September 28, 2009

Pesaing memburukkan & menjatuhkan anda… (bhg 2)

Thu 3 Sep 2009
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan

Sekiranya ianya terjadi kepada anda, jangan sesekali membalas dengan memburukkan perniagaan pesaing kembali. Ini adalah kerana, sekiranya anda melakukan ini, anda pula akan dilihat sebagai memburukkan perniagaan lain dan 10 orang akan memburukkan anda. Dalam erti kata lain, “buat tak tau” sahaja… tetapi, jelaskan pada perniagaan anda segala manfaat, kelebihan dan kekuatan yang ada pada perniagaan anda.

Sekiranya terdapat pesaing memburukkan anda, tambahkan ilmu dan tambahkan kekuatan perniagaan sendiri sehingga ianya menjadi amat sukar untuk pesaing menyaingi anda.Tujuan utama pesaing memburukkan anda adalah untuk menjatuhkan anda, dan menaikkan nama mereka. Memandangkan ini tujuan utama, maka, anda perlu bersedia dalam pelbagai aspek- terutama ilmu perniagaan.

Tingkatkan ilmu perniagaan anda sehingga anda sendiri mendapat lebih ramai pelanggan dan pasaran sehingga sukar untuk sesiapa menyaingi anda.Tidak perlu bergaduh atau berlawan dengan pesaing anda oleh kerana ianya hanya akan membuang masa anda di mana tiada siapa yang akan menang.

Tetapi, dengan ilmu, anda boleh melepasi semua pesaing anda sehingga apa sahaja teknik kurang baik yang digunakan oleh pesaing anda tidak akan menjadi keatas anda. Malah, ia akan menjatuhkan pesaing anda sendiri.

Fikir sejenak… sekiranya gerai burger cuba memburukkan McDonalds, adakah ia akan menjatuhkan kredibiliti gerai burger tersebut? adakah ia akan menganggu keuntungan McDonalds? Adakah McDonalds akan membalas balik dan memburukkan gerai burger tersebut?

Jawapan: Lengkapkan ilmu perniagaan anda sehingga jurang perniagaan anda dan pesaing anda menjadi seperti McDonalds dan gerai burger! THINK BIG!