KUALA LUMPUR 17 Mac - Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) hari ini berkata, kereta Odyssey dan Element yang ditarik balik baru-baru ini berikutan kerosakan alat bantuan kestabilan kenderaan (VSA), tidak menjejaskan kereta yang dipasarkan di Malaysia.
Honda Malaysia dalam kenyataannya di sini berkata, penarikan balik itu dikeluarkan berikutan kurangnya pengetatan udara modulator VSA dalam kedua-dua model yang terjejas, masing-masing dikeluarkan pada tahun 2007 dan 2008.
Kenyataan itu berkata, model-model yang terjejas dikeluarkan di Amerika Syarikat (AS) yang memiliki struktur asas berlainan berbanding model yang dikeluarkan di Jepun.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toru Takahashi memberi jaminan bahawa Odyssey yang dijual di Malaysia, asalnya dikeluarkan di Jepun, mempunyai struktur berbeza berbanding model yang dikeluarkan di Amerika Syarikat.
"Oleh itu, model yang dijual di Malaysia tidak terjejas. Pelanggan kami tidak perlu risau," katanya dalam kenyataan itu.
Katanya, tiada sebarang kejadian dilaporkan yang disebabkan daripada kerosakan tersebut