April 18, 2009

Harga Saham DiJangka Terus Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnya minggu depan dengan sokongan sentimen pelabur yang bertambah baik di dalam dan luar negara, kata peniaga.

Mereka berkata tumpuan dijangka terarah kepada saham wajaran berat terpilih dan kaunter berharga rendah, terutama saham perbankan dan kewangan, dengan sokongan daripada perkembangan dalam sektor perbankan dan kewangan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, seorang penganalisis memberi amaran senario ini adalah pemulihan sementara daripada penurunan yang berlarutan, di mana selepas itu pasaran akan terus menurun.