June 16, 2009

Keyakinan pengguna menurun

KUALA LUMPUR 15 Jun - Purata skor keyakinan pengguna pasaran di Asia/Pasifik jatuh kepada 38.7 daripada 47.4 enam bulan lalu, dan 56.0 setahun lalu, demikian menurut Indeks Keyakinan Pengguna terbaharu MasterCard Worldwide.

Penurunan keyakinan itu disebabkan oleh krisis kredit yang berterusan, pasaran kewangan yang tidak menentu dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, kata MasterCard Worldwide dalam kenyataannya di sini hari ini.

Indeks Keyakinan Pengguna MasterCard Worldwide merupakan kaji selidik keyakinan pengguna rantau ini yang paling menyeluruh dan yang paling lama.

Indeks itu yang dikeluarkan dua kali setahun berdasarkan kepada kaji selidik yang mengukur keyakinan pengguna bagi jangkaan dalam pasaran untuk tempoh enam bulan akan datang.
Kaji selidik terbaharu itu dijalankan dari 23 Mac hingga 18 April tahun ini dan melibatkan 9,211 pengguna dari 21 pasaran.

Lima bahagian yang mana pengguna menunjukkan tahap keyakinan mereka ialah dalam pekerjaan, ekonomi, pendapatan tetap, pasaran saham dan kualiti hidup.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers