hijau Asia Pasifik dan Jepun Symantec Corp 2009, menunjukkan peralihan daripada pelaksanaan teknologi hijau terutama untuk tujuan pengurangan kos kini lebih kepada kesedaran meningkatkan pendirian organisasi terhadap alam sekitar.
Pengarah Urusan Symantec Malaysia, Suzie Tan, berkata lebih 12 bulan lalu, IT muncul sebagai penggerak sebenar dalam memacu pelaksanaan inisiatif hijau, bukan hanya untuk faedah penjimatan tenaga tetapi juga sebagai maklum balas kepada kehendak yang lebih luas oleh organisasi bagi melaksanakan amalan tanggungjawab terhadap alam sekitar.
"Hasil penemuan di Malaysia konsisten dengan rantau Asia Pasifik dengan 72 peratus responden mengadakan strategi IT hijau,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.