GABUNGAN Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia (ACCCIM) meminta kerajaan mengambil langkah merancakkan industri perumahan kerana ia bakal menggerakkan sektor pembinaan yang seterusnya akan memberi kesan penggandaan yang tinggi kepada ekonomi secara keseluruhannya. merangsang industri hartanah, kerajaan antara lain boleh menimbangkan insentif
Presidennya, Tan Sri William Cheng, berkata dalam usahaseperti memberikan pengecualian cukai setem, pemberian kadar faedah istimewa dan pengecualian cukai hartanah. “Rakyat Malaysia mempunyai kadar simpanan yang tinggi iaitu kira-kira 38 peratus, jadi kita perlu menggalakkan mereka membeli rumah kerana apabila sektor perumahan menjadi aktif ia akan mengaktifkan sektor pembinaan yang akan memberikan kesan gandaan kepada ekonomi,” katanya selepas mengumumkan keputusan kaji selidik ACCCIM mengenai situasi ekonomi negara bagi separuh kedua 2008 di Kuala Lumpur, semalam.
Cheng berkata, langkah merangsang pertumbuhan sektor pembinaan itu memberikan kesan berganda kepada 120 industri sokongan lain. “Langkah merancakkan sektor ini juga boleh dibuat dengan melaksanakan lebih banyak projek yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya.
Cheng berkata, langkah untuk merancakkan kegiatan ekonomi domestik itu perlu dilakukan kerana tinjauan ekonomi yang kurang cergas bagi separuh pertama 2009.