July 24, 2009

BMCC cadang ejen dasar isu FDI

KUALA LUMPUR 23 Julai - Dewan Perdagangan Britain Malaysia (BMCC) telah mencadangkan satu jabatan kerajaan atau agensi diwujudkan untuk bertindak sebagai ejen bagi semua dasar dan peraturan berhubung isu-isu pelaburan asing langsung (FDI).

"Pusat sehenti seumpama itu akan berfungsi sebagai badan penyelia bagi mengelak dasar yang tidak konsisten dan juga bertindak untuk memaklumkan kepada semua pihak terbabit akan sebarang perubahan yang perlu dilakukan," katanya.

Ada terdapatnya perubahan secara tiba-tiba dilakukan dalam dasar dan peraturan kerajaan yang tidak diberitahu kepada semua pihak yang terbabit.

"Memorandum baru-baru ini yang dikemukakan oleh Jabatan Imigresen terhadap perubahan dalam modal berbayar adalah contoh utama. Malah, MITI, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan badan kerajaan penting yang lain tidak dimaklumkan mengenai perubahan ini." kata BMCC dalam memorandum untuk dialog tahunan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). - Bernama