June 13, 2009

SC kaji garis panduan ETF

KUALA LUMPUR 12 Jun - Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan garis panduan yang dikaji semula bagi membolehkan dana dagangan bursa (ETF) yang diperakui, turut disenarai di Bursa Malaysia.

Garis panduan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan pasaran modal, kata SC dalam satu kenyataan.

"Semakan itu termasuk penambahan dua bab baru kepada garis panduan sedia ada, khususnya mengenai penawaran ETF asing dan prosedur permohonan bagi penawaran ETF asing," katanya.

Bab-bab ini meliputi prosedur permohonan dan syarat penyerahan untuk pengurus dana asing yang berminat menawarkan ETF masing-masing di Malaysia, serta kriteria kelulusan, keperluan dokumen penawaran, pelantikan dan fungsi perwakilan.

Menerusi garis panduan yang sudah dikaji semula itu, seorang pengurus dana boleh mendapatkan penyenaraian kedua ETF asing di Bursa Malaysia jika ia daripada bidang kuasa yang diperakui (seperti yang disenarai dalam garis panduan penawarkan, pemasaran dan agihan dana asing) kata SC.

"Kini, senarai silang ETF asing boleh diperoleh daripada pihak yang tidak diperakui dengan regim kawal aturan yang setanding Malaysia," katanya.

SC berkata, ia sudah berunding dengan para pengurus dana terpilih dalam merangka semakan baru itu.

Selari dengan kajian semula terhadap garis panduan bagi unit dana amanah dan amanah pelaburan hartanah, peruntukan garis panduan FTF juga sudah diselaras untuk memudahkan rujukan. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers