May 27, 2009

Industri kereta mengecewakan

Oleh WAN NAJIB WAN DAUDnajib.daud@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Mei - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini menyifatkan industri pembuatan kereta negara masih tidak berdaya saing meskipun menikmati pelbagai insentif kerajaan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk Kamaruddin Ismail berkata, industri pembuatan kereta negara dilihat hanya berjaya di dalam negara tanpa ada usaha meluaskan pengeksportan.

Beliau berkata kegagalan untuk mengeksport lebih banyak kereta ke luar negara dilihat menggagalkan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeksportan kereta di peringkat Asia Tenggara.

"Berapa banyak kereta kita berada di pasaran luar? Inilah persoalannnya sekarang kenapa kita tidak mampu untuk mengeksport lebih banyak kenderaan di luar negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel di Persidangan Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di sini hari ini.

Persidangan dua hari yang bermula hari ini mengumpulkan para pemain industri permotoran tempatan dan antarabangsa bagi membincangkan pelbagai masalah dan hala tuju industri tersebut sama ada di peringkat domestik dan global.

Menurut Kamaruddin, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan geran kepada pengeluar kereta dan juga yang terlibat di dalam industri tersebut.

Komitmen yang ditunjukkan kerajaan selama ini amat tinggi kerana apa jua insentif berkaitan dengan industri permotoran akan diberi perhatian agar terus menjadi bidang yang berdaya saing.

Oleh itu katanya, tidak timbul sebarang isu jika ada pengeluar kereta tempatan dan pemain industri berkaitan menyatakan tiada sokongan dari kerajaan selama ini.

Malah beliau menegaskan, MITI bersedia mendengar dan duduk semeja dengan pemain industri untuk mencari dan memikirkan apa jenis insentif yang boleh diberi agar industri automotif terus berdaya maju.

"Kerajaan sedia mendengar apa juga permasalahan yang dihadapi oleh pemain industri tetapi kita perlu duduk semeja untuk mencari dan memikirkan apa lagi jenis insentif yang boleh diberikan agar mendapat manfaat kepada industri," katanya.

Dalam pada itu, Kamaruddin turut memberitahu sepatutnya Malaysia telah menjadi pusat pengeksportan kereta General Motors tetapi disebabkan beberapa perkara melibatkan hal teknikal, cadangan tersebut telah dibatalkan dan dipindahkan ke negara lain.

Ujarnya, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku namun kerajaan mengambil sikap terbuka untuk menangani masalah itu agar peluang keemasan tersebut tidak dilepaskan lagi di masa depan.

Liberalisasi: Hanya sektor mampu jana pelaburan

KUALA LUMPUR 26 Mei - Kerajaan akan hanya meliberalisasi sektor-sektor ekonomi yang berupaya menjana pelaburan berkualiti kepada negara.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, aspek itu menjadi keutamaan selaras dengan model ekonomi baru yang sedang dibentuk oleh kerajaan.

''Kualiti menjadi teras kepada model ekonomi baru kerana kerajaan mahu pastikan negara menerima pelaburan berkualiti dalam sektor-sektor yang dibuka untuk tujuan tersebut,'' katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Inisiatif Pembangunan Siswazah Suruhanjaya Sekuriti di sini hari ini.

Setakat ini kerajaan telah membuka pasaran bagi sektor kewangan dan 27 subsektor perkhidmatan.

Ditanya sama ada terdapat sektor baru yang akan dibuka untuk kemasukan pelabur-pelabur asing pada masa depan, Ahmad Husni berkata: ''Pada masa ini tidak ada.''

Bagaimanapun, beliau tidak menolak bahawa kerajaan akan membuka lagi pasaran yang ada kerana Malaysia merupakan sebahagian daripada sistem global dan perlu bersepadu dengan sistem tersebut.

''(Tetapi) ia memerlukan masa dan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat,'' katanya.
Terdahulu ketika berucap merasmikan program anjuran SC, Ahmad Husni berkata, Malaysia perlu bersedia untuk menjadi sebuah negara yang berasaskan perkhidmatan yang mana pasaran modal menjadi sebahagian daripada apa yang ditawarkan.

Beliau berkata, dengan ramalan prospek cerah dalam industri tersebut, negara perlu memiliki profesional yang berkemahiran dan pengetahuan tinggi untuk memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam landskap pasaran modal serantau.

Menurut beliau, Malaysia hanya memiliki 25 peratus golongan profesional yang disasarkan berbanding 49 peratus di Singapura dan 36 peratus di Korea Selatan.

Pengambilan untung Bursa ditutup rendah

KUALA LUMPUR 26 Mei - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini di celah-celah kerugian terutamanya di kaunter-kaunter perladangan serta aktiviti pengambilan untung ke atas saham berwajaran tinggi selepas mengaut keuntungan besar baru-baru ini, kata para peniaga.

Pada penutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) turun 1.51 mata kepada 1,051.63 selepas dibuka 0.47 mata lebih tinggi pada 1,053.61.

Indeks Perladangan merosot 63.77 mata kepada 5,411.63, Indeks Perindustrian susut 2.04 mata kepada 2,305.56, Indeks Kewangan naik 23.61 mata kepada 8,195.34 dan Indeks FBMEmas lebih rendah 13.13 mata kepada 7,029.51.

Indeks FBM30 pula berkurangan 24.07 mata kepada 6,727.46, Indeks FBMMesdaq melorot 22.05 mata kepada 4,045.25 dan FBM2BRD pula 21.78 mata lebih rendah pada 4,582.14. Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 409 berbalas 268 kaunter, sementara 203 kaunter tidak berubah, 356 tidak diniagakan dan 35 digantung urus niaga.

Jumlah dagangan merosot kepada 1.593 bilion saham bernilai RM1.516 bilion daripada 2.016 bilion saham bernilai RM1.696 bilion semalam.

Peneraju dalam jumlah dagangan, TA Warrants, KNM dan SAAG, masing-masing susut satu sen kepada 1.5 sen, 80.5 sen dan 33.5 sen sementara Mulpha dan Scomi turun setengah sen kepada 53 sen dan 69 sen dan Zelan menokok satu sen kepada RM1.01.

Jumlah dagangan di Papan Utama lebih rendah kepada 1.319 bilion saham berjumlah RM1.423 bilion daripada 1.648 bilion saham bernilai RM1.591 bilion pada hari Isnin.

Jumlah dagangan di Papan Kedua melonjak kepada 141.138 juta unit bernilai RM63.054 juta daripada 127.08 juta unit bernilai RM62.06 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq merosot kepada 62.546 juta saham bernilai RM12.483 juta daripada 154.616 juta saham Waran pula merosot kepada 52.399 juta unit bernilai RM9.147 juta daripada 82.903 juta unit bernilai RM12.710 juta sebelumnya.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 42.912 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 241.241 juta, pembinaan 167.258 juta, urus niaga/perkhidmatan 457.965 juta, teknologi 16.513 juta, infrastruktur 21.644 juta, kewangan 148.634 juta, perhotelan 8.131 juta, hartanah 190.657 juta, perladangan 21.686 juta, perlombongan 181,900, REITs 2.322 juta dan dana tertutup 45,000.
- Bernama

Ekonomi negara menguncup 6.2 peratus

27/05/2009 6:40pm
KUALA LUMPUR 27 Mei - Ekonomi Malaysia menguncup 6.2 peratus bagi suku pertama tahun ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. - Utusan

Semakan dasar rangsang industri automotif negara

Oleh Kamarulzaidi Kamis dan Magendran Gopal bhbiz@bharian.com.my

Firma tempatan digalak ceburi pengeluaran komponen, alat ganti TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata semakan semula Dasar Automotif Negara (NAP) antara lain akan menambah baik garis panduan, dasar dan insentif sektor automotif sedia ada dengan mengambil kira kesan persekitaran semasa ekonomi serantau dan global.

Beliau berkata, semakan itu yang dijangka siap September dengan mengambil kira pandangan serta cadangan pelbagai persatuan industri, kementerian dan agensi kerajaan berkaitan, juga akan menumpukan kepada usaha merangsang kegiatan pengeluaran komponen dan alat ganti di dalam negara.

"Semakan semula itu akan menyediakan pelan cadangan bagi industri automotif di Malaysia, untuk memudahkan mereka memajukan pelan jangka sederhana dan panjang masing-masing. "Ia akan menambah baik garis panduan, dasar dan insentif sedia ada dengan mengambil kira kesan keadaan ekonomi global, persekitaran pembangunan serta banyak faktor lain yang memberi kesan kepada pembangunan industri automotif tempatan," katanya berucap pada Persidangan Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur Kedua Kuala Lumpur, semalam.

Muhyiddin berkata, semakan dasar itu berpotensi merangsang pertumbuhan dan pelaburan industri kenderaan tempatan yang menerima kesan daripada kegawatan ekonomi global.
"Industri automotif Malaysia perlu dirangsang dan dijana pertumbuhannya. Ia tidak boleh terus bergantung kepada perlindungan kerajaan bagi tempoh terlalu lama.

"Industri ini juga perlu memberi tumpuan kepada operasi dan pengurusan kos lebih cekap, meningkatkan produktiviti dan jualan menerusi strategi pemasaran yang lebih inovatif," katanya. Muhyiddin menggesa syarikat automotif tempatan melabur bagi membangunkan teknologi hijau bagi kenderaan masa depan untuk memajukan lagi industri automotif negara. Katanya, pembangunan produk baru industri adalah penting untuk meningkatkan agihan pasaran dengan meningkatkan jualan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Kamaruddin Ismail, berkata Malaysia kini berdepan persaingan sengit bagi merebut pelaburan khususnya dari negara jiran Thailand.

Thailand yang dianggap sebagai 'Detroit Timur' kini menjadi antara pusat kenderaan utama global dengan menawarkan pelbagai insentif cukai dan menghapuskan halangan pemilikan ke atas kilang dan anak syarikat oleh pelabur asing.

"Kami sedang membentuk dasar yang tidak akan menyebabkan Malaysia terus ketinggalan. Kita tidak melaksanakan dasar perlindungan untuk selama-lamanya. Kita komited untuk membuka sektor automotif khususnya di bawah Afta (Perjanjian Perdagangan Bebas Asean)," katanya.

Bank Negara kekal kadar OPR 2 peratus

BANK Negara Malaysia mengekalkan kadar faedah tempatan pada paras semasa kerana berpendapat ia mencukupi untuk menyokong permintaan dalam negara. Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bank pusat itu dalam mesyuaratnya semalam memutuskan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada dua peratus.

“Penilaian semasa menunjukkan inisiatif dasar monetari terkumpul dan langkah meningkatkan akses kepada pembiayaan adalah mencukupi untuk menyokong permintaan dalam negara.

“Dengan adanya mudah tunai yang besar dan mencukupi dalam sistem, penekanan terus diberikan pada usaha memastikan aliran kredit mencukupi kepada semua segmen ekonomi,” kata bank pusat itu dalam kenyataannya mengumumkan keputusan itu semalam.

Bank Negara berkata, ekonomi negara terus terjejas oleh penguncupan ketara dalam permintaan luar, yang menyebabkan kemerosotan eksport dan pengeluaran perindustrian. Akibatnya, katanya, ekonomi Malaysia menguncup dengan nyata pada suku pertama tahun ini dan ia berterusan hingga suku kedua.

Malaysia kembali kuasai pasaran utama automotif

Oleh Kamarulzaidi Kamis dan Magendran Gopalbhbiz@bharian.com.my

Negara atasi Thailand jual 118,681 unit pada suku pertama MALAYSIA mengambil alih semula kedudukan sebagai pasaran automotif terbesar di Asia Tenggara daripada Thailand dengan mencatat jualan 118,681 unit pada suku pertama tahun ini di sebalik kegawatan ekonomi global. Thailand yang telah menerajui jumlah pengeluaran kenderaan penumpang dan komersial di rantau ini sejak 2003 kini berada di tempat kedua dengan jualan 107,774 unit.

Ia diikuti Indonesia dengan jualan 99,754 unit, Filipina (28,564 unit), Singapura (24,151 unit), Vietnam (21,839 unit) dan Brunei (3,045 unit). Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad, berkata walaupun industri automotif negara dijangkakan menguncup 12.4 peratus tahun ini, ia adalah lebih baik jika dibandingkan dengan jualan keseluruhan negara Asean yang diunjurkan menguncup 18 peratus.

"Dalam tempoh suku pertama tahun ini, Malaysia mencatat penguncupan jualan sembilan peratus. Bagaimanapun ia adalah lebih baik berbanding penguncupan 23 peratus bagi seluruh Asean," katanya pada sidang media selepas perasmian Persidangan Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di Kuala Lumpur, semalam.

Aishah berkata, kegawatan ekonomi global jelas memberi kesan negatif kepada industri automotif global dengan penguncupan sembilan peratus tahun lalu dan diunjurkan menguncup 13 peratus tahun ini. Katanya, permintaan bagi kenderaan baru di peringkat global dijangka berada pada paras terendah dalam tempoh hampir 30 tahun tahun ini.

Beliau berkata, di Amerika Syarikat (AS) jumlah jualan kenderaan baru susut 9.32 juta unit bulan lalu, sementara di Jepun, Eropah dan Korea pula diramal menguncup antara 25 peratus hingga 30 peratus tahun ini.

"Dari segi teori, permintaan kenderaan adalah bersifat kitaran. Lazimnya, permintaan pasaran automotif Asean akan susut mendadak setiap tujuh hingga 10 tahun dan kali terakhir Malaysia mengalami penguncupan permintaan adalah pada 1997 susulan Krisis Kewangan Asia," katanya.

Bagi pasaran tempatan, Aishah berkata, sudah wujud beberapa petunjuk mengenai peningkatan semula keyakinan di kalangan pengguna khususnya selepas pelaksanaan dua pakej rangsangan ekonomi bernilai RM67 bilion dan pengenalan beberapa model baru.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers