June 29, 2009

General Motors kekal tuntutan perundangan

PENGELUAR kenderaan Amerika Syarikat (AS) yang bermasalah General Motors (GM) berkata ia akan mengekalkan tanggungjawab perundangan ke atasnya yang dikeluarkan sebelum ini, demikian menurut dokumen guaman yang dikeluarkan di internet.

Dalam dokumen diserahkan GM kepada mahkamah muflis di New York, GM berhujah bahawa undang-undang tidak memaksanya bertanggungjawab bagi kereta dan trak dijual oleh syarikat itu sebelum ini.

“Bagi menghilangkan kebimbangan yang akan dibangkitkan pengguna berhubung tuntutan liabiliti” GM pasca-muflis “akan mengambil semua tuntutan liabiliti produk berpunca daripada kemalangan atau insiden lain yang terbit daripada operasi kenderaan GM tanpa mengambil kira bila produk dibeli,” kata dokumen itu.

GM memfailkan perlindungan muflis awal Jun lalu dan sedang merangka pelan pengstrukturan semula. - AP