June 13, 2009

Skim mudahkan penawaran sekuriti rentas sempadan

KUALA LUMPUR 12 Jun - Suruhanjaya Sekuriti (SC) bersama dengan pengawal atur sekuriti di Singapura dan Thailand telah melaksanakan Skim Standard ASEAN dan Tambahan bagi penawaran sekuriti rentas sempadan.

Skim itu, yang dibangunkan oleh Forum Pasaran Modal ASEAN akan memudahkan penawaran ekuiti dan sekuriti hutang pelbagai bidang kuasa di rantau ini, kata SC dalam satu kenyataan hari ini. Penawaran pelbagai bidang kuasa itu merupakan penawaran sekuriti oleh penerbit yang berpangkalan sama ada di ASEAN atau di luar ASEAN, kepada lebih daripada sebuah negara di rantau ini.

Skim itu kini membolehkan penerbit di Malaysia, Singapura dan Thailand mematuhi kepada hanya satu set standard penzahiran yang sama (Standard ASEAN) dengan keperluan tambahan terhad yang ditentukan oleh bidang kuasa berkaitan (Standard Tambahan).

Sebelum ini, penerbit perlu mematuhi standard penzahiran yang berbeza-beza dalam ketiga-tiga pasaran.

"Pelaksanaan Skim tersebut merupakan langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih cekap bagi akses kepada modal merentasi ASEAN.

"Dengan membenarkan maklumat yang konsisten dalam dokumen penawaran pelbagai bidang kuasa, Skim ini akan membantu pelabur untuk membuat keputusan bermaklumat dan memberikan mereka pilihan pelaburan yang lebih luas," kata Pengerusi SC, Tan Sri Zarinah Anwar.

Standard ASEAN berasaskan kepada standard bagi penawaran rentas sempadan yang dibangunkan oleh Pertubuhan Suruhanjaya Sekuriti Antarabangsa.

Standard itu juga mengguna pakai sepenuhnya piawaian perakaunan dan pengauditan Standard Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) dan Standard Pengauditan Antarabangsa (ISA). - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers