Bursa Malaysia diiktiraf sebagai Bursa Terbaik Tahun 2008 (Asia Pasifik) daripada lima bursa lain di Asia Pasifik, pada Anugerah Pasaran Hadapan & Opsyen Dunia (FOW) 2008, di London.
Menurut Bursa Malaysia, kemenangan itu adalah hasil usaha bersepadunya dalam menggalak, memasar serta menjadikan bursa itu menarik kepada para pelabur di luar Malaysia."
Ia adalah penghormatan besar kerana diiktiraf oleh FOW dan jawatankuasa penghakiman yang terdiri daripada pemimpin terkemuka industri," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff.
"Pengiktirafan ini membuktikan bahawa usaha dan inisiatif berterusan Bursa Malaysia dalam memesatkan pasaran derivatif di Malaysia dan merentasi rantau ini," katanya.Yusli berkata satu daripada kriteria kemenangan Bursa Malaysia ialah prestasi cemerlang kontrak hadapan minyak sawit mentah (FCPO) yang mencapai pertumbuhan 103 peratus dalam tempoh tiga tahun.
Beliau berkata anugerah itu mengukuhkan lagi penerimaan global terhadap kontrak FCPO yang popular dan juga telah menjadi penanda aras terpilih dalam penentuan harga minyak sawit dan produk berasaskan sawit di seluruh dunia.
Selain Bursa Malaysia, calon bagi anugerah Bursa Terbaik Tahun Ini (Asia Pasifik) ialah Bursa Hadapan Shanghai, Bursa Singapura, Bursa Sekuriti Australia, Bursa Komoditi dan Derivatif Kebangsaan India dan Bursa Komoditi Multi India.
Tujuan anugerah FOW adalah untuk mengiktiraf bursa yang telah memberikan sumbangan signifikan ke arah perkembangan pasaran derivatif global di sepanjang tahun lepas.
January 13, 2009
Nilai Industri Kewangan Islam DiJangka Cecah RM9.6Trillion 2010
Industri perkhidmatan kewangan Islam seluruh dunia dijangka bernilai AS$2.8 trilion (RM9.57 trilion) menjelang tahun 2010.
Pengarah Unit Perbankan dan Kewangan Universiti Monash (Malaysia), Prof. Bala Shanmugam berkata, jangkaan itu dibuat oleh Badan Perkhidmatan Kewangan Islam Malaysia dan Bank Pembangunan Islam Arab Saudi.
''Ramalan itu dibuat bersandarkan kepada semakin banyak negara dan institusi kewangan global menyediakan perkhidmatan dan produk kewangan Islam pada masa ini.
''Industri global telah berkembang dan kini ia bernilai sekitar AS$531 bilion (RM1.816 trilion), menunjukkan penerimaan menyeluruh terhadap produk kewangan Islam,'' katanya pada sidang akhbar Persidangan Islam Antarabangsa Keenam 2008 di sini baru-baru ini.
Tambah Shanmugam, peserta sektor kewangan Islam tempatan juga bersedia untuk memasuki industri kewangan Islam antarabangsa berikutan penerimaan positif masyarakat global.
''Beberapa syarikat individu tempatan telah pergi ke Asia Barat dan diterima di sana, selain itu mereka turut menyokong peserta lain yang berminat terhadap industri kewangan Islam seperti di Indonesia dan Thailand.
''Dengan jumlah penduduk negara yang hanya 25 juta pada waktu ini, ia merupakan langkah yang bijak untuk terus berfikir bagaimana memasuki pasaran global,'' katanya.
Katanya, langkah untuk meningkatkan kesedaran terhadap perkhidmatan kewangan Islam semakin dipertingkatkan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam, termasuk dengan mendedahkan umum kepada aktiviti pasaran modal Islam serta perniagaan takaful.
''Bagi pasaran tempatan, kerajaan telah memainkan peranan yang penting, terutama Bank Negara Malaysia (BNM), dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana kewangan Islam,'' jelasnya.
BNM turut meletakkan sasaran bagi peserta industri itu untuk menguasai pasaran sebanyak 20 peratus menjelang 2010.
Sementara itu, Shanmugam memberitahu, bagi memastikan industri tersebut tidak mengalami sebarang kesan terhadap faktor luaran, kerajaan perlu memainkan peranan untuk memastikan penyelarasan bagi sektor konvensional dan Islam, terutama dalam pembayaran cukai.

Kewangan Islam Tingkatkan Penyertaan Sektor Ekonomi
Malaysia telah membuktikan kewangan Islam bukan sahaja menyumbang kepada kestabilan kewangan tetapi turut membolehkan lebih banyak sektor ekonomi menyertai sistem kewangan, demikian menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Pembabitan secara meluas kewangan pembiayaan Islam telah memberi manfaat khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pembiayaan mikro, kata Dr Zeti pada Simposium Kewangan Islam Nikkei 2008 yang berlangsung di Tokyo pada hujung minggu lepas."
Ini telah menyaksikan sistem kewangan yang lebih pelbagai yang telah meningkatkan daya ketahanannya secara keseluruhan. Keduanya, ia turut meningkatkan hubungan antarabangsa," kata beliau.Beliau berkata, kewangan Islam telah menjadi bidang pertumbuhan baru yang begitu rancak menjana pendapatan, kekayaan dan pekerjaan.
Selain itu, ia juga mempunyai peranan dari segi mengeratkan lagi hubungan kewangan dan proses integrasi kewangan serantau, tegas beliau.Mengenai potensi penyertaan Jepun dalam kewangan Islam, Dr Zeti turut bercakap bagaimana institusi kewangan, pihak berkuasa dan perbadanan Jepun boleh mendapat faedah dan manfaat daripada kewangan Islam, terutamanya dalam pasaran-pasaran modal Islam.
Menyedari akan hubungan dagangan dan pelaburan kukuh Jepun di rantau Asia dan Malaysia khususnya, beliau berkata kewangan Islam boleh mengukuhkan lagi hubungan kewangan yang berkaitan.
Infrastruktur untuk hubungan telah pun tersedia ada seperti memorandum persefahaman BNM dengan Japan Bank for International Cooperation dan pakatan strategik antara salah sebuah kumpulan insurans terbesar Jepun dengan syarikat insurans di Malaysia yang menyaksikan penubuhan sebuah syarikat takaful.
"Mengukuhkan lagi rantaian baru dalam hubungan ini dan prospek bagi integrasi yang lebih hebat akan menyumbang ke arah merungkai peluang-peluang berpotensi bagi kemakmuran bersama rantau ini."
Usaha-usaha juga boleh ditumpukan kepada mempermudahkan penyenaraian bersilang sukuk (bon-bon Islam) dalam pelbagai bidang kuasa. Jepun juga boleh menggunakan Malaysia sebagai wadah untuk inovasi dan penyelidikan dalam kewangan Islam.
"Oleh itu, adalah diharapkan yang penyertaan Jepun dalam pasaran-pasaran kewangan Islam boleh menyumbang ke arah integrasi kewangan antarabangsa seterusnya dan sekaligus mencapai peruntukan sumber sempadan bersilang yang lebih cekap dan berkesan," katanya.- Bernama

Peluang Kerja Banyak Dalam Perbankan Islam
Sektor perbankan Islam yang mengalami pertumbuhan pesat menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk negara ini berikutan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam.
Ketua Sumber Manusia Standard Chartered Malaysia Bhd. (StanChart), Rahmat Roslan Hashim berkata, menyedari peluang tersebut, bank itu kini menempatkan dirinya di barisan hadapan dalam usaha mengambil dan melatih bakat-bakat sedia ada untuk sayap perbankan Islamnya.
Menurut beliau, pihaknya telah membangunkan Inisiatif Bakat Baru StanChart, iaitu program yang mengenal pasti universiti-universiti tempatan dan luar negara untuk mendapatkan sumber tenaga yang berpotensi.
Katanya, StanChart juga mengguna pakai pendekatan proaktif dalam mengenal pasti dan membangunkan bakat-bakat menerusi program pelatih pengurusannya.
''Ini adalah bagi menyokong bilangan tenaga kerja berpengetahuan dan mahir yang terhad dalam industri kewangan dan perbankan pada masa ini serta dijangka berlanjutan ke tahun-tahun mendatang," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.
Rahmat berkata, StanChart sentiasa mengenal pasti mereka yang berpotensi untuk diberikan tanggungjawab dan peranan bersesuaian dalam bank.
Misalnya, ujar beliau, di bawah program perantis StanChart, pihaknya sudah melatih 64 orang sejak ia diperkenalkan pada tahun 2005.
Menurutnya lagi, program tersebut memberi latihan selama 12 bulan dan pendedahan semasa bekerja bagi menyediakan pelatihnya dalam bidang-bidang berkaitan.
''Kami meletakkan sasaran untuk mendapatkan 100 orang lulusan program ini untuk mengisi kekosongan dalam perbankan pengguna dan khidmat sokongan," ujarnya.
Rahmat berkata, menerusi program graduan antarabangsa StanChart (IGP) pula, ia akan membangunkan pekerja mahir dan berpengetahuan serta membantu lebih lagi kerjaya mereka dengan bank itu.
Katanya, graduan dari sebarang bidang dan mereka yang memiliki pengalaman kerja selama 24 bulan akan melalui program dua tahun, diikuti lebih banyak peluang kerjaya.
Pada awal tahun ini, kata beliau, StanChart memeterai memorandum persefahaman bagi membangunkan sumber manusia dengan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.
Di bawah perjanjian itu, ujarnya, pihak universiti akan mengenal pasti graduan berpotensi untuk mengikuti program perintis StanChart, sekali gus memastikan jaminan kerjaya kepada para graduan terbabit selain menyediakan tenaga kerja tetap bagi bank tersebut.
(Utusan Malaysia)

Pendekatan Islam Dalam Krisis Di Wall Street Oleh Ismail Hashim Yahya
APA yang berlaku di Wall Street jelas menunjukkan bahawa sistem kewangan dan ekonomi Barat yang tidak berasas nilai dan moral keagamaan telah membawa malapetaka besar kepada manusia.
Sistem kapitalisme yang hanya mementingkan kumpulan kecil dan individu tidak lagi sesuai untuk diamalkan oleh manusia.Setelah kemeruduman sistem sosialisme Soviet pada awal era 1990-an, dunia menyaksikan satu lagi sistem mengalami kehancuran yang juga berpaksi kepada materialisme melalui ekonomi.
Hari ini sistem pasaran bebas yang berasaskan 'tangan tersembunyi' dalam pasaran permintaan dan penawaran hasil teori Adam Smith telah menemui kegagalan. Sistem perbankan Barat yang berpokokkan riba itu telah membawa kesengsaraan kepada peminjamnya.
Ini masanya Islam (yang kononnya dianggap agama keganasan) menawarkan alternatif iaitu sistem pelaburan berasaskan syariah. Para pelabur itulah yang menjadi pengganas kewangan pasaran bebas Barat.Sistem pelaburan Islam ini menolak sebarang pelaburan berisiko spekulatif dan ketamakan menggila yang tidak memikirkan masyarakat umum.
Ini kerana dalam sistem ini yang kuat sahaja akan hidup dalam persaingan yang sengit itu.Hakikatnya sekarang ini pelaburan-pelaburan berasaskan syariah Islam di pasaran Barat telah berkembang sehingga mencecah setengah trilion dolar Amerika.
Memandang kemelut sistem kewangan Barat dan krisis di Wall Street, ramai pakar kewangan Barat sedang mengkaji sistem pelaburan Islam.Malah mereka memikirkan dapatkah sistem kewangan ini mengelakkan daripada berlaku kecairan yang dialami oleh pasaran-pasaran di Amerika yang disebabkan oleh hutang cagaran dan sekuriti-sekuriti yang didukungi cagaran.
Dalam hal ini terdapat dua prinsip asas kewangan Islam yang dapat dijadikan sistem alternatif kepada sistem kewangan Barat.
Pertama merujuk kepada ayat al-Quran mengharamkan al-Maysir atau risiko spekulatif dengan mengingatkan orang beriman mengelakkan kegiatan atau permainan seperti ini.Allah berfirman: "Mereka bertanya kepada engkau (Muhammad) mengenai arak dan judi.
Katakanlah, "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya."Judi dalam hal ini dikaitkan dengan kegiatan spekulatif kerana kebarangkalian kerugiannya lebih tinggi daripada kebarangkalian keuntungan.
Pelaburan berasaskan syariah mengelakkan daripada terlibat dalam spekulasi risiko termasuklah opsyen kadar faedah, derivatif dan pelbagai produk dana perlindungan.Kebanyakan produk kewangan menarik minat spekulator dengan harapan mengaut keuntungan dengan cepat.
Apabila pengarah dana di bawah tekanan institusi terpaksa mempamerkan keuntungannya, maka jalan pintas harus diambil dengan kegiatan spekulasi risiko, pelaburan dana perlindungan yang kini telah bertukar menjadi strategi membunuh diri kerana membawa kepada malapetaka kewangan.
Dalam penujuan ke arah libidonomics (ekonomi keserakahan nafsu yang tanpa batasan) dan ketamakan menggila, kegiatan pelaburan biasa dalam syarikat-syarikat tidak lagi menarik minat pelabur malah sesuatu yang membosankan kepada mereka.
Ini kerana jumlah keuntungan yang diperolehi berjangka panjang dan kadar pulangannya adalah rendah.Islam mementingkan pelaburan yang walaupun berisiko tetapi bersifat projek- projek kemanfaatan sosial kerana ia melarang pelaburan dalam syarikat-syarikat dikaitkan dengan arak, perjudian atau pornografi atau sebarang kegiatan yang membawa kepada keburukan kepada manusia atau menjejaskan keselamatan dan kesihatan manusia.
Keduanya Islam mengharamkan pelaburan dikaitkan dengan riba. Al-Quran mengharamkan pelaburan pasif atau tiada risiko langsung. Pengharaman terhadap riba, faedah yang dikenakan ke atas pinjaman adalah haram dalam Islam.
Hutang dan pinjaman tidak dilarang tetapi pengenaan kadar faedahnya dilarang dalam Islam. Ia bertentangan dengan syariah.Islam menolak sama sekali sebarang perdebatan dengan hujah bahawa riba adalah bersamaan dengan keuntungan. Al-Quran membenarkan perdagangan tetapi mengharamkan riba atau kadar bunga. Perkara ini dapat dirujuk kepada surah Al-Baqarah ayat 275 (2:275).
Pengharaman riba dikenakan bukan sahaja bagi menyelamatkan golongan miskin daripada peminjam tamak dan yang tidak bertimbang rasa tetapi juga menghalang para pelabur yang mahukan pulangan segera dengan mengambil jalan pintas atau terlibat dalam perdagangan perjudian atau pertaruhan berisiko tinggi contohnya bersandarkan kepada cagaran atau gadaian tetapi enggan melibatkan pelaburan dalam perdagangan yang membawa manfaat kepada masyarakat.
Ini amat bertentangan dengan prinsip Islam. Contohnya amat ketara dalam kes subprima yang membawa kemudaratan kepada pasaran kewangan di AS.Pertama, bayangkanlah hutang yang dikenakan kadar bunga yang tinggi diberikan kepada peminjam yang sudah tentu tidak dapat membayar balik pinjamannya.
Ini adalah riba.Kedua, cagaran atau gadaian hartanah bukan lagi merupakan keputusan pelaburan yang bijak memandangkan beberapa pelaburan dalam hartanah dinilai pada harga yang dibesar-besarkan atau harga spekulasi sahaja dan bukan harga sebenarnya.
Bank-bank pelaburan dan pakar-pakar kewangan di Wall Street yang menjaminkan hutang-hutang cagaran menjadikannya sekuriti dengan kadar faedah. Sekuriti-sekuriti mula menampakkan kegagalan apabila aset yang mendasarinya dirampas. Hutang itu hangus dan pemegang atau pemiliknya menjadi bankrap.
Oleh itu antara pengharaman maysir (spekulatif risiko) dan riba, undang-undang Islam membenarkan kreativiti dalam pasaran kewangan yang memboleh para pelabur menggerakkan wang tambahan untuk pengeluaran dan pengagihan barangan dan perkhidmatan yang halal untuk kemanfaatan masyarakat.
Pakej penyelamat yang dicanangkan pentadbiran Presiden George W. Bush dengan segala penyelesaian segera kepada segala kesulitan akan memburukkan keadaan terutamanya melibatkan barah hutang berasaskan riba.
Ahli Kongres AS mencapai persetujuan untuk mewujudkan dana bernilai AS$700 bilion (RM2.38 trilion) bagi membeli hutang lapuk daripada bank-bank tenat dalam usaha untuk membendung krisis kekangan kredit yang mengancam ekonomi dunia.
Persoalannya sejauh manakah suntikan wang yang besar jumlahnya itu dapat merefomasikan institusi dan syarikat-syarikat yang dibina di atas lapisan demi lapisan hutang berasaskan riba itu? (Utusan Malaysia)

Apa Yang DiMaksudkan Dengan Takaful
PENGENALAN TAKAFUL
TAKAFUL berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘saling menjamin’ atau joint guarantee. Ia boleh digambarkan sebagai satu perjanjian antara sekumpulan peserta yang bersetuju untuk saling menjamin mana-mana ahli dalam kumpulan itu yang ditimpa kerugian tertentu.
Konsep takaful ini sudah pun wujud pada asasnya sejak sebelum zaman Islam lagi. Pada masa itu, ia dikenali sebagai sistem ‘aqila’ (tanggungjawab bersama) yang dipelopori oleh kaum-kaum Arab pada waktu itu.
Takaful yang dikenali sekarang beroperasi sebagai satu jenis perniagaan (tijari), dan ia berlandaskan prinsip Syariah, iaitu tiada unsur riba, perjudian atau ketidakpastian dalam kontrak dan pengendalian perniagaan takaful itu.
Dalam kontrak takaful, peserta bersetuju untuk menderma sebahagian daripada caruman mereka untuk membantu peserta-peserta lain yang menghadapi kesulitan/kerugian tertentu (ini di kenali sebagai tabarru’).
Ia merangkumi unsur perkongsian tanggungjawab, saling menjamin dan melindung sesama mereka. Ini merupakan teras kepada sistem takaful yang menjadikan unsur ketidaktentuan dibenarkan dalam kontrak takaful.
APA YANG MEMBEZAKAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS
Pada kacamata seseorang yang bukan dari bidang ini, dia akan melihat tiada perbezaan antara kedua-dua sistem tersebut. Selepas diteliti, pada asasnya perbezaannya hanyalah satu, iaitu sistem takaful berlandaskan prinsip Syariah.
Akan tetapi, jika diselidiki lebih mendalam, ternyata ada banyak perbezaan antara dua sistem ini. Perbezaan-perbezaan ini boleh dikategorikan seperti berikut:
1. KONTRAK YANG DIGUNAPAKAI:
Dalam sistem takaful, kontrak yang digunapakai ialah gabungan kontrak tabarru’ (derma) dan agensi (wakalah) atau kontrak berkongsi keuntungan (mudharabah).
Kontrak dalam insurans pula ialah kontrak pertukaran (jual dan beli) antara penanggung insurans dengan pelanggan (pihak yang diinsuranskan).
2. TANGGUNGJAWAB PEMEGANG
POLISI:
Peserta takaful membuat caruman ke dalam skim dan saling menjamin sesama sendiri dalam skim ini. Di bawah sistem insurans, pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insurans.
3.LIABILITI PENGENDALI TAKAFUL / PENANGGGUNG INSURANS:
Pengendali takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat daripada kumpulan wang para peserta. Risiko tidak berpindah dari peserta kepada pengendali takaful.
Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang para peserta tersebut, pengendali takaful diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia memberi pinjaman (tanpa faedah) untuk menampung kekurangan berkenaan.
Manakala insurans, penanggung insurans bertanggungjawab membayar manfaat insurans seperti dijanjikan dan ini akan dibayar kepada pelanggan dari wang asetnya.
4. PELABURAN KUMPULAN WANG:
Caruman yang diterima akan hanya dilaburkan dalam instrumen yang memenuhi kehendak Syariah. Bagi syarikat insurans, tiada sebarang sekatan dalam jenis pelaburan yang dibolehkan, selain sekatan yang dikenakan untuk tujuan kehematan.
Di Malaysia, industri takaful bermula sejak tahun 1985 lagi, dengan tertubuhnya Syarikat Takaful Malaysia Bhd. Ia adalah anak syarikat Bank Islam Malaysia Berhad. Sehingga kini, terdapat sembilan syarikat pengendali takaful yang sudah diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia.
Pada tahun 2005, penembusan pasaran atau market penetration industri takaful di Malaysia hanyalah 5.6 peratus, berbanding 38.7 peratus untuk industri insurans. Ini menunjukkan bahawa industri takaful mempunyai potensi yang amat luas yang perlu diterokai.
Perlu diingatkan bahawa ada perbezaan business model yang digunapakai oleh pengendali takaful di Malaysia kini.
Dua model yang dikenali ialah ‘Model Mudharabah’ atau profit/surplus sharing dan ‘Model Wakalah’ atau agency. Pengendali yang menggunakan model mudharabah tidak memerlukan perkhidmatan ejen atau wakil untuk menjual produknya, tetapi menggunakan kakitangan syarikat untuk memasarkan produk-produknya.
Model wakalah menggunakan perkhidmatan ejen atau wakil takaful untuk memasarkan produk-produknya. Terpulanglah kepada pelanggan untuk memilih produk atau syarikat yang disenangi.

Learning From The Financial Crisis by Ed
While there is bad news all over about the financial crisis, there is something to learn from it all. Although this mess is so big that 3 men in black i.e. Henry Paulson, Ben Bernanke and Timothy Geithner have more than their hands full and sleepless night putting out fire across the financial firestorm, the lessons I think are quite simple.
Don’t be Greedy
It was greed that spark this firestorm in the first place. Greed by those on Wall Street, including financial giants like Lehman Brothers, AIG and the similar companies. The greed was relatively easy money on the returns of their investment.
Management of the above companies were also greedy since they are rewarded with bonuses and stock options when the company’s bottom line met or exceeded. What better way than to jump onto a band wagon of easy returns.
Don’t Over Leverage
The other thing is over leveraging their financial positions. Leverage is a double edge sword. If you are leveraged 10 to 1, when the markets goes up 1%, you make 10%. When the markets go down 1%, you lose 10%.
What happens when greed and over leveraging hits you at the wrong time? You have to sell! In the case of financial institution like AIG, they are forced to sell their most valuable assets. For an individual, you might have to liquidate you home, your car, anything that is worth something.
You have to pay back what you borrow. There is no two ways about it. In a sense, this type of investing is no different from gambling. Anyway, that is another post for another time. For now, learn from the financial crisis. While the present crisis is far from over, you can be sure that it will happen again!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music

Create a playlist at MixPod.com