Oleh Ahmad Fiesal Othman
249 firma dapat manfaatMALAYSIA Debt Ventures Bhd (MDV), anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, meluluskan 78 permohonan pinjaman bernilai RM658 juta bagi tahun kewangan 2008/2009.
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Md Zubir Ansori Yahaya, berkata secara keseluruhan sejak penubuhannya sehingga Disember 2008, MDV mengagihkan pinjaman berjumlah RM2.2 bilion kepada 249 syarikat tempatan.
Katanya, portfolio pinjaman MDV yang melebihi RM1 bilion itu menunjukkan saiz asetnya yang kukuh walaupun ketika ekonomi yang kian mencabar. "Ketika ini juga, sebanyak 34 permohonan pinjaman bernilai lebih RM420 juta sedang menunggu proses penilaian dan kelulusan," katanya dalam kenyataan, semalam.
Md Zubir menambah, sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah antara peminjam utama yang mana pertumbuhan pinjaman oleh sektor terbabit adalah sepantas pelaksanaan projek.