June 12, 2009

Peluang besar francais berkembang

KUALA LUMPUR 11 Jun - Perniagaan francais di Malaysia berpotensi untuk berkembang berikutan terdapat hanya 373 syarikat induk yang terlibat dalam industri berkenaan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, syarikat induk itu terdiri daripada 247 syarikat francaisor tempatan, 64 francaisi utama dan 62 francaisi asing.

Beliau bagaimanapun berkata, jumlah syarikat tersebut dianggap masih kecil dan menyebabkan perniagaan francais pada tahun lalu hanya menyumbang kira-kira enam peratus kepada sektor peruncitan negara.

''Sumbangan ini adalah sangat kecil jika dibandingkan peniagaan francais di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Australia yang menyumbang lebih 50 peratus kepada sektor peruncitan pada tahun lalu.

''Nilai jualan francais di AS berjumlah RM8.1 trilion setahun dan Australia (RM458 bilion) dengan masing-masing menawarkan 21 juta dan 10 juta peluang pekerjaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Francais Malaysia (MFA) Ke-14 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjangkakan bilangan syarikat francais di negara ini akan meningkat berikutan langkah kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan baru-baru ini.
''Ia membuka peluang yang sangat besar bagi syarikat asing untuk memulakan perniagaan francais masing-masing di Malaysia dengan penguasaan ekuiti 100 peratus," katanya.

Mukhriz berkata, kemasukan syarikat asing berkenaan tidak akan memberikan ancaman kepada syarikat francaisor tempatan kerana mereka boleh mengembangkan operasi ke luar negara.

''Jenama francais yang berasal dari Malaysia seperti Marrybrown, Secret Recipe, 1901 hotdogs dan Nelson's kini mendapat sambutan di luar negara kerana dikatakan berkualiti dan halal," ujarnya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers