NISSAN semalam mempamerkan kereta berkuasa elektrik sepenuh keluarannya, The Leaf, yang dikatakannya bakal membuka lembaran baru bagi industri automotif berdepan masalah.
Kereta hathback bersaiz sederhana yang akan mula dipasarkan menjelang akhir tahun depan di Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah itu adalah keputusan berani Nissan yang menggambarkan bahawa kenderaan hibrid adalah fenomena sementara ke arah kenderaan berkuasa elektrik sepenuhnya.
Nissan berkata, The Leaf adalah ‘kereta tanpa asap mampu milik pertama di dunia’ yang mampu bergerak sejauh 160 kilometer dengan sekali caj dan memiliki kelajuan sehingga 140 kilometer sejam. - AFP