KRISIS global secara beransur-ansur menghakis sebanyak AS$50 trilion nilai aset kewangan tahun lalu, termasuk kerugian berjumlah AS$9.6 trilion di negara Asia, kata Bank Pembangunan Asia (ADB), semalam.
"Ini nyata krisis paling serius yang melanda ekonomi dunia sejak krisis hebat melanda," kata Presiden ADB, Haruhiko Kuroda. Namun, beliau menjangkakan Asia akan menjadi "satu daripada wilayah yang paling awal bangkit daripada krisis itu."
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh pembiaya pinjaman yang berpangkalan di Manila, Filipina mengenai kesan krisis kewangan terhadap ekonomi sedang membangun, ia meramalkan nilai aset kewangan di seluruh dunia mata wang, ekuiti dan pasaran bon menyusut sehingga AS$50 trilion pada 2008.
Ia berkata, negara Asia sedang membangun menerima kesan lebih teruk nilai kerugian bersamaan dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun berbanding ekonomi sedang membangun yang lain kerana rantau itu berkembang dengan lebih pantas.
Di Amerika Latin, kerugian dianggarkan AS$2.1 trilion. Menurut kajian itu, angka berkenaan menunjukkan bukti jelas terhadap hubungan rapat antara pasaran dan ekonomi di seluruh dunia, meninggalkan hanya sedikit ataupun jika ada, negara yang tidak terjejas akibat kemelesetan ekonomi.