June 16, 2009

Ringgit ditutup rendah

KUALA LUMPUR 15 Jun - Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini seiring dengan penurunan mata wang serantau yang lain, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, ringgit susut kepada 3.5271/5300 berbanding dolar daripada 3.5000/5050 Jumaat lepas.

Para peniaga mengaitkan trend menurun itu kepada aktiviti pengambilan untung dan urus niaga lemah di bursa saham tempatan selepas mencatatkan keuntungan minggu lepas.

"Ringgit dan mata wang Asia yang lain mengalami tekanan di celah-celah kebimbangan diperbaharui mengenai ekonomi dunia," kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pengguna AS naik sedikit pada bulan Jun tetapi di bawah jangkaan ahli-ahli ekonomi.

Sementara itu, berbanding dolar AS, mata wang tempatan merosot pada 2.4206/4251 berbanding 2.4106/4161 Jumaat lepas dan lebih rendah berbanding yen pada 3.5928/5965 berbanding 3.5667/5722 sebelumnya.

Ringgit mengukuh berbanding euro pada 4.8949/8003 daripada 4.9154/9235 Jumaat lepas tetapi lemah berbanding pound Britain pada 5.7830/7892 daripada 5.7666/7766 sebelumnya. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers