Oleh Ainul Asniera Ahsanainul.ahsan@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 11 Jun - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan belum diaudit sebanyak RM3.26 bilion pada suku pertama tahun ini, merosot 10.47 peratus berbanding RM3.64 bilion pada suku keempat tahun lalu.
Penurunan pendapatan pelaburan pada suku tahun pertama itu disebabkan oleh pulangan pelaburan yang menyusut daripada instrumen pendapatan tetap dan ekuiti.
Menurut kenyataan KWSP, penyumbang tertinggi kepada pendapatannya pada suku pertama 2009 ialah pinjaman dan bon yang mencatatkan pulangan sebanyak RM1.78 bilion, susut 2.15 peratus berbanding RM1.82 bilion pada suku keempat.
Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) merupakan penyumbang hasil kedua tertinggi dengan pulangan sebanyak RM1.11 bilion, jatuh 13.23 peratus daripada RM1.28 bilion yang diraih pada suku keempat 2008.
''Meskipun pulangan dalam pinjaman, bon dan MGS menurun pada suku pertama ini, KWSP akan terus melabur dalam instrumen berkenaan kerana ia menyumbang kepada pengekalan modal dan perolehan pendapatan yang stabil.
''Ia bersesuaian dengan mandat pelaburan KWSP yang mengutamakan instrumen berisiko rendah,'' menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol.
Ekuiti pula menyumbang sebanyak RM223.83 juta selepas peruntukan rosot nilai pelaburan ekoran kejatuhan harga pada pasaran ekuiti berbanding RM342.54 juta pada suku sebelumnya.
KWSP berkata, setakat 31 Mac lalu, sebanyak 36.81 peratus daripada pinjaman dan bon dilaburkan dalam syarikat yang mendapat penarafan kredit AAA dan 49.97 peratus lagi dalam syarikat yang beri penarafan AA.
Tambahnya, KWSP akan terus melabur dalam saham-saham mewah dengan tumpuan kepada dua sektor dengan 37.43 peratus pelaburan akan dilaburkan dalam pasaran ekuiti bagi sektor dagangan dan perkhidmatan.
Sebanyak 33.93 peratus lagi dalam sektor kewangan dan kurang 10 peratus akan dilaburkan dalam sektor perladangan (8.66 peratus), barangan industri (6.98 peratus) dan pembinaan (4.59 peratus).
Azlan menjangkakan keadaan pasaran kekal mencabar dalam masa terdekat disebabkan kesan kemelesetan global terhadap ekonomi domestik.
Bagaimanapun, prospek luar negara semakin baik, didorong fiskal dalam negeri yang kukuh dan kewujudan kecairan yang tinggi, dijangka merangsang prestasi pasaran pada pertengahan tahun kedua 2009.
''Kami menjangkakan tahun ini merupakan tahun yang sukar bagi KWSP tetapi sebagai pelabur jangka panjang KWSP akan mengambil kesempatan daripada peluang-peluang yang wujud pada masa mencabar ini,'' katanya.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com