KUALA LUMPUR 21 April - Harga-harga saham di Bursa Malaysia bercampur-campur secara menyeluruh pada penutup hari ini, dengan aktiviti kecil pengambilan untung dalam saham-saham berwajaran tinggi, kata peniaga.
Kerugian, sebahagian besarnya oleh Tenaga Nasional dan CIMB Group, mengheret turun Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) sebanyak 2.26mata atau 0.169 peratus kepada 1,333.64.
Pada pembukaan, Indeks Komposit meningkat 2.17 mata kepada 1,338.07. Ia bergerak antara 1,333.64 dan 1,339.15 dalam dagangan hari ini. Indeks Kewangan susut 2.21 mata kepada 12,012.35, Indeks Perladangan turun 26.22 mata kepada 6,488.86, Indeks Perusahaan menokok 2.16 mata kepada
2,771.84 dan Indeks FBM Emas menokok 5.949 mata kepada 9,058.31. FBM70 melonjak 69.86 mata kepada 9,067.37 manakala Indeks FBM Ace susut 0.36 mata kepada 4,164.73.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 399 berbanding 289 manakala 298 kaunter tidak berubah, 400 tidak diniagakan dan 52 lagi digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 875.459 juta bernilai RM1.293 bilion berbanding 796.609 juta saham bernilai RM1.218 bilion pada penutup Selasa.
Sementara itu, jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 693.133 juta saham bernilai RM1.249 bilion berbanding 611.405 juta saham bernilai RM1.179 bilion semalam.
Jumlah dagangan di pasaran ACE, bagaimanapun berkurangan kepada 74.982 juta saham bernilai RM10.248 juta berbanding 97.558 juta saham bernilai RM11.696 jutasebelumnya. Jumlah dagangan waran melonjak kepada 87.481 juta saham bernilai RM22.31juta berbanding 67.172 juta bernilai RM13.532 juta pada penutup semalam.
British American Tobacco, yang akan mengumumkan keputusan kewangannya esok,muncul sebagai kaunter paling rugi dengan sahamnya susut 94 sen kepada RM42.40.
Antara kaunter aktif, KNM Group susut 1.5 sen kepada 60.5 sen, PerisaiPetroleum Teknologi menokok 4.5 sen kepada 68.5 sen dan Scomi meningkat dua senkepada 50.5 sen.
Barangan pengguna menyumbang sebanyak 19.72 juta saham yang diurusniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 229.867 juta, pembinaan 40.468 juta,perdagangan dan perkhidmatan 193.49 juta, teknologi 39.906 juta, infrastruktur 17.053 juta, kewangan 89.276 juta, hotel 12.895 juta, hartanah 30.95 juta,perladangan 17.76 juta, perlombongan 8,100, REIT 1.725 juta dan dana tertutup 13,700. - Bernama