June 12, 2009

Malaysia, Belanda kukuhkan industri minyak

KUALA LUMPUR 11 Jun - Malaysia akan bekerjasama dengan Belanda untuk mendapatkan kepakaran dan teknologi terkini bagi memperkukuhkan industri minyak dan gas di negara ini.
Matlamat kerjasama itu adalah untuk menjadikan Malaysia antara peserta utama industri minyak dan gas dunia.

Presiden Majlis Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (MOGSC), Sofiyan Yahya berkata, melalui kerjasama itu, pemain industri minyak dan gas di Malaysia dijangka memperoleh kepakaran dari negara tersebut dan saling bertukar-tukar maklumat mengenai industri.
Beliau memberitahu, selain mendapatkan kepakaran, kerjasama tersebut turut memberi tumpuan kepada aspek pemadanan projek-projek pembangunan di kedua-dua negara.
''Melalui kerjasama ini, saya berharap Malaysia berupaya membangunkan kepakarannya sendiri dan menjadi pemain utama industri di dunia,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian rangkaian antara MOGSC dan Persatuan Pembekal Minyak dan Gas Belanda (IRO) di sini hari ini.

Hadir pada majlis ialah Duta Belanda ke Malaysia, Lody Embrechts dan Pengarah Urusan IRO, Hans P. de Boer.

Melalui kerjasama Malaysia-Belanda, MOGSC dan IRO akan menjalankan pelbagai program pembangunan industri minyak dan gas termasuk bengkel dan seminar.
MOGSC yang berusia lima tahun kini mempunyai 150 ahli terdiri daripada syarikat-syarikat besar yang mengusahakan pelbagai projek termasuk pengeluaran raksa dan gas asli di dalam dan luar negara.

Selain pembangunan industri minyak dan gas, Malaysia turut berminat untuk membangunkan projek penyimpanan minyak dan gas di laut dalam.

Katanya, projek tersebut mempunyai potensi yang meluas di Malaysia selain meyakini industri minyak dan gas kekal bertahan sepanjang tempoh kegawatan ekonomi global berikutan permintaan masih tinggi.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers