May 30, 2009

Maybank jadi hos forum pelaburan

KUALA LUMPUR 29 Mei – Maybank akan menjadi hos forum pelaburan di sini esok bertemakan ‘Melangkaui Krisis Global’.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, ia berkata program berkenaan akan membolehkan pelanggannya mengetahui cabaran sebenar yang dihadapi oleh pelabur semasa sebarang krisis ekonomi.

itu juga memberikan pemahaman mengenai dinamiknya pelaburan dan peluang yang luas untuk mereka mengembangkan kekayaan jangka panjang.

Maybank telah mengadakan pelbagai forum pelaburan di Kuala Terengganu, Miri, Ipoh dan bandar raya lain di seluruh negara.

Lim Hong Tat, Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Ketua Perbankan Pengguna berkata, forum itu akan membolehkan pelabur mengetahui tentang isu krisis itu.