Oleh Ahmad Farizal Hajat
Pendapatan 2008 lonjak 14 peratus kepada RM11.348bTM International Bhd (TMI) mencatat keuntungan sebelum cukai RM905.82 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, berbanding RM2.33 bilion tahun sebelumnya.
Penurunan itu disebabkan oleh perkara luar biasa, termasuk kerugian dalam tukaran mata wang asing, terutama ringgit berbanding dolar dan faedah pinjaman kumpulan, yang mana memberi kesan ketara dalam sumbangan daripada anak syarikat kendalian serantaunya.
Faktor itu juga menyebabkan keuntungan bersih kumpulan susut 72 peratus kepada RM498 juta daripada RM1.78 bilion pada tahun kewangan 2007. Jika tidak termasuk perkara luar biasa tidak berulang itu, keuntungan bersih syarikat telekomunikasi itu bagi tahun kewangan 2008, sepatutnya RM1.1 bilion.
Bagaimanapun, di sebalik penurunan itu, pendapatan TMI tahun lalu melonjak 14 peratus kepada RM11.348 bilion berbanding RM9.997 bilion pada 2007.