PENGELUAR kereta mewah Jerman, Daimler, melancarkan model hibrid pertama minggu lalu, hampir 10 tahun selepas peneraju pasaran, Toyota. Limosin terbaik dunia, kegemaran pemimpin dunia, Mercedes Benz S Class, kini boleh didapati di Eropah dengan dua varian - elektrik dan petrol, bertujuan menjimatkan minyak serta mengurangkan pencemaran. CO2 peneraju kereta mewa, seperti yang dicanang Mercedes, namun mengeluarkan 186-189 gram karbon dioksida setiap kilometer, antara pencemar terbesar, di atas paras purata Eropah sekitar 160 gram.
S model dengan enjin normal boleh mengeluarkan sehingga 234 gram, tegas Daimler. Jurucakap itu berkata: “kami mahu melancarkan sekurang-kurangnya satu model hibrid setahun.” Bagaimanapun, ia disifatkan sebagai revolusi kecil dalam sektor automotif Jerman, yang secara amnya mengeluarkan kereta besar, berkuasa tinggi jenama termasuk Mercedes, Porsche, BMW dan Audi.
Porsche bercadang memperkenalkan versi hibrid kenderaan utiliti sports (SUV) Cayenne pada 2010, dan BMW sedang menyediakan sedan daripada barisan Series 7 tahun ini, sungguhpun ia ‘terlalu awal untuk memperkatakan mengenai pengedaran penuh, demikian menurut jurucakap BMW. - AFP