June 12, 2009

SapuraCrest bida kontrak bernilai lebih RM5 bilion

SAPURACREST Petroleum Bhd (SapuraCrest), penyedia perkhidmatan sokongan untuk syarikat cari gali minyak, sedang membida kontrak bagi projek bernilai lebih RM5 bilion di dalam dan luar negara.

Naib Pengerusi Eksekutif SapuraCrest, Datuk Shahril Shamsuddin, berkata sebahagian daripada kontrak berkenaan dijangka diperoleh menjelang hujung tahun ini. “Kami sedang giat membida beberapa projek yang antara lain bakal membabitkan pengurusan, pemerolehan, kejuruteraan, khidmat pengangkutan dan pemasangan serta kerja bagi saluran paip eksport minyak.

“Kami yakin meraih sebahagian besar daripada kontrak yang dibida itu dalam tahun ini,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kenderaan kawalan jarak jauh (Rov) yang paling canggih, dikenali sebagai Typhoon, di Pameran Minyak, Gas dan Petrokimia (OGA) 2009 di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran Rov, iaitu sejenis robot yang mampu beroperasi di dasar laut, disempurnakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. SapuraCrest menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan pada peringkat huluan serta hiliran bagi syarikat minyak dan gas.

Ia termasuk pemasangan saluran paip, penggerudian minyak dan gas luar pesisir, perkhidmatan dan operasi marin serta perkhidmatan penyenggaraan. Kumpulan berkenaan yang kini giat menyediakan perkhidmatan kepada syarikat minyak dan gas di laut cetek, sedang giat berusaha untuk meningkatkan keupayaannya memberi perkhidmatan kepada syarikat laut dalam.

Ditanya mengenai jumlah terkini pesanan kontrak SapuraCrest, Shahril berkata, kumpulan memiliki kontrak dalam tangan bernilai RM7 bilion, yang mana akan mengambil masa selama dua tahun. “Kami akan terus mengkaji semua peluang bagi memastikan projek dalam tangan berkedudukan kukuh. Apa yang kami nampak dalam beberapa sektor industri minyak dan gas, kegiatannya masih rancak,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers