Oleh Shahrizan Salian
Pendapatan pengiklanan keseluruhan akhbar bahasa Malaysia berkembang 12 peratusKUMPULAN The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) mencatatkan keuntungan bersih RM47.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, mewakili peningkatan 40.3 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, NSTP berkata, prestasi itu dicapai bersandarkan jumlah pendapatan sebanyak RM578.2 juta.
Ini tidak termasuk perkara luar biasa, kumpulan merekodkan keuntungan operasi sebelum cukai berjumlah RM46.1 juta yang mewakili peningkatan sebanyak 55 peratus daripada RM29.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya. Peningkatan prestasi itu disumbangkan oleh jumlah pendapatan yang lebih tinggi, terutama daripada pengiklanan. Harian Metro kekal mencatatkan pertumbuhan dari segi edaran dan pengiklanan.