KUCHING 11 Jun - Jumlah pelaburan membabitkan 24 projek utama di kawasan Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE) dijangka mencecah RM80 bilion menjelang 2014.
Menurut Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, minat yang ditunjukkan pelabur dalam tempoh lima tahun itu dijangka mewujudkan lebih daripada 20,000 peluang pekerjaan kepada penduduk negeri ini.
Beliau berkata, kerajaan negeri dijangka mengeluarkan tender bagi melaksanakan kerja pembinaan infrastruktur di kawasan SCORE dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) atau tahun ini.
''Saya gembira melihat perkembangan SCORE dan saya menjangkakan menjelang 2014 kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut akan siap, sekali gus menampakkan kejayaan pelaksanaannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri mesyuarat pertamanya bersama ahli Lembaga Pengarah Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda).
SCORE dibangunkan di wilayah tengah negeri ini yang merangkumi kawasan Bintulu, Kapit, Sibu, Mukah dan Sarikei yang merangkumi keluasan 70,708 kilometer persegi.
Ia merupakan antara koridor pembangunan terbesar negara selepas Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC).
Abdul Taib memberitahu, pelaksanaan SCORE ketika ini berjalan lancar termasuk pembinaan infrastruktur, penyediaan tenaga kerja dan jalan raya.
Sementara itu, beliau memberitahu, penghasilan produk aluminium dan polisilika merupakan projek utama di kawasan SCORE dan ia akan menarik pelaburan yang besar.
''Pelaburan ini termasuk pembinaan sebuah kilang aluminium yang baru di Mukah yang akan beroperasi Ogos ini dengan kemampuan menghasilkan antara 50,000 hingga 100,000 tan produk aluminium dan polisilika setahun," katanya.
Mengenai perkembangan Hab Halal Tanjung Manis (HHTM), Abdul Taib berkata, ia bermula dengan baik dengan sejumlah RM400 juta pelaburan telah diterima setakat ini daripada unjuran pelaburan keseluruhan sebanyak RM2 bilion.
Beliau menambah, sebuah makmal bagi menjalankan kerja saintifik dan pengawalan kualiti produk juga akan dibina di HHTM bulan ini.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com