June 16, 2009

Bursa umum rangka kerja sekuriti 13 Julai

KUALA LUMPUR 15 Jun - Bursa Malaysia Bhd. (Bursa Malaysia) mengumumkan akan mula menggunakan rangka kerja sekuriti pelbagai mata wangnya pada 13 Julai ini.

Rangka kerja itu akan menyokong penyenaraian, dagangan, kejelasan dan penyelesaian sekuriti bukan ringgit, selain membantu penyenaraian bukan ringgit dan penyenaraian bersilang daripada bursa lain.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, platform baru itu merupakan inisiatif terbaru Bursa Malaysia untuk menarik pelabur dan terbitan ke dalam pasaran modal tempatan.

''Para pelabur bakal menyaksikan platform terbaru ini menawarkan penyenaraian bukan dalam ringgit dan pilihan produk bagi mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka.

''Pelaksanaan platform itu juga dapat menyokong minat berterusan penerbit saham domestik dan asing untuk menyenaraikan Exchange Traded Funds (ETFs) rantau Asia dalam mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan Euro,'' katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Tambah Yusli, penerbit saham di ETF kini lebih berminat terhadap penyenaraian bersilang sebagai strategi untuk mengembangkan aset mereka.

''Minat mereka juga turut meliputi ETF serantau. Melalui platform pelbagai mata wang ini, kami dapat membantu menawarkan ETF bukan ringgit di Bursa Malaysia.

Walaupun perdagangan sekuriti pelbagai mata wang dibuka kepada semua pelabur, tetapi mereka masih perlu mengikut polisi Pentadbiran Pertukaran Asing Bank Negara Malaysia (BNM).

Mereka juga perlu mendapat kelulusan daripada BNM sebelum menerbitkan sekuriti bukan ringgit.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.bursamalaysia.com

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers