KUALA LUMPUR 30 Dis - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini berikutan kekurangan penyertaan para pelabur yang kekal berada di luar pasaran sebelum bercuti hujung minggu yang panjang, kata para peniaga.
Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur ( FBM KLCI) turun 4.1 mata kepada 1,271.12, selepas dibuka turun 0.30 mata kepada 1,274.92.
Seorang peniaga berkata kebanyakan pelabur teragak-agak untuk membuat belian baharu berikutan kekurangan petunjuk baharu dan kerana ketiadaan faktor yang boleh mengerakkan pasaran.
Indeks Kewangan turun 26.79 mata kepada 11,041.13, Indeks Perusahaan turun 6.82 mata kepada 2,668.71 dan Indeks Perladangan turun 20.76 mata kepada 6,351.50.
Indeks FBM Emas merosot 14.5 mata kepada 8,494.94, Indeks FBM Top 100 rugi 20.21 mata kepada 8,300.03 manakala Indeks FBM70 meningkat 5.89 mata kepada 8,268.29 dan FBMACE menokok 57.23 mata kepada 4,261.31.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 375 kepada 281 manakala 49 kaunter tidak berubah dan 401 yang, lain Jumlah dagangan meningkat kepada 586.472 juta saham bernilai RM798.020 juta, daripada 575.478 juta saham pada Selasa yang bernilai RM741.665 juta.
Perolehan di Pasaran Utama meningkat kepada 506.551 juta saham bernilai RM776.769 juta daripada 484.278 juta saham
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 42.894 juta unit bernilai RM12.497 juta daripada 33.85 juta unit yang bernilai RM10.05 juta sebelum ini.
Waran, bagaimana pun turun kepada 19.396 juta saham bernilai RM3.602 juta daripada 29.57 juta saham yang dicatat Selasa, yang bernilai RM5.433 juta.
Antara kaunter aktif, Waran Green Packet meningkat 5.0 sen kepada 72 sen, Linear melonjak 39.5 sen kepada 58 sen tetapi SAAG Consolidated turun 0.5 sen kepada 17 sen dan Gamuda turun 3.0 sen kepada RM2.58.
Antara saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun 2.0 sen kepada RM8.99, Maybank rugi 5.0 sen kepada RM6.85, CIMB Group turun 18 sen kepada RM12.92, Tenaga turun 1.0 sen kepada RM8.30 manakala Maxis meningkat 1.0 sen kepada RM5.38.
Produk pengguna mencatatkan 22.134 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 96.210 juta, pembinaan 39.598 juta, dagang dan perkhidmatan 159.535 juta, teknologi 62.014 juta, prasarana 8.892 juta, kewangan 33.995 juta, hotel 3.945 juta, hartanah 61.436 juta, perladangan 15.587 juta, perlombongan 24,000, REIT 3.156 juta dan dana tertutup 24,600.
- Bernama