April 9, 2010

Ringgit kekal teguh

KUALA LUMPUR 8 April - Ringgit memperoleh momentum berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dan ditutup tinggi selari dengan mata wang utama serantau, kata peniaga.

Pada 5 petang, Ringgit disebut harga pada 3.2050/2100 berbanding dolar AS daripada 3.2100/2150 pada penutup Rabu.

Seorang peniaga berkata unit tempatan berkisar antara 3.2030 dan 3.2180 sepanjang hari dengan aktiviti pengambilan untung sekkali-sekala.

Ringgit masih mengekalkan keteguhannya tanpa digugat dengan kejatuhan Indeks FBM KLCI sebanyak 12.16 mata untuk ditutup kepada 1,332.95.

Pasaran mata wang asing masih memantau rapat perkembangan di China membabitkan kemungkinan dasar mata wang dilonggarkan serta bantahan anti-Kerajaan di Thailand.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.2924/2981 daripada 2.2978/3030 namun rendah berbanding yen Jepun daripada 3.4414/4472 sebelumnya.

Berbanding Euro, Ringgit meningkat kepada 4.2617/2690 daripada 4.2975/3046 dan mengukuh berbanding Pound Sterling kepada 4.8690/8782 daripada 4.8946/9035 pada Rabu.