June 14, 2009

Saham KL akhiri minggu lebih tinggi

KUALA LUMPUR 12 Jun - Harga saham di Bursa Malaysia lebih tinggi semasa mengakhiri minggu ini dengan minat belian berterusan diterajui Maybank yang menjejaki kenaikan di Wall Street, kata para peniaga.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur naik 1.19 mata, ditutup pada 1,090.15 selepas dibuka 5.64 mata lebih tinggi pada 1,094.6.

Sentimen positif itu menggalakkan pelabur memasuki pasaran. Terdapat juga kegiatan pengambilan untung terutamanya saham berkaitan perladangan.
Indeks Perladangan susut 37.55 mata kepada 5,470.34 dan Indeks Perusahaan turun 25.07 mata kepada 2,349.25.

Indeks Kewangan, bagaimanapun naik 140.41 mata kepada 8,729.83. Indeks FBMEmas meningkat 21.55 mata kepada 7,357.75, Indeks FBMMesdaq naik 68.13 mata kepada 4,372.86 manakala Indeks FBM2BRD melonjak 71.57 mata kepada 4,986.31.

Saham untung mengatasi rugi pada 515 berbanding 237, manakala 214 kaunter tidak berubah, 264 tidak didagangkan dan 39 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 2.178 bilion saham bernilai RM1.896 bilion daripada Khamis pada 2.162 bilion saham bernilai RM1.996 bilion.

Antara kaunter aktif, Compugates kekal pada 7.5 sen, Talam naik setengah sen kepada 12 sen, Mulpha International menambah lima sen kepada 63 sen dan Tebrau Teguh menokok tujuh sen kepada 98 sen.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 1.991 bilion saham bernilai RM1.841 bilion daripada 1.89 bilion saham bernilai RM1.899 bilion pada Khamis.

Di Papan Kedua, jumlah dagangan turun kepada 78.766 juta unit bernilai RM29.147 juta daripada 145.127 juta unit bernilai RM68.833 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq turun kepada 61.201 juta saham bernilai RM12.917 juta daripada 89.65 juta saham bernilai RM17.329 sebelumnya.

Warant turun kepada 20.813 juta unit bernilai RM3.762 juta daripada 21.774 juta unit bernilai RM4.409 juta pada Khamis.

Mengikut sektor, barangan pengguna menguasai 55.331 juta saham yang didagangkan di Papan Utama, barangan perusahaan 279.273 juta, pembinaan 143.121 juta, dagangan/perkhidmatan 643.998 juta, teknologi 16.203 juta, infrastruktur 49.498 juta, kewangan 132.392 juta, hotel 14.348 juta, hartanah 598.621 juta, perladangan 55.558 juta, perlombongan 157,700, REIT 3.282 juta, dan dana tertutup 55,000.
- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers