March 24, 2010

Ringgit kekal rendah

KUALA LUMPUR 23 Mac - Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS hari ini di celah-celah kekukuhan dolar AS, kata para peniaga. Pada pukul 5 petang, unit tempatan sedikit berubah pada 3.3170/3195 berbanding dolar daripada penutup semalam iaitu 3.3170/3200.

Seorang peniaga berkata unit tempatan merosot ke paras rendah 3.3280 pada urus niaga seharian sebelum pulih semula menghala kepada penutupan ekoran aktiviti pengambilan untung.

Bagaimanapun, asas-asas pasaran masih lagi disokong oleh kebimbangan berterusan akan keupayaan Greece mendapatkan bantuan kewangan dan ketidaktentuan lain di pasaran global.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit mengukuh kepada 2.3652/3684 berbanding dolar Singapura daripada 2.3688/3734 semalam dan lebih tinggi kepada 4.4846/4893 berbanding Euro daripada 4.4922/4980 sebelumnya.

Mata wang tempatan, bagaimanapun lega kepada 3.6813/6863 berbanding yen daripada penutup semalam iaitu 3.6582/6653 dan lebih rendah kepada 4.9864/9915 daripada pound Britain pada 4.9787/9857 sebelumnya.