December 25, 2008

Nabi Muhammad (saw) sebagai usahawan muda beriman

Pasti anda tahu bahawa Rasulullah saw adalah seorang usahawan. Tahukah anda baginda sudah bermula sejak berumur 12 tahun?

Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda. Ketika itu baginda dikenali sebagai “Al Ameen”, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.

Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul!) ketika berumur 25 tahun.

Apa yang diniagakan oleh baginda? Ianya termasuk, herba, kain, wangian, kismis, kurma, dan juga barangan mewah untuk dijual kepada mereka yang berada. Ada satu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperolehi keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama- ini menunjukkan kehebatan baginda dalam berniaga!

Beberapa hari lagi tahun baru iaitu 1 Muharram 1430H akan menjelang tiba bersamaan 29 Disember, 2008. Banyak perkara sepanjang tahun 2008 yang perlu dimuasabah untuk lebih berjaya pada tahun 1430H.

Semoga boleh menjadi inspirasi kepada kita semua dalam memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan dengan sempurna. Jadilah seorang usahawan Al-Ameen!

No comments:

Post a Comment