January 29, 2009

Petunjuk Ekonomi & Peluang Pelaburan Saham Amanah

Petunjuk ekonomi semasa masih terus menunjukkan trend pembangunan ekonomi yang perlahan.

Bagaimanapun, pelaburan dan ekonomi adalah 2 perkara yang berbeza. Ini adalah kerana, di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, masih terdapat peluang-peluang pelaburan yang masih boleh diterokai.

Menurut kajian, krisis ekonomi global dijangka akan mengalami trend pemulihan pada suku pertama 2010. Rujuk Personal Money, January 2009.
Sebagai pelabur, kita perlu melihat kepada matlamat di dalam skop jangka panjang dan sederhana.

Apabila berlaku kejatuhan pasaran saham, kita perlu menumpukan kepada dana-dana saham yang jatuh dan mampu memberikan pulangan atau lonjakan semula apabila pasaran kembali pulih.

Fokus kepada pulangan yang boleh diberikan di dalam jangka panjang berbanding menumpukan kepada pulangan pada tahun 2009 sahaja.

Mengikut sejarah, pasaran saham akan kembali pulih tanpa perlu menunggu ekonomi kembali pulih terlebih dahulu.

Pada hakikatnya, tiada siapa yang boleh menjangka sama ada pasaran saham akan berada di paras terendah atau paras tertinggi.

Secara kesimpulannya, peluang untuk pelaburan di dalam keadaan pasaran saham berharga murah sebenarnya hanya datang di dalam tempoh antara 7 hingga 8 tahun. Sekiranya, peluang pelaburan ini dilepaskan begitu sahaja, berapakah umur anda pada 7 hingga 8 tahun akan datang?