January 21, 2010

Bursa Malaysia terus meningkat

KUALA LUMPUR 20 Jan - Harga saham di Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkatnya untuk ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran kekal di atas paras 1,300 mata.Sentimen mendapat rangsangan daripada pendapatan korporat menggalakkan yang diumumkan oleh Public Bank, kata para peniaga.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI), yang melepasi paras 1,300 mata semalam ditutup 6.27 mata lebih tinggi pada 1,306.62 semasa sesi penutup hari ini.Indeks utama yang mencecah paras tertinggi hari ini pada 1,307.94 mata, ditutup 1,300.35 mata pada Selasa.

Indeks Kewangan naik 47.819 mata untuk ditutup kepada 11,451.27, Indeks Perusahaan meningkat 12.38 mata kepada 2,716.42 manakala Indeks Perladangan susut 5.75 mata kepada 6,468.37.

Indeks FBM Emas menokok 34.03 mata kepada 8,815.88, Indeks FBM Top 100 naik 41.21 mata kepada 8,562.56, Indeks FBM70 menambah 42.029 mata kepada 8,651.76 tetapi Indeks FBM Ace turun 92.42 mata kepada 4,621.14.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 467 berbanding 333 manakala 249 kaunter kekal tidak berubah dan 256 yang lain tidak diniagakan. Jumlah dagangan meningkat kepada 1.339 bilion saham bernilai RM1.806 bilion daripada 1.268 bilion saham bernilai RM1.446 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.142 bilion saham, bernilai RM1.762 bilion, daripada 1.041 bilion saham bernilai RM1.397 bilion sebelumnya.Bagaimanapun, jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 115.315 juta, bernilai RM24.015 juta, daripada 184.959 juta unit, bernilai RM38.357, semalam.

Waran meningkat kepada 65.298 juta unit bernilai RM14.199 juta, berbanding 30.437 juta unit bernilai RM6.199 juta semalam.

Di kalangan kaunter cergas, KYM Holdings naik 17.5 sen kepada 90.5 sen, Malayan United Industries menokok satu sen kepada 24 sen dan Axiata Group meningkat 21 sen kepada RM3.43.Kaunter berkaitan perladangan minyak dan gas, Kuala Lumpur Kepong, susut dua sen kepada RM6.88, MMC Corporation turun satu sen kepada RM2.39 menakala YTL Corporation berkurangan 10 sen kepada RM7.40.

Barangan pengguna menyumbang 70.149 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 311.929 juta, pembinaan 60.136 juta, perdagangan dan perkhidmatan 374.87 juta, teknologi 47.26 juta, prasarana 14.482 juta, kewangan 118.08 juta, hotel 874,100, harta 118.592 juta, perladangan 22.747 juta, perlombongan sifar, REITs 2.451 juta dan dana tertutup 59,800.