July 31, 2009

Citigroup mahu tubuh anak syarikat perbankan Islam

KUMPULAN perkhidmatan kewangan terbesar di dunia, Citigroup Inc, merancang mengembangkan lagi perniagaannya di negara ini dengan membuka anak syarikat perbankan Islamnya.

Ia juga akan membuka empat baru cawangan Citibank Malaysia Bhd bertujuan mengembangkan lagi jangkauan unit perbankan konvensionalnya itu. Ketua Eksekutifnya, Vikram Pandit, berkata rancangan itu adalah sejajar komitmen kumpulan itu untuk terus menambah pelaburannya di negara ini, sekali gus menyumbang kepada keuntungannya.


“Cawangan baru Citibank dan anak syarikat perbankan Islam dirancang itu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru serta menawarkan lebih banyak produk kewangan di negara ini. “Rancangan pelaburan dan pengembangan operasi ini menunjukkan pertambahan komitmen Citigroup di Malaysia yang berada di negara ini sejak 50 tahun lalu,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Vikram berada di Malaysia sempena lawatannya ke beberapa cawangan kumpulan perbankan itu di Asia. Hadir sama Ketua Eksekutif Citibank Malaysia, Sanjeev Nanavati dan Ketua Perniagaan Negara dan Pelanggan Globalnya, Michellina Triwardhany