April 22, 2010

Ringgit ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 21 April - Ringgit mengakhiri dagangan pada paras lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini dengan para pelabur kembali melaburdalam aset yang lebih berisiko seiringan minat yang semakin meningkat terhadapmata wang Asean," kata peniaga.

Pada pukul 5 petang, mata wang tempatan itu mengukuh berbanding dolar ASkepada 3.1950/1900 daripada 3.2045/2075 semalam.

"Kami menjangka ringgit bergerak ke arah paras RM3.15 berbanding dolar menjelang akhir tahun," kata MIDF Research dalam nota penyelidikannya hari ini.

Firma penyelidikan itu juga berkata kejatuhan dolar dan mata wang Eropah akan menjadi faktor pendorong bagi dana asing yang ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi dalam pasaran ekuiti Asia. Sokongan belian dilihat pada paras 3.1880 dalam sesi dagangan hari ini, kataseorang peniaga lain.

Dengan mata wang utama lain, ringgit turun sedikit berbanding dolar Singapura pada 2.3287/3330 daripada 2.3280/3326 semalan tetapi naik berbanding yen kepada 3.4263/4320 daripada 3.4509/4545 sebelumnya.

Unit tempatan itu mengkukuh berbanding euro pada 4.2912/2982 daripada4.3251/4304 semalam dan juga berbanding pound sterling pada 4.9264/9347 daripada 4.9308/9367 sebelumnya. -Bernama