KUALA LUMPUR 3 Mei - Harga-harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih rendah hari ini, disebabkan oleh kegiatan menjual di kaunter-kaunter mewah terpilih apabila pelabur mengambil isyarat daripada trend menurun di Wall Street dan bursa serantau, kata peniaga.
Bagaimanapun, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI)terus meningkat dengan kenaikan 0.51 mata kepada 1,346.89, setelah dibuka 2.14 mata lebih rendah pada 1,344.24.Sementara itu, dalam satu nota penyelidikannya hari ini, OSK Research berkata FBM KLCI memperlihatkan prestasi wajar dengan pulangan sebanyak 2.1 peratus dalam bulan April.
Di bursa saham hari ini, Indeks Kewangan naik 2.729 mata kepada 12,094.52, Indeks Perusahaan mengukuh 1.82 mata kepada 2,778.49 dan Indeks Perladangan menambah 9.39 mata kepada 6,457.48.
Indeks FBM Emas turun 4.69 mata kepada 9,100.56, FBM70 susut 20.92 mata kepada 8,996.86 dan Indeks FBM Ace Index jatuh 10.06 mata kepada 4,158.79.
Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 456 berbanding 254 manakala 268 kaunter tidak berubah, 392 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung urus niaga. Jumlah dagangan susut sedikit kepada 771.119 juta saham bernilai RM1.031 bilion berbanding 889.094 juta saham bernilai RM1.474 bilion pada penutupan Jumaat.
Antara saham cergas, Talam Corp menokok sesen kepada 15 sen, Genting jatuh tiga sen kepada RM2.87 dan Tejari Technologies meningkat lima sen kepada 29 sen.
Bagi saham mewah, Maybank turun tiga sen kepada RM7.63, Sime Darby naik tiga sen kepada RM8.81, Tenaga susut tujuh sen kepada RM8.43 dan CIMB masih pada RM14.18.
Jumlah dagangan Pasaran Utama mengecil kepada 636.772 juta saham bernilai RM993.670 juta daripada 743.389 juta saham bernilai RM1.435 bilion Jumaat lepas. Dalam pasaran ACE, bagaimanapun, jumlah dagangan bertambah kepada 81.241 juta saham bernilai RM17.441 juta daripada 75.05 juta saham bernilai RM13.07 juta.
Waran susut kepada 42.392 juta unit bernilai RM8.583 juta daripada 56.97 juta unit bernilai RM10.5 juta sebelumnya.
Barangan pengguna menguasai 21.731 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 92.917 juta, pembinaan 49.973 juta, perdagangan dan perkhidmatan 199.859 juta, teknologi 25.554 juta, prasarana 9.558 juta, kewangan 83.655 juta, hotel 5.873 juta, harta 135.901 juta, perladangan 9.965 juta, perlombongan 3,000, REIT 1.752 juta dan dana tertutup 29,700. - Bernama
May 4, 2010
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com