KUALA LUMPUR 25 Jan - Harga-harga saham di Bursa Malaysia terus mengalami kerugian berikutan trend menurun di pasaran AS, kata para peniaga.
Pada pukul 5 petang, penanda aras Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 3.66 mata kepada 1,296.79, selepas dibuka 3.14 mata lebih rendah pada 1,297.31.
Para peniaga berkata bursa tempatan dipengaruhi kejatuhan di Wall Street berikutan rancangan untuk menghadkan pengambilan risiko oleh bank AS dan keraguan jika Ben Bernanke akan memenangi pengesahan Dewan Senat AS sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan AS untuk penggal kedua.
Penganalisa TA Securities Stephen Soo berkata pasaran serantau juga merosot berikutan berita mengenai rancangan pengumpulan dana Bank of China dan kadar gadai janji yang lebih tinggi di China.
Indeks Kewangan Bursa Malaysia susut 42.33 mata kepada 11,373.16, Indeks Perusahaan susut 13.61 mata kepada 2,687.29 dan Indeks Perladangan merosot 16.1 mata kepada 6,423.62. Indeks FBM Emas menyusut 21.96 mata kepada 8,728.04, Indeks FBM Ace jatuh d 5.74 mata kepada 4,489.47 dan Indeks FBM70 jatuh 26.68 mata kepada 8,528.27.
Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 441 berbanding 266 sementara 251 kaunter tidak berubah dan 362 yang lain tidak didagangkan. Jumlah dagangan menyusut kepada 996.194 juta saham bernilai RM1.131 bilion daripada 1.008 bilion saham bernilai RM1.381 bilion pada Jumaat.
Di kalangan saham aktif, Talam naik 1.5 sen kepada 13 sen, Focus Dynamics susut dua sen pada 15 sen dan IRCB jatuh tiga sen kepada RM1.51.
Kaunter untung termasuk Hartalega yang naik 37 sen kepada RM7.77. Supermax naik 33 sen kepada RM5.62 dan AE Multi naik 31 sen kepada RM1.41.
Perolehan dagangan di Pasaran Utama menigkat sedikit kepada 836.239 juta saham bernilai RM1.097 bilion daripada 805.689 juta saham bernilai RM1.344 bilion Pasaran Ace susut kepada 120.4 juta saham bernilai RM22.35 juta daripada 147.192 juta saham bernilai RM23.926 juta.
Waran menyusut kepada 25.47 juta unit bernilai RM5.57 juta daripada 45.605 juta unit bernilai RM10.708 juta.
Barangan pengguna menguasai 57.5 juta saham yang didagangkan pada Pasaran Utama, barangan industri 206.949 juta, pembinaan 53.04 juta, dagangan dan perkhidmatan 172.14 juta, teknologi 63.03 juta, prasarana 7.41 juta, kewangan 47.92 juta, perhotelan 787,500, harta 205.59 million, perladangan 19.101 juta, perlombongan 3,000, REIT 2.68 juta dan dana tertutup 50,000.