January 6, 2009

KLCI Melonjak Lepasi 900 Mata

Oleh Kamarulzaidi Kamiskamarulzaidi@bharian.com.my

BURSA Malaysia semalam meneruskan aliran meningkat dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) kembali melepasi paras 900 mata buat kali pertama dalam tempoh dua bulan apabila melonjak 26.3 mata atau 2.94 peratus kepada 920.66 mata daripada penutup, Jumaat lalu.

Kali terakhir indeks penanda aras itu berada di atas paras 900 ialah pada 5 November 2008 iaitu 915.52, susulan kesan keruntuhan beberapa institusi kewangan di Amerika Syarikat (AS). Pemulihan ketara semalam yang juga kenaikan hari kedua dagangan 2009, didorong pemulihan pasaran serantau dan peningkatan harga kaunter perladangan tempatan.

Jumaat lalu, iaitu dalam dagangan sulung tahun ini, KLCI melonjak 17.61 mata atau 2.01 peratus kepada 894.36, daripada penutup hari sebelumnya. Awal pagi semalam, KLCI dibuka tinggi pada 901.84 mata, naik 7.48 mata atau 0.84 peratus, sebelum terus melonjak untuk ditutup di paras tertinggi hariannya iaitu 920.66 mata.

Kenaikan di bursa tempatan itu sejajar peningkatan di pasaran utama Asia lain yang didahului Bursa Saham Indonesia dengan Indeks Komposit Jakarta 6.04 peratus atau 81.93 mata kepada 1,437.34 mata.

Ini diikuti Bursa Saham Singapura (5.20 peratus); Bursa Hong Kong (3.46 peratus); Bursa Shanghai (3.29 peratus); Bursa Taiwan (2.33 peratus); Bursa Tokyo (2.07 peratus) dan Bursa Seoul (1.40 peratus). Sementara itu, pasaran saham Eropah turut mencatat peningkatan pada sesi pembukaan petang semalam, didahului Indeks ATX Vienna yang meningkat 1.48 peratus, diikuti DAX Jerman yang menokok 0.33 peratus, AEX Amsterdam (0.33 peratus), FTSE 100 United Kingdom (0.27 peratus) dan CAC 40 Perancis (0.06 peratus).

Penganalisis berkata, lonjakan pasaran global umumnya didorong peningkatan di Wall Streets pada Jumaat lalu yang menyaksikan Indeks Perusahaan Dow Jones kembali melepasi paras 9,000 mata apabila melonjak 2.94 peratus atau 258.3 mata kepada 9,034.69 mata.

Dalam pada itu, harga kontrak Februari minyak mentah bermutu ‘Light, Sweet’ meningkat 26 sen kepada AS$46.60 ketika diniagakan dalam dagangan elektronik New York Mercantile Exchange di Asia petang semalam.

Kenaikan itu didorong oleh kebimbangan mengenai ketegangan politik antara Israel-Palestin yang dijangka boleh menyebabkan Opec bertindak mengurangkan bekalan. Sehubungan itu, harga komoditi lain termasuk sawit dan soya turut meningkat susulan peranannya sebagai komponen bahan api biofuel.

Harga penanda aras, kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) penghantaran Mac melonjak RM97 atau 5.6 peratus untuk ditutup pada RM1,837 satu tan semalam. Kenaikan MSM melepasi RM1,800 satu tan itu adalah tertinggi dalam tempoh 11 minggu, iaitu sejak 14 Oktober lalu.

Mengulas prestasi pasaran semalam, Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn Bhd, Nazarry Rosli, berkata kenaikan indeks adalah kukuh kerana disertai peningkatan jumlah urus niaga dan menjadi petanda bermula ‘rali’ menjelang perayaan Tahun Baru Cina seperti yang lazim berlaku.

“Kenaikan hari ini (semalam) adalah kukuh yang mana terdapat penyertaan pelabur tempatan dan asing dikesan membeli saham mewah khususnya syarikat perladangan, sementara itu pelabur runcit membeli kaunter sederhana mewah dan murah.

“Lonjakan itu juga agak mantap kerana disokong oleh peningkatan jumlah urus niaga kepada 846 juta saham berbanding hanya sekitar bawah 500 juta sebelum ini... Ini petanda awal ‘rali’ Tahun Baru Cina’ seakan sudah bermula,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, pada peringkat global, secara umumnya pelabur ceria dengan kenyataan bakal Presiden AS, Barack Obama yang menggesa Kongres untuk bertindak lebih pantas menyediakan pakej pemulihan termasuk kemungkinan penurunan cukai. Nazarry menjangka, tanpa berlaku perkara luar jangkaan, KLCI mampu melonjak melepasi paras 1,000 mata untuk menguji paras halangan 1,050 mata dalam jangka pendek.

Ekonomi Malaysia DiJangka Kembali Kukuh 2010

EKONOMI Malaysia dijangka melantun kukuh pada 2010 selepas terpaksa mengharungi impak sebenar krisis kewangan global sepanjang tahun ini, kata Manu Bhaskaran, pakar ekonomi di Centennial Group berpangkalan di Singapura.

Bagaimanapun, katanya, negara tetap tidak dapat mengelak daripada impak jangka pendek krisis kewangan global pada separuh pertama 2009 berikutan Malaysia, seperti negara perdagangan lain, amat terdedah kepada ekonomi dunia yang memberikan kesan berganda kepada ekonomi tempatan. “Apa yang akan saya nyatakan di sini bukan bertujuan untuk menakutkan anda, tetapi Malaysia akan `luka’ teruk tahun ini.

“Pada separuh pertama tahun ini kita akan melihat lebih banyak berita buruk pada peringkat global, pasaran akan merudum, manakala semua enjin pertumbuhan utama dunia akan mengalami kelembapan... ia bakal menjadi kelembapan paling buruk selepas Perang Dunia Kedua. “Sungguhpun begitu, saya menjangka Malaysia dapat mengelak daripada tergelincir ke dalam kemelesetan ekonomi, dalam jangka terdekat, susulan pengurusan wajar ekonominya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk `Krisis Global: Mengharungi Masa Sukar’ pada perbincangan ekonomi semasa anjuran Hong Leong Bank dan The Edge di Kuala Lumpur, semalam.

Manu berkata, langkah positif yang diambil tiga ekonomi utama dunia seperti pakej stimulasi ekonomi hanya akan menampakkan kesannya dalam jangka agak panjang. “Kami menjangkakan ekonomi global akan memantul semula pada 2010, dan berdasarkan kesan berganda, ekonomi Asia akan melantun semula dengan lebih kukuh lagi,” katanya sambil menambah kelembapan ekonomi Asia disebabkan faktor kitaran dan bukannya struktural.

Beliau menegaskan, semua negara Asia seharusnya bersedia mulai sekarang untuk merampas peluang jangka panjang daripada krisis kewangan semasa ini, seperti membangunkan enjin ekonomi domestik baru dan meningkatkan integrasi serantau. Ditanya sama ada sekarang adalah masa sesuai untuk melabur dalam pasaran ekuiti tempatan berikutan harga yang rendah, Manu berkata:

“Bagi mereka yang mempunyai tunai dan bersedia berenggang dengannya untuk dua atau tiga tahun, ia dilihat sebagai waktu yang sesuai. “Namun, saya berpendapat akan berlakunya kejatuhan harga lanjutan di pasaran saham dalam satu atau dua bulan lagi.

Pasaran dijangka mencecah paras dasar pada suku kedua tahun ini. Sesiapa yang mempunyai banyak tunai, dia adalah raja,” katanya. Pada majlis sama Hong Leong Bank turut melancarkan kad kredit Hong Leong Platinum.

Bursa Malaysia DiTutup Kukuh

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh semalam hasil belian susulan saham berwajaran tinggi terpilih terutama saham perladangan.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup 26.30 mata atau 2.941 peratus lebih tinggi pada 920.66, paras tertinggi sejak pasaran mengalami aliran menurun tahun lalu, hasil keuntungan saham IOI Corporation dan Sime Darby.

Ia dibuka 7.84 mata lebih tinggi pada 901.84. Indeks Perusahaan menokok 51.84 mata kepada 2,140.63, Indeks Kewangan melonjak 145.69 mata kepada 7,070.90 manakala Indeks Perladangan meningkat 352.29 mata kepada 4,776.03.

FBMEmas menokok 182.50 mata kepada 6,039.88, FBM30 menambah 167.30 mata kepada 5,931.19, FBMMesdaq meningkat 142.62 mata kepada 3,489.48 dan FBM2BRD menokok 49.79 mata kepada 4,081.92.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 530 berbanding 119 manakala 131 kaunter tidak berubah, 472 tidak diniagakan dan 27 lagi digantung. Jumlah dagangan melonjak kepada 845.963 juta saham bernilai RM1.019 bilion berbanding 507.412 juta saham bernilai RM682.421 juta pada penutup Jumaat.

Peniaga berkata, ketegangan antara Israel dan Palestin menyebabkan harga minyak mentah meningkat, selain turut menyebabkan harga minyak sawit mentah meningkat ke paras yang lebih tinggi. Mereka berkata, beberapa pelabur melihat keadaan ini sebagai peluang untuk membeli saham perladangan dan aliran itu dijangka berterusan sehingga Tahun Baru Cina.

Saham yang mencatat keuntungan tertinggi, Tanjong untung 70 sen kepada RM14.20, IOI Corporation menambah 48 sen kepada RM4.38 dan Asiatic menokok 46 sen kepada RM4.26. Antara saham aktif, KNM meningkat 4.5 sen kepada 48 sen, Ramunia Holdings menambah 3.5 sen kepada 34.5 sen manakala Malaysian Resources Corporation menokok 6.5 sen kepada 81.5 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Sime Darby menokok 30 sen kepada RM5.70 manakala Tenaga Nasional dan Bumiputra-Commerce, masing-masing meningkat 15 sen kepada RM6.40 dan RM6.35. Maybank meningkat 20 sen kepada RM5.40, MISC menambah lima sen kepada RM8.65 manakala Public Bank turun 10 sen kepada RM8.80.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 707.178 juta saham bernilai RM991.427 juta berbanding 412.995 juta saham bernilai RM667.128 juta Jumaat lalu. Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 64.808 juta unit bernilai RM17.839 juta berbanding 35.026 juta unit bernilai RM9.458 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq menambah kepada 18.125 juta unit bernilai RM4.106 juta berbanding 9.427 juta bernilai RM1.936 juta Jumaat lalu. Waran meningkat kepada 53.596 juta saham bernilai RM5.406 juta berbanding 49.449 juta saham bernilai RM3.704 juta sebelum ini.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sejumlah 12.589 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 183.63 juta, pembinaan 69.304 juta, perdagangan/perkhidmatan 218.122 juta, teknologi 4.108 juta, infrastruktur 17.171 juta, kewangan 45.582 juta, hotel 3.316 juta, hartanah 97.992 juta, perladangan 54.006 juta, perlombongan 30,000, REIT 1.201 juta dan dana tertutup 125,300. - Bernama

January 5, 2009

Tahun Terbaik Mencapai Matlamat Hidup

Tahun 1430H dan 2009 adalah tahun yang terbaik bagi kita mencapai setiap satu matlamat hidup. Gunakan kesempatan pada awal bulan Muharam dan Januari ini bagi menetapkan Azam Kewangan ‘Smart’ yang kita ingin capai dalam tahun ini.

Lupakan tentang apa yang diperkatakan bahawa ekonomi akan meleset, kos barangan akan naik dan banyak lagi yang kita akan dengar dari mulut-mulut yang ada disekeling kita. Itu adalah cakap-cakap yang menghalang kita bergerak dan akan mengagalkan setiap impian kita yang luarbiasa.

Bagi individu yang ingin terus berkerja sebagai pekerja, gunakan peluang ini bagi mencapai setiap satu impian yang kita ingin menjadi kenyataan. Jadi pekerja yang multi skill dan lengkap dengan kemahiran yang diperlukan. Belanjakan masa bagi mengikuti kursus-kursus yang bersesuaian.

Antaranya adalah Kursus Dimensi Pekerja Cemerlang versi 2009 mengandungi keperluan bagi kita menjadi pekerja yang serba lengkap dan melangkah satu langkah kehadapan berbanding mentaliti pekerja biasa.Bagi individu yang ingin menceburi dunia bisnes dengan melangkah keluar dari dunia pekerjaan, 2009 adalah tahun terbaik bagi melakukannya.

Pelbagai peluang yang boleh diciptakan dan menanti mereka yang ingin bergelar usahawan.Bagi individu yang sudah berbisnis, ubah kaedah kita beroperasi danGunakan hari cuti dihujung minggu ini bagi membincangkan bersama pasangan (jika ada) tentang matlamat yang ingin dicapai sepanjang 2009. Jika kita inginkan hasil yang luar biasa, matlamat itu juga perlu luarbiasa dari tahun yang sebelum.

Cara dan kaedah yang dipilih bagi merealisasikan juga perlu luarbiasa juga. Elakkan diri kita termasuk di dalam kumpulan orang yang ada apa yang kita tiada. Mereka ada masa untuk dibuang.Insyaa-Allah tahun 1430 H dan 2009 adalah tahun yang paling luarbiasa pencapaian dalam hidup saya sejak dari hari pertama saya lahir ke bumi ini.

Saya juga mendoakan supaya setiap Tuan dan Puan turut menetapkan matlamat yang luarbiasa dan berusaha mengunakan kaedah baru bagi mencapainya di dalam tahun ini.Insyaa-Allah satu demi satu kejutan yang saya akan lakukan kepada diri saya pada setiap hari.

Saya juga yakin dan mendoakan Tuan dan Puan juga mencipta lebih besar kejutan dalam hidup saudara/i pada setiap hari.

Pelabur Runcit, Institusi Kembali Sertai Pasaran

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka diniagakan kukuh minggu ini susulan jangkaan penyertaan aktif pelabur runcit dan institusi, dengan kebanyakan mereka kembali semula ke dalam pasaran selepas menghabiskan cuti akhir tahun, kata para penganalisis.

Mereka berkata, sepatutnya terdapat sedikit kenaikan seperti sebelum-sebelum ini dengan penanda aras pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) kekal dalam bahagian positif kerana asas domestik masih kukuh.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata baru-baru ini bahawa negara tidak mengunjurkan kemelesetan pada 2009 dan kerajaan mempunyai fleksibiliti untuk menyediakan rangsangan seterusnya sekiranya diperlukan.

Menurut beliau, permintaan domestik, yang dijangka menyederhana, masih mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada 2009.

Negara dijangka mencatatkan pertumbuhan 3.5 peratus tahun ini.

Tahun ini dijangka menyediakan peluang kepada pelabur untuk membuat pembelian saham berharga murah syarikat-syarikat saham mewah pada harga yang berpatutan, kata Presiden Persatuan Pelabur Malaysia, Datuk Dr P.H.S. Lim.

"Syarikat-syarikat yang berdepan dengan tempoh sukar tetapi mampu mencatatkan prestasi baik termasuklah pengendali makanan segera seperti KFC, rantaian pasar raya seperti AEON, dan syarikat makanan dan minuman seperti F&N dan Nestle manakala syarikat penjagaan kesihatan boleh menjadi pilihan defensif yang baik selain bank-bank, tanpa mengambil kira keadaan yang tidak dijangka," katanya.

Penganalisis menyandarkan tahap ketahanan segera bagi IKKL pada paras 900 mata dan sokongan kukuh pada paras 750 mata.

IKKL ditutup pada minggu yang baru berakhir ini dengan meningkat sebanyak 27.01 mata kepada 894.36 berbanding 867.35 yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Indeks Perusahaan menokok 55.42 mata kepada 2,088.79 daripada 2,033.37, Indeks Kewangan meningkat 168.39 mata kepada 6,925.21 daripada 6,756.82 dan Indeks Perladangan menambah 344.45 mata kepada 4,423.74 daripada 4,079.29.

FBMEmas melonjak 191.02 mata kepada 5,857.36, FBM30 naik 186.41 mata kepada 5,763.89 manakala FBM2BRD meningkat 39.27 mata kepada 4,032.13.

Bagaimanapun, FBM-MDQ turun 83.84 mata kepada 3,346.86.

Semasa tempoh dagangan yang singkat minggu lalu berikutan cuti umum, sejumlah 1.080 bilion saham bernilai RM1.608 bilion diniagakan berbanding 986.592 juta saham bernilai RM1.121 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Papan Utama meningkat kepada 889.155 juta saham bernilai RM1.568 bilion daripada 746.626 juta saham bernilai RM1.076 bilion sebelumnya.

Bagaimanapun, jumlah dagangan di Papan Kedua jatuh kepada 82.288 juta saham bernilai RM23.552 juta daripada 90.388 juta saham bernilai RM27.929 juta.

Jumlah dagangan Pasaran Mesdaq menokok kepada 34.177 juta saham bernilai RM9.338 juta daripada 26.782 juta saham bernilai RM9.484.392 juta sebelumnya.

Waran berkurangan kepada 72.499 juta saham bernilai RM5.730 juta daripada 121.132 juta saham bernilai RM7.297 juta minggu sebelumnya.
- Bernama

Maklumat Serta Peluang Pelaburan Di Dalam Unit Amanah Di Malaysia

‘Bukan Hanya Simpanan’ Bolehkan Lebih Ramai Ahli Buat Pengeluaran

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan peningkatan ketara dalam bilangan Pengeluaran Pelaburan Ahli pada suku tahun ketiga 2008 (S3 2008) berikutan bertambahnya bilangan ahli yang layak di bawah pengeluaran ini. Pada S3 2008, sebanyak 107,564 (S2 2008: 122,887) permohonan telah diluluskan untuk pengeluaran ini, meningkat 42.9 peratus berbanding 75,239 permohonan pada tempoh yang sama tahun lepas (S3 2007).

“Menerusi pelaksanaan Simpanan Asas di bawah inisiatif strategik ‘Bukan Hanya Simpanan’, kini lebih ramai ahli terutamanya yang masih muda layak memohon Pengeluaran Pelaburan Ahli,” kata Datuk Azlan Zainol, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP ketika mengulas prestasi S3 2008 yang belum diaudit.

Bursa Malaysia Rancang Kukuh Struktur Pasaran

BURSA Malaysia Bhd melihat persekitaran pasaran saham yang agak lembap ketika ini sebagai peluang untuk memperkenalkan pelbagai produk serta inisiatif baru yang akan membolehkannya meraih manfaat apabila pasaran kembali aktif kelak.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata pengendali bursa saham tempatan itu mempunyai rancangan besar pada 2009 ini dalam mengukuhkan struktur pasaran dan pengenalan produk baru seperti penggabungan Papan Utama dan Kedua, pembaharuan Papan Mesdaq, pengenalan Indeks Perladangan Minyak Sawit Asia FTSE Bursa Malaysia dan Indeks Perladangan Minyak Sawit FTSE Bursa Malaysia.

“Kami percaya keadaan semasa memberi kelebihan untuk melaksanakan semua itu berbanding ketika pasaran rancak kerana ia membolehkan kami bersedia meraih manfaat apabila pasaran kembali aktif.

“Hasrat kami adalah menjadikan bursa saham tempatan setaraf dengan pasaran di negara maju. Penggabungan Papan Utama dan Kedua disasarkan dilaksanakan menjelang pertengahan 2009 adalah untuk menaik taraf struktur pasaran tempatan supaya menjadi lebih menarik dan lebih banyak syarikat berminat disenaraikan,” katanya dalam satu temu bual bersama Berita Harian baru-baru ini.

Jelasnya, langkah itu juga membantu meningkatkan mutu syarikat yang disenaraikan kerana Papan Kedua dilihat kehilangan populariti sejak beberapa tahun lalu. “Semua inisiatif ini akan dilakukan segera kerana lebih cepat dilaksanakan, maka kami mempunyai lebih banyak masa untuk mengembangkan aktiviti pasaran.

“Kami juga berhasrat menumpukan kepada pengenalan produk berkaitan komoditi dan berkonsepkan Syariah kerana Malaysia memiliki kelebihan dari segi itu, dan kami mahu membangunkan lebih banyak produk dalam dua segmen itu,” katanya.

Yusli berkata, minat dalam kontrak hadapan minyak sawit dijangkakan terus berkembang kerana ia menjadi semakin popular di peringkat global. Mengenai isu memendek waktu dagangan, Yusli berkata pihaknya masih menilai kewajaran pelaksanaannya dan ia terpulang kepada persetujuan peserta pasaran.

“Menerusi perbincangan kami dengan peserta industri, kami dapati tidak semua berminat untuk memendekkan masa dagangan. Bagaimanapun, kami berhasrat untuk meneruskan dialog mengenai perkara itu.

“Ia perlu dipersetujui majoriti peserta pasaran dan kami tidak akan menghalang, malah kita boleh menjimatkan banyak wang industri,” katanya. Mengenai cadangan melanjutkan tempoh penyelesaian kontra, Yusli berkata, perkara itu sukar dilaksanakan kerana pasaran global kini secara umumnya mensasar memendekkan tempoh penyelesaian kerana ia berkaitan rapat dengan risiko.

“Sebilangan bursa yang sudah melaksanakan T+1 dan T+2, tetapi kita masih mengekalkan T+3. Pada masa ini belum ada cadangan untuk mengurangkannya “Namun, kami memberi kelonggaran kepada broker untuk melanjutkan tempoh penyelesaian kepada pelanggannya,” jelasnya.

Mengenai jualan singkat, beliau berkata, Bursa Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan rangka kerja urus niaga di atas kaunter (OTC) pada separuh pertama 2009. Katanya, usaha itu adalah sebahagian daripada inisiatif untuk menjadikan pasaran tempatan lebih menarik kepada pelabur.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers