KUALA LUMPUR 22 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM), pihak monetari Hong Kong dan Singapura hari ini mengumumkan penubuhan kumpulan kerja tiga pihak untuk merangka strategi bersepadu bagi pemansuhan secara berjadual jaminan deposit penuh.
BNM dalam kenyataannya berkata, pemansuhan itu akan dilaksanakan menjelang akhir tahun 2010 di ketiga-tiga negara itu.
Keputusan itu dicapai sempena Mesyuarat Gabenor-Gabenor EMEAP ke-14 yang sedang berlangsung di Hong Kong.