January 31, 2009

Syarikat Insuran, Takaful Laksana RCB Pada 2009

Oleh Ainul Asniera Ahsan

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, semua syarikat insurans dan takaful perlu bersedia untuk melaksanakan rangka kerja modal berasaskan risiko (RCB) mulai 1 Januari 2009.

Bagaimanapun, syarikat insurans dan takaful yang sudah bersedia untuk melaksanakan rangka kerja RCB boleh memulakannya mulai awal tahun depan, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Zamani Abdul Ghani.

Malah, menurut beliau, setakat ini sudah banyak syarikat insurans dan takaful yang telah melaksanakan RCB pada tahun ini.

‘‘Pengenalan RCB dan pelaksanaan rangka kerja pengawalseliaan lebih awal itu bagi menyediakan rejim lebih fleksibel bagi memastikan syarikat insurans dan takaful lebih kukuh.
‘‘Peralihan rangka kerja pengawalseliaan ini adalah seiring perubahan dalam industri di peringkat antarabangsa termasuk Persatuan Penyelia Insurans Antarabangsa (IAIS) yang terlibat dalam menyediakan hala tuju perundangan insurans,’’

katanya ketika berucap di majlis pembukaan Persidangan Insurans Pasifik ke-23 di sini hari ini.
RCB yang diperkenalkan itu juga bertujuan menangani kelemahan dalam institusi yang lebih lemah melalui penyeliaan yang sewajarnya.

Rangka kerja itu bertujuan membentuk satu rejim yang melibatkan lebih banyak penyertaan peserta industri secara kolektif untuk membangun dan menguatkuasa secara berkesan kod amalan professional dalam industri.

Zamani berkata, meskipun perubahan itu berdasarkan kepada rejim berasaskan keutamaan, tetapi ia penting untuk mengekalkan pengawasan perundangan untuk kestabilan kewangan dan keyakinan orang awam.

Ia adalah sama penting bagi penggubal undang-undang untuk fokus bagi memudahkan perubahan dalam pasaran yang membolehkan pihak industri berkembang dalam pembangunan pasaran.’’ tambahnya.

Katanya, ia termasuk meletakkannya dalam mekanisme yang memanfaatkan kuasa pasaran dan disiplin untuk memperkukuhkan perundangan dan mempromosi sistem kewangan yang lebih cekap dan responsif.

Cabaran

Menurut beliau, dalam menghadapi cabaran, BNM akan sentiasa mengkaji dan membuat penilaian semula amalan perniagaan dan meletakkan standard antarabangsa yang diiktiraf oleh IAIS dan Lembaga Standard Perakaunan Antarabangsa.

Dalam ucapannya itu, Zamani berkata, industri insurans dan takaful mencatatkan pertumbuhan premium kira-kira 10 peratus bagi insurans nyawa dan am dengan jumlah premium sebanyak RM13 bilion pada pertengahan tahun ini.

Aset bagi insurans nyawa dan am juga menyaksikan peningkatan dua kali ganda sebanyak 14 peratus kepada RM116 bilion sehingga Jun tahun ini.

‘‘Momentum pertumbuhan ini dijangka berterusan sehingga tahun depan, selari dengan pertumbuhan ekonomi negara,’’ katanya.

Zamani berkata, penembusan bagi industri takaful masih lagi rendah iaitu kurang daripada lima peratus di kebanyakan negara Islam dan Malaysia hanya 6.8 peratus.Zamani berkata, bank pusat itu juga membuka peluang kepada mana-mana syarikat takaful asing yang memiliki kelayakan untuk menerokai pasaran retakaful di negara ini, selaras dengan fokus BNM untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam industri takaful.

FMUTM Opens Up New Opportunities For Financial Planners

KUALA LUMPUR, Oct 10 - Effective Oct 11, financial planners with the CMS Licence are eligible to apply to register with the Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM) as Corporate Unit Trust Advisors (CUTA).

CUTA will become the new group of distributors who can market and distribute units trust funds of multiple unit trust management companies (UTMC).Financial planners with the CMS license deal with securities restricted to unit trust products.

In a statement today, FMUTM said the new guideline was formalised after a series of consultations with the Securities Commission and the financial planning associations.It said the group of CUTA will herald a new age for the unit trust industry.

They will be able to assist their clients in asset allocation and advise them on the asset classes to invest to meet their financial goals.It also will be able to offer independent advice required by their clients before they make their investment decisions.

"CUTA's primarily role as a personal financial planner to their clients will not affected even though they are now allowed to market and distribute unit trust products," said FMTUM.Among the requirements to register as CUTA include being a financial planning corporation registered with the SC and having the CMS License.

They should also have a initial paid up capital of RM100,000.00. They also have to represent two or more unit trust management companies.Further details of the registration criteria are available on FMUTM's website.

FMUTM also announced that unit trust agents who are known under the securities laws as Persons Dealing in Unit Trusts are now been renamed as Unit Trust Consultants.Bank and stockbroking firms which have been traditionally called Institutional Unit Trust Agents will know be known as Institutional Unit Trust Advisers.- BERNAMA

EPF Money For Critical Illness Insurance

Source: The Star, 7th August 2007
Comment by V.K. Chin

From next year, the Employees Provident Fund will allow contributors to withdraw money to buy critical illness insurance.

It will ensure that they will receive some financial assistance should they suffer from a life-threatening disease in later life.

This is a far-sighted move even though it will be another drain on their retirement fund. However, the possibility of getting a serious sickness is greater, and it is good that the EPF is providing this financial cushion should this happen.

But those interested in such a scheme should also be informed that it is not another insurance policy, such as life or education. In an endowment policy, which can mature in 10 to 20 years or longer, the assured would be able to get the sum insured plus interest.

Life insurance therefore is a form of savings and financial protection for the family should its main breadwinner die of natural causes or in an accident. Since we do not know how long we will live, it is prudent that everyone should have one life policy for the worker.

But critical illness insurance is different from a life policy. Those interested would have to pay premiums like other insurance buyers. However, the insured will not get any refund at the end of the day.

The scheme is therefore similar to that of personal accident or general insurance, whereby the insured will not be paid any money when the policy expires. They will be paid only if there is a claim.

At present, many insurance companies are offering this product because more people are suffering from chronic illnesses; about 30 are on the list identified by the medical profession.
The amount to be insured can range from RM10,000 to millions.

Should an insured be medically certified as suffering from the disease, the insurance would pay him the insured amount in one lump sum. The individual will then have to meet all the medical expenses for his illness.

If the money is sufficient to meet his treatment, then he is fortunate, or else he will have to pay for all future bills on his own. This is a one-off deal where the insurance company is concerned.
But those interested in such a policy need not keep on paying to keep it going. Usually, they have to pay premiums until 55 and will be covered until 70.

The premium will depend on the age of the insured and the payment period. Of course, it will be cheaper if purchasers should be in their 30s than in their 40s.

Therefore, those interested in this scheme should start as early as possible since they will be paying less in premiums than those in the older group.

Under the EPF scheme, members can only purchase critical illness insurance from insurers endorsed by it. Four schemes will be on offer: RM10,000, RM20,000, RM50,000 and RM100,000.

The first may be low for a critical illness but this will be dependent on the financial status of the contributor.

Naturally, the higher coverage the better, but it will mean a financial strain on them. However, the best insurance is still one where people will take proper care of their health by adopting good eating habits, a good lifestyle and regular exercise. Prevention is always better than cure.

Hibah Secara Bertulis Boleh Elak Salah Faham Antara Waris

Oleh Mohd NoorAizan Md IdrusSumber: Berita Harian – 24/10/2007

ELEMEN penting dalam pemberian hibah adalah penerimaan barang hibah atau Al-Qabd. Al-qabd bermaksud mendapat sesuatu, menguasai dan boleh melakukan sesuatu ke atas barang berkenaan.

Selepas lafaz ijab kabul dibuat, sesuatu hibah menjadi sempurna apabila berlaku al-qabd atau penerimaan barang oleh penerima. Ia bermakna lafaz ijab oleh penghibah dan lafaz kabul oleh penerima saja tidak memadai untuk menyatakan sesuatu lafaz hibah sudah sempurna.

Contohnya, Ali menghibahkan keretanya kepada Ahmad dengan lafaz: "Aku beri kereta ini kepada kamu", lalu dijawab oleh Ahmad, "Baiklah aku terima." Tetapi kereta itu tidak diserahkan kepada Ahmad.

Hibah masih belum sah sehingga kereta itu diberi kepada Ahmad. Walaupun geran kereta berkenaan masih di atas nama Ali, namun Ahmad adalah pemunya kereta selepas hibah itu sempurna.

Persoalan sering ditimbulkan adalah bolehkah pemberi hibah menarik balik hibah yang sudah dibuat? Mengikut Mazhab Syafie, pemberi hibah berhak menarik balik hibah jika belum berlaku serahan barang hibah kepada penerima hibah.

Bagaimanapun, jika sesuatu hibah sudah sempurna dilaksanakan, fuqaha' berbeza pendapat dalam menentukan hukumnya. Mazhab Syafie dan Hambali berpendapat pemberi hibah tidak boleh menarik balik hibah itu, kecuali hibah daripada seorang bapa kepada anaknya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti orang yang menjilat muntahnya sendiri." Persoalan bolehkah seseorang sakit tenat atau nazak membuat hibah? Contohnya bapa sakit tenat, tiba-tiba berpesan kepada anaknya supaya membahagi harta iaitu rumah kepada anak pertama dan tanah kepada anak kedua.

Adakah pemberian itu dianggap hibah atau wasiat? Jika ia hibah, adakah sah dilaksanakan? Contoh di atas dinamakan hibah dalam Mard al-Maut, iaitu sakit yang boleh menyebabkan kematian. Hibah dibuat pada waktu itu boleh dihukum mengikut satu daripada dua kaedah iaitu kaedah hibah atau wasiat.

Jika ayah tadi meninggal dunia selepas itu, sebelum al-qabd berlaku, maka hibah itu dihukum sebagai wasiat. Mengikut kaedah wasiat, hibah itu hendaklah dilaksanakan setakat tidak melebihi satu pertiga daripada harta si mati dan penerima hibah pula bukan seorang daripada waris penghibah/simati.

Dalam kes di atas, penerima hibah adalah waris, maka hibah yang sudah menjadi wasiat itu hanya boleh dilaksanakan jika semua waris yang lain bersetuju dengan hibah berkenaan. Tetapi, jika ayah tadi masih hidup dan pulih selepas itu, hibah adalah sah selepas rukun dan syaratnya dipenuhi

Bolehkah ahli waris membantah hibah yang dibuat selepas pemberi hibah meninggal dunia? Contohnya, seorang ibu tunggal memberi tanah kepada anak angkatnya tanpa memberitahu anak kandungnya yang lain sebelum dia meninggal dunia.

Kes seperti ini banyak berlaku dan ia mewujudkan perpecahan di kalangan waris, lebih-lebih lagi jika hibah itu dibuat secara lisan. Sebab itu, kita menyarankan supaya hibah dibuat secara bertulis dalam bentuk dokumen yang boleh ditunjukkan kepada pihak yang tidak mengetahui wujudnya hibah itu.

Ia bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dan kejadian fitnah memfitnah antara waris. Secara asasnya sesuatu hibah boleh dicabar di Mahkamah Syariah, tidak kira sama ada hibah dibuat secara lisan atau bertulis dalam bentuk dokumen oleh individu, peguam atau firma berautoriti.

Bagaimanapun, ia hanya boleh dicabar atau dipertikaikan dari sudut sahnya mengikut hukum syarak atau jika ada waris yang tidak bersetuju dengan kandungan hibah itu selepas pemberi hibah meninggal dunia.

Pertikaian seperti di atas berlaku kerana harta yang dihibah masih di atas nama pemberi hibah pada masa penghibah meninggal dunia. Secara asalnya, menurut undang-undang, harta itu adalah milik arwah melainkan penerima hibah dapat membuktikan harta itu dihibah kepadanya.

Perkara inilah menyebabkan sesuatu kes itu perlu dibawa ke Mahkamah Syariah. Jika pemberi hibah menghibahkan sesuatu harta dengan terus menukar namanya di dalam dokumen hak milik kepada nama penerima hibah, ia tidak menjadi pertikaian.

Segala-galanya sudah jelas, harta itu bertukar milik kepada penerima hibah seperti tertulis di dalam dokumen hak milik. Jika tidak, amalan hibah yang dibuat pada masa itu perlu disahkan Mahkamah Syariah sebelum boleh dilaksanakan.

Dalam kes Eshah Abdullah dan Lima Yang Lain lawan Che Aminah Abdul Razak dan Dua Yang Lain (J.H bhg 2, Rejab 1425), Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu ketika menerima rayuan perayu membuat ulasan seperti berikut: "Diandaikan jika bangunan itu sudah bertukar kepada nama penerima, kemungkinan kes ini tidak lagi perlu dibawa ke mahkamah, kerana segala-galanya sudah jelas dan tercatat dalam dokumen."

Mahkamah dalam kes itu juga memutuskan bahawa penerimaan hasil sewa bangunan berkenaan oleh penerima hibah adalah qarinah, wujudnya al-qabd atau penerimaan oleh penerima hibah. Justeru, dinasihatkan sesiapa bercadang untuk membuat hibah supaya terus menukar nama kepada penerima hibah dalam dokumen hak milik harta atau sekurang-kurangnya menandatangani borang pemindahan/penukaran hak milik untuk kemudahan pada masa akan datang.

Bagaimanapun, bagi harta yang sukar untuk dibuat pemindahan hak milik, hibah seharusnya dibuat secara bertulis dan disaksikan oleh saksi atau dimaklumkan kepada keluarga untuk mengelakkan berlakunya salah faham di kemudian hari. Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Penting Sediakan Dokumen Wasiat!

Sumber: Berita Harian
Mengikut statistik, lebih dari sejuta kes tuntutan harta pusaka dgn nilai mencecah RM38 billion* masih tertunggak kerana tidak dapat diuruskan oleh pewaris. Kes-kes ini majoritinya membabitkan harta milik orang Islam kerana kegagalan menyediakan dokumen wasiat dan hibah ketika masih hidup.

Tujuan utama penyediaan dokumen wasiat ini bukanlah untuk menentukan pembahagian harta pusaka kepada waris, tetapi untuk memudahkan peralihan harta pusaka si mati yang telah dibekukan (disebabkan meninggal dunia) kepada waris, dengan melantik wasi/pentadbir harta pusaka yang sah (seperti Amanah Raya Berhad). Dan kemudian barulah harta pusaka dapat dibahagikan mengikut faraid dan cara yang dipersetujui.

Tanpa adanya dokumen wasiat, proses pengurusan harta pusaka secara puratanya akan mengambil masa antara 3-5 tahun dan ada yang terbengkalai begitu sahaja tanpa diuruskan. Ini mengakibatkan umat Islam dan negara rugi disebabkan harta pusaka yang dibekukan (RM38 billion!) gagal diusahakan secara ekonomik.

Ada juga yang mengganggap penyediaan dokumen wasiat ini hanyalah untuk golongan warga tua dan berumur sahaja, ataupun hanya untuk golongan berada. Tetapi yang kita sering lupa bahawa kematian itu pasti akan tiba dan pastinya ia datang pada bila-bila masa sahaja.

Dan walaupun kita beranggapan harta yang dalam pegangan hanyalah sedikit, sekiranya ada dokumen wasiat dapat juga sekurang-kurangnya dimanfaatkan oleh waris, walau sedikit. Untuk penyediaan dokumen wasiat ini boleh dibuat di Amanah Raya Berhad sendiri ataupun melalui ejen korporat yang dilantik.

Harta Pusaka Tidak Dituntut Cecah RM40b

KUALA LUMPUR 10 Julai 2007 – Nilai hartanah dan jumlah wang yang tidak dituntut disebabkan isu pewaris yang tidak dapat diselesaikan, terdiri daripada semua kaum di negara ini, mencecah RM40 bilion sehingga kini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Nazri Aziz berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM38 bilion terdiri adalah hartanah kaum Melayu.

“Sebanyak RM1.8 bilion wang yang tidak dituntut dari Pendaftar Wang Yang Tidak Dituntut dan wang tidak diselesaikan pewarisnya yang berada di bawah kawalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, koperasi-koperasi dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) terdiri daripada harta semua kaum bernilai RM70 juta.

“Masalah ini berbangkit akibat perbalahan keluarga, kurangnya kesedaran mengenai harta pusaka dan waris sendiri tidak mengetahui wujudnya harta terbabit mengakibatkan ia tidak dituntut,”

katanya semasa merasmikan Konvensyen Perwarisan Harta Islam 2007 dan Pelancaran Daftar Wasiat Malaysia di sini hari ini. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Abdul Rahman Suliman.

Nazri berkata, masalah yang melanda semua kaum ini juga disebabkan masih ramai yang tidak memahami pentadbiran warisan, pendedahan mengenai wasiat, hibah (hadiah), pemegang amanah serta pengetahuan pengagihan harta selepas kematian.

“Faktor ini akan menyebabkan keluarga berbalah, bahkan harta yang ditinggalkan menjadi punca bencana keluarga sendiri dan paling malang, ia akan berlarutan hingga satu generasi ke generasi yang lain tanpa penyelesaian bahkan mungkin tidak dapat diselesaikan kerana membabitkan waris yang berlapis,” katanya.

Katanya, dalam satu kes yang unik, sebidang tanah berukuran 371.6 meter persegi (4,000 kaki persegi) di Kampung Baru, di sini mempunyai 100 orang yang berhak terhadapnya dan tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang.

Nazri berkata, masalah seumpama itu tidak seharusnya dibiarkan berterusan kerana ia bukan sahaja merugikan negara tetapi juga meninggalkan masalah dan beban terhadap waris yang berhak.

Sementara itu, beliau memuji langkah proaktif Amanah Raya Berhad (AmanahRaya), sebuah syarikat milik penuh kerajaan yang mengendalikan harta pusaka sejak 1921 dengan mencatat peningkatan pengurusan wasiat Islam dan bukan Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Menyelenggarakan 221 wasiat Islam dan 652 wasiat bukan Islam pada 2004 dan meningkat kepada 666 (Islam) 968 (bukan Islam) pada 2005; 8,284 (Islam) dan 1,589 (bukan Islam) pada 2006 serta 12,152 (Islam) dan 6,187 (bukan Islam) tahun ini.

Beliau berkata, sistem penamaan bagi caruman KWSP, simpanan Tabung Haji, saham amanah, insurans dan takaful juga perlu dilihat semula dan diseragamkan supaya tidak timbul kekeliruan di kalangan masyarakat sama ada ia adalah wasiat, hadiah ataupun hanya pemegang amanah.

Katanya, kerajaan bersedia untuk membawa cadangan dan hasil rumusan konvensyen berkenaan bagi mempercepat dan mempermudahkan pengurusan harta pusaka dan wasiat ke Kabinet malah ke Parlimen demi manfaat semua pihak.

Mengenai Daftar Wasiat Malaysia (DWM) yang dilancarkan itu, beliau berkata, ia akan memudahkan pengurusan dan rekod bagi mereka yang membuat wasiat untuk menentukan sama ada si mati mempunyai wasiat yang bertulis ataupun tidak.

Sentimen dagangan masih suram

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur dalam dagangan suram semalam, dengan minat belian ke atas saham berwajaran tinggi pada saat-saat akhir telah meningkatkan Indeks Komposit ke wilayah positif, kata seorang peniaga.

Pada penutup Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), yang diniagakan pada zon negatif hampir sepanjang hari, melonjak 1.29 mata kepada 884.45. Ia dibuka 0.34 mata lebih rendah pada 882.82.

Ia mencecah paras rendah seharian pada 871.53. “Pasaran hampir lengang hari ini (semalam) dengan kebanyakan pelabur masih belum memasuki pasaran. Terdapat belian berpilih,” katanya.

Sentimen sebelum itu suram akibat kerugian semalaman di Wall Street. Peniaga itu berkata, Wall Street mengakhiri peningkatan empat hari berturut-turut selepas penyiaran data yang lemah di Amerika Syarikat, termasuk pendapatan dan dakwaan pengangguran yang mungkin mengheret tahap kemelesetan ke tahap lebih buruk.

Indeks Perusahaan menambah 16.97 mata kepada 2,098.39, Indeks Kewangan menokok 2.01 mata kepada 6,912.13, Indeks Perladangan meningkat 36.41 mata kepada 4,450.05 dan Indeks Teknologi menambah menambah 0.20 mata kepada 13.13.

FBMEmas menokok 6.77 mata lebih kepada 5,793.99, FBM30 meningkat 10 mata kepada 5,709.63, FBMMesdaq susut 56.18 mata kepada 3,367.44 dan FBM2BRD berkurangan 13.47 mata kepada 3,938.62.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 202 berbanding 201, 190 kaunter tidak berubah, 661 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 295.474 juta saham bernilai RM462.014 juta, meningkat daripada 286.648 juta saham bernilai RM415.289 juta kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilaporkan berkata Malaysia akan menyemak semua unjuran defisit bajet negara kepada menaik daripada 4.8 peratus tahun ini selepas mengumumkan pakej rangsang kedua.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai bila kerajaan akan mengumumkan pakej kedua. Pakej pertama berjumlah RM7 bilion diumumkan November lalu. Antara kaunter aktif, IOI Corp menokok lapan sen kepada RM3.92, UEM Land susut setengah sen kepada 75.5 sen manakala Compugates tidak berubah pada 14 sen.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank susut lima sen kepada RM5.25, Tenaga Nasional turun 10 sen kepada RM5.90, Sime Darby tidak berubah pada RM5.50 dan MISC meningkat 30 sen kepada RM8.85.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 260.686 juta saham bernilai RM452.621 juta berbanding 250.337 juta saham bernilai RM407.948 juta penutup kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua melonjak kepada 222.772 juta saham bernilai RM5.438 juta berbanding 164.381 juta saham bernilai RM3.939 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq turun kepada 4.743 juta saham bernilai RM1.632 juta berbanding 7.325 juta saham bernilai RM2.027 juta kelmarin. Waran susut kepada 7.141 juta saham bernilai RM1.632 juta berbanding 12.258 juta saham bernilai RM1.235 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 4.411 juta saham yang diurusniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 28.43 juta, pembinaan 34.567 juta, perkhidmatan/perdagangan 90.666 juta, teknologi 8.748 juta, infrastruktur 7.411 juta, kewangan 21.46 juta, hotel 4.47 juta, hartanah 40.85 juta, perladangan 18.592 juta, perlombongan tiada, REIT 1.006 juta dan dana tertutup 68,800. - Bernama

January 30, 2009

Pasaran ditutup bercampur-campur

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur dalam dagangan suram semalam, dengan keuntungan semalaman di Wall Street menggalakkan belian di kaunter berwajaran tinggi yang menaikkan Indeks Komposit, kata peniaga.

Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) menambah 3.53 mata kepada 883.16. Ia dibuka 3.19 mata lebih tinggi pada 882.82. “Kebanyakan pelabur menyambung cuti Tahun Baru Cina, selari dengan sebahagian besar pasaran di Asia Utara,” kata TA Securities dalam tinjauan pasarannya.

Beberapa aktiviti pengambilan untung juga dilihat di kaunter saham murah, kata peniaga. TA Securities berkata, KLCI dijangka berada dalam jajaran sempadan rendah pada 865-870 dan sempadan tinggi pada 880-885. “Sebarang usaha bagi rali pasaran aliran harga menurun boleh memenuhi ketahanan pada paras psikologi 900,” katanya.

Indeks Perusahaan meningkat 8.67 mata kepada 2,081.42, Indeks Kewangan melonjak 41.19 mata kepada 6,910.12 dan Indeks Perladangan menambah 81.59 mata kepada 4,413.64. FBMEmas mencatat 19.28 mata lebih tinggi pada 5,785.22, FBM30 menambah 25.84 mata kepada 5,699.63, FBMMesdaq menokok 44.39 mata kepada 3,423.62 namun FBM2BRD susut 4.06 mata kepada 3,952.09.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 200 berbanding 172 manakala 181 kaunter tidak berubah, 701 tidak diurusniagakan dan 29 lagi digantung. Jumlah dagangan sebanyak 286.648 juta saham bernilai RM415.289 juta, meningkat daripada 213.002 juta bernilai RM268.227 juta kelmarin.

Antara kaunter aktif, IOI Corp menambah 10 sen kepada RM3.84, UEM Land susut 1.5 sen kepada 76 sen dan PI Corp turun satu sen kepada 45 sen. Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank menokok lima sen kepada RM5.30, Tenaga Nasional tidak berubah pada RM6.00, MISC meningkat 15 sen kepada RM8.55 manakala Telekom Malaysia tidak berubah pada RM3.20.

Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 250.337 juta saham bernilai RM407.948 juta berbanding 180.107 juta saham bernilai RM259.152 juta pada penutup kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua melonjak kepada 164.381 juta saham bernilai RM3.939 juta berbanding 22.088 juta saham bernilai RM6.346 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq meningkat kepada 7.325 juta saham bernilai RM2.027 juta berbanding 6.164 juta saham bernilai RM2.291 juta pada Rabu. Waran meningkat kepada 12.258 juta saham bernilai RM1.235 juta daripada 4.298 juta saham bernilai RM352,498 sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sejumlah 3.610 juta saham yang diurusniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 35.571 juta, pembinaan 29.183 juta, perdagangan/perkhidmatan 84.112 juta, teknologi 2.972 juta, infrastruktur 10.246 juta, kewangan 20.306 juta, hotel 4.49 juta, hartanah 37.872 juta, perladangan 20.536 juta, perlombongan tiada, REIT 1.489 juta dan dana tertutup tiada. - Bernama

January 29, 2009

Petunjuk Ekonomi & Peluang Pelaburan Saham Amanah

Petunjuk ekonomi semasa masih terus menunjukkan trend pembangunan ekonomi yang perlahan.

Bagaimanapun, pelaburan dan ekonomi adalah 2 perkara yang berbeza. Ini adalah kerana, di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, masih terdapat peluang-peluang pelaburan yang masih boleh diterokai.

Menurut kajian, krisis ekonomi global dijangka akan mengalami trend pemulihan pada suku pertama 2010. Rujuk Personal Money, January 2009.
Sebagai pelabur, kita perlu melihat kepada matlamat di dalam skop jangka panjang dan sederhana.

Apabila berlaku kejatuhan pasaran saham, kita perlu menumpukan kepada dana-dana saham yang jatuh dan mampu memberikan pulangan atau lonjakan semula apabila pasaran kembali pulih.

Fokus kepada pulangan yang boleh diberikan di dalam jangka panjang berbanding menumpukan kepada pulangan pada tahun 2009 sahaja.

Mengikut sejarah, pasaran saham akan kembali pulih tanpa perlu menunggu ekonomi kembali pulih terlebih dahulu.

Pada hakikatnya, tiada siapa yang boleh menjangka sama ada pasaran saham akan berada di paras terendah atau paras tertinggi.

Secara kesimpulannya, peluang untuk pelaburan di dalam keadaan pasaran saham berharga murah sebenarnya hanya datang di dalam tempoh antara 7 hingga 8 tahun. Sekiranya, peluang pelaburan ini dilepaskan begitu sahaja, berapakah umur anda pada 7 hingga 8 tahun akan datang?

Malaysia masih destinasi FDI pilihan Jepun

DI sebalik persekitaran ekonomi dunia suram yang menjejaskan Amerika Syarikat dan Eropah dengan teruk, Jepun melihat Malaysia sebagai antara destinasi paling menarik untuk pelaburan langsung asing (FDI) bagi pelabur Jepun di rantau ini.

Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie, berkata perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Jepun berada pada kedudukan amat baik. “Kami adalah satu daripada rakan perdagangan utama Malaysia dan sentiasa menjadi rakan perdagangan ketiga teratas,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Horie berkata, Jepun berada di tempat teratas dalam senarai negara pengimport bagi Malaysia dan nombor tiga dari segi eksport. “Kami juga adalah satu daripada tiga pelabur terbesar. Pada 2006 dan 2007, Jepun muncul sebagai pelabur terbesar di Malaysia.

“Sejak saya bertugas di Malaysia 16 bulan lalu, saya sentiasa membawa berita baik, Jepun menjadi pelabur nombor satu di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, negara matahari terbit itu akan terus menjadi pelabur utama di Malaysia. Pada masa ini, ada 1,400 syarikat Jepun beroperasi di Malaysia. “Semua ini adalah pelaburan langsung asing dalam tempoh 30 hingga 40 tahun lalu.

Jumlah pelaburan terkumpul Jepun di Malaysia sangat besar. “Pelaburan ini saling berkait dengan hubungan erat dua hala kita,” katanya sambil menambah Jepun dan Malaysia tidak boleh dipisahkan memandangkan pelaburan semasa akan meningkat.

Beliau bagaimanapun, mengakui bahawa pada 1990-an, ada 100 hingga 200 syarikat Jepun menarik diri dari Malaysia, berkurangan kepada 1,100 atau 1,200 daripada jumlah syarikat beroperasi di sini.

Horie mengakui kemunculan China dan Vietnam ‘sudah mengalihkan pelabur Jepun pada masa itu selepas mereka dapati negara berkenaan mempunyai lebih banyak kelebihan.’ Namun, selepas 2000, keadaannya berubah.

“China berkembang paras upah meningkat dalam masa lebih 10 hingga 15 tahun lalu, manakala Vietnam menarik banyak pelaburan,” katanya. “Bagaimanapun, China dan Vietnam masih kurang dalam bidang tertentu, terutama dalam sektor infrastruktur,” katanya.

Horie berkata, pelabur Jepun sudah menilai semula prospek pelaburan mereka di rantau ini dan membuat kesimpulan bahawa ‘Malaysia masih negara yang baik untuk melabur berbanding negara lain di rantau ini.’

Pertamanya, beliau berkata, Malaysia mempunyai infrastruktur yang maju dan tenaga kerja yang agak mahir. Malaysia juga satu daripada negara yang paling stabil dari segi politik, ekonomi dan sosial.

“Sungguh menakjubkan melihat bangsa Melayu, Cina, India dan banyak kumpulan etnik lain yang tinggal bersama dalam suasana aman dan harmoni,” katanya. “Satu lagi faktor kelebihan Malaysia ialah setiap orang boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Mereka boleh bertutur pelbagai bahasa,” katanya. - Bernama

January 28, 2009

Tinjauan Pasaran: Ketahanan ekonomi negara diuji

DATA ekonomi serta pendapatan firma kewangan dan teknologi besar dari Amerika Syarikat (AS) yang semakin merosot, ditambah dengan meningkatnya kebimbangan masalah bank di United Kingdom merebak ke AS, memaksa Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) jatuh ke paras terendah baru dalam tempoh empat minggu.

KLCI jatuh 23.78 mata, atau 2.65 peratus minggu lalu kepada 872.69, manakala purata dagangan dan nilai dagangan harian terus menjunam kepada 362.6 juta saham dan RM442.3 juta, berbanding 538.8 juta saham dan purata dagangan RM674.4 juta minggu sebelumnya.

Selepas beberapa bulan, kesan kegawatan ekonomi global ke atas Malaysia kini semakin kelihatan dan langkah Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) lebih banyak daripada jangkaan menegaskan lagi spekulasi bahawa keadaan lebih teruk sedang menunggu.

Ketahanan ekonomi Malaysia akan diuji dengan teruk tahun ini berikutan tinjauan lebih lemah dan penangguhan daya usaha merangsang ekonomi domestik. Pengurangan 75 mata asas, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 50 mata asas, menunjukkan keperluan terdesak untuk menggunakan dasar monetari supaya selari dengan ekonomi global lain yang sedang berhempas-pulas memulihkan ekonomi masing-masing.

Kadar faedah lebih rendah akan membantu peminjam sedia ada yang sudah mengambil pinjaman berasaskan kepada kadar fleksibel tetapi langkah itu tidak akan membawa kepada pertumbuhan pinjaman lebih tinggi bagi bank kerana pengguna mengetatkan perbelanjaan dan menangguhkan pembelian besar.

January 22, 2009

Kerajaan Diminta Rancakkan Industri Perumahan

GABUNGAN Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia (ACCCIM) meminta kerajaan mengambil langkah merancakkan industri perumahan kerana ia bakal menggerakkan sektor pembinaan yang seterusnya akan memberi kesan penggandaan yang tinggi kepada ekonomi secara keseluruhannya. merangsang industri hartanah, kerajaan antara lain boleh menimbangkan insentif

Presidennya, Tan Sri William Cheng, berkata dalam usahaseperti memberikan pengecualian cukai setem, pemberian kadar faedah istimewa dan pengecualian cukai hartanah. “Rakyat Malaysia mempunyai kadar simpanan yang tinggi iaitu kira-kira 38 peratus, jadi kita perlu menggalakkan mereka membeli rumah kerana apabila sektor perumahan menjadi aktif ia akan mengaktifkan sektor pembinaan yang akan memberikan kesan gandaan kepada ekonomi,” katanya selepas mengumumkan keputusan kaji selidik ACCCIM mengenai situasi ekonomi negara bagi separuh kedua 2008 di Kuala Lumpur, semalam.

Cheng berkata, langkah merangsang pertumbuhan sektor pembinaan itu memberikan kesan berganda kepada 120 industri sokongan lain. “Langkah merancakkan sektor ini juga boleh dibuat dengan melaksanakan lebih banyak projek yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya.

Cheng berkata, langkah untuk merancakkan kegiatan ekonomi domestik itu perlu dilakukan kerana tinjauan ekonomi yang kurang cergas bagi separuh pertama 2009.

Bursa Malaysia Perkenal Penanda Aras Utama Baru

BURSA Malaysia akan memperkenalkan penanda aras utama yang baru, FTSE Bursa Malaysia KLCI bagi menggantikan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) bermula 6 Julai depan bagi memastikan pasaran saham tempatan kekal relevan pada peringkat global dan memberi gambaran lebih jelas aktiviti dagangan.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata penukaran indeks penanda aras itu akan membantu membina pasaran lebih bermutu menerusi integrasi kaedah penetapan indeks berasaskan pendekatan yang diterima peringkat antarabangsa.

“Penanda aras diperbaharui itu akan menjadikan pasaran tempatan selaras dengan standard antarabangsa yang mengutamakan tiga kriteria penting iaitu mudah dagang, mudah labur dan ketelusan.

“Ia kriteria yang digunakan secara meluas oleh pelabur untuk menilai daya tarikan pasaran. Penambahbaikan penting bagi memastikan indeks itu mewakili gambaran urus niaga sebenar pasaran, sekali gus membina reputasi sebagai pasaran berkualiti dan relevan pada peringkat global,” katanya pada sidang media sempena mengumumkan tarikh penukaran itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan Asia Pasifik FTSE, Paul Hoff dan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Pasaran Bursa Malaysia, Chua Kong Khai. Yusli menjelaskan, pengiraan indeks baru itu adalah berbeza berbanding penanda aras semasa kerana ia mengandungi hanya 30 komponen berbanding 100 komponen pada indeks sedia ada.

“Berlainan daripada KLCI yang dikira berdasarkan 100 saham dari Papan Utama berasaskan permodalan pasaran, FTSE Bursa Malaysia KLCI akan memilih 30 saham kukuh dari Papan Utama berdasarkan permodalan pasaran dengan mengambil kira faktor mudah labur dan mudah dagang.

“Faktor mudah labur adalah penapisan berasaskan keperluan minimum apungan bebas sebanyak 15 peratus dan mudah dagang adalah memenuhi 10 peratus ujian kecairan berdasarkan pendapatan tahunan saham apungan bebas,” jelasnya.

Katanya dengan mengambil kira dua faktor tambahan, indeks baru itu akan memberi gambaran aktiviti dagangan di pasaran saham tempatan dengan jelas dan meluas. “Indeks baru itu juga akan mengira pergerakan setiap 15 saat, lebih cepat berbanding pengiraan KLCI semasa yang dibuat pada kadar setiap 60 saat.

“Ia juga tidak mengganggu aliran KLCI (yang perkenalkan sejak 4 April 1986) kerana ia adalah kesinambungan dari segi nilai iaitu menyambung paras penutup KLCI pada 3 Julai 2009,” tambahnya.

Sementara itu, Chua berkata, pengumuman mengenai perubahan itu yang dibuat enam bulan sebelum ia diperkenalkan, akan memberi tempoh mencukupi bagi peserta pasaran mengubahsuai portfolio masing-masing.

“Aktiviti penjualan ketara (susulan pengurungan komponen daripada 100 kepada 30) dijangka tidak berlaku kerana peserta pasaran diberi tempoh enam bulan bagi mengubahsuai dan membiasakan diri dengan indeks baru.

“Ia terdiri daripada saham kategori penggerak utama pasaran, justeru, memberi gambaran jelas aktiviti keseluruhan pasaran,” katanya. Tambahnya, berdasarkan perbincangan dengan peserta pasaran termasuk pengurus dana, kumpulan komponen 30 saham kukuh itu dapat mewujudkan kecairan pasaran, menyenangkan pengurusan pelaburan dan menjadi ia lebih menarik bagi penerbitan produk pelaburan.

Difahamkan langkah menukar kaedah pengiraan penanda aras adalah lebih berkesan daripada memperkenalkan indeks baru secara berasingan kerana tanpa sejarah aliran bagi tempoh lebih lima hingga sepuluh tahun, akan menyebabkan pelabur dan penganalisis mengetepikannya.

RM5 bilion Sudah Dipindahkan, RM2 bilion minggu depan

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata daripada jumlah RM7 bilion dari pakej rangsangan pertama, RM5 bilion telah dipindahkan ke pelbagai kementerian dan agensi yang beroperasi.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata RM2 bilion lagi akan dipindahkan pada minggu depan. “Jadi keseluruhan jumlah itu akan berada di dalam tangan kementerian berkenaan dan mereka perlu mengambil tindakan segera,” katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Kebangsaan di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai masa pengumuman pakej rangsangan kedua itu akan dilakukan, katanya kerajaan akan memutuskan mengenainya. “Pada peringkat ini, kita mahu memastikan RM7 bilion itu dibelanjakan dengan segera.

Berkata satu pakej rangsangan kedua akan diperkenalkan untuk membantu syarikat dan para pekerja yang menerima kesan iklim ekonomi yang kian perlahan. Katanya butiran, ciri-ciri dan fokus pakej rangsangan kedua itu masih dikaji dan dibincangkan dengan pelbagai pihak.

Pada November, kerajaan mengumumkan pakej rangsangan RM7 bilion yang bertujuan mencapai pertumbuhan ekonomi 3.5 peratus pada tahun ini. - Bernama

TINJAUAN PASARAN: Pasaran tempatan terus suram

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam di tengah-tengah kebimbangan berhubung krisis kewangan global yang berterusan, didahului dengan situasi lesu dalam sektor perbankan Eropah.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup pada 873.41, merosot 6.96 mata atau 0.791 peratus selepas dibuka 6.01 mata lebih rendah pada 874.36 pagi semalam. Peniaga berkata, pasaran serantau juga rendah, begitu juga prestasi semalaman Wall Street yang menyaksikan Purata Perindustrian Dow Jones merosot empat peratus dan Indeks Komposit Nasdaq turun 5.78 peratus.

Peniaga berkata, pelabur terutama luar negara telahpun berada dalam ‘mood’ untuk bercuti panjang. “Kebanyakan pelabur enggan memegang pegangan baru menjelang cuti Tahun Baru Cina minggu depan,” katanya.

Menurut MIMB Investment Bank, pelantikan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44 tidak mampu menghilangkan kesuraman pasaran saham daripada keadaan sektor perbankannya semakin teruk.

Pada penutup, Indeks Perindustrian susut 12.75 mata kepada 2,068.45, Indeks Kewangan merosot 107.53 mata kepada 6,768.05 dan Indeks Perladangan kekurangan 49.66 mata kepada 4,291.94. Indeks FBMEmas pula 48.01 mata lebih rendah pada 5,716.34, FBM30 turun 55.42 mata kepada 5,612.92, Indeks FBMMesdaq merosot 42.65 mata kepada 3,220.43 dan FBM2BRD berkurangan 7.66 mata kepada 3,931.86.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 279 berbalas 143 sementara 196 kaunter tidak berubah, 635 tidak diniagakan dan 30 lagi digantung. Jumlah dagangan merosot kepada 366.251 juta saham bernilai RM485.459 juta daripada penutup kelmarin 375.820 juta saham bernilai RM439.119 juta.

“Pasaran telahpun berada di pendasar yang mungkin menyaksikan beberapa kesuraman dalam tempoh beberapa bulan ini,” katanya. Memandangkan Bank Negara Malaysia dijangka mengurangkan kadar faedah untuk merangsangkan pasaran ekuiti, MIMB berkata: “Adalah terlalu awal untuk mencari permulaan fasa ke bawah ekuiti utama.”

Ia berkata, pasaran telahpun memperlihatkan fasa tidak bergerak antara tahap 800 hingga 900 mata, sambil menambah yang ekonomi akan terus bergelut tahun ini dan hanya akan pulih menjelang separuh kedua tahun ini.

Seperti yang dijangkakan, bank pusat hari ini mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 75 mata asas kepada 2.50 peratus dan menurunkan keperluan rizab berkanun kepada dua peratus daripada 3.5 peratus, berkuatkuasa 1 Feb, 2009.

Pada penutup, jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 318.757 juta saham bernilai RM473.695 juta daripada penutup semalam 317.376 juta saham bernilai RM424.002 juta. Jumlah dagangan di Papan Kedua merosot kepada 23.033 juta saham bernilai RM6.540 juta daripada 38.096 juta saham bernilai RM11.615 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq mengukuh kepada 9.765 juta saham bernilai RM2.875 juta daripada 8.795 juta saham bernilai RM2.286 juta kelmarin. Waran menokok kepada 11.416 juta saham bernilai RM808,000 daripada 10.803 juta saham bernilai RM823,830 sebelumnya.

Di kalangan saham aktif, KNM kekal pada 43 sen, Compugates susut satu sen kepada 14 sen dan UEM Land meningkat dua sen kepada 77.5 sen. Untuk saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun lima sen kepada RM5.30, Tenaga Nasional menambah lima sen kepada RM6.00 dan Maybank susut lima sen kepada RM5.10.

Saham untung termasuk United Plantations menokok 60 sen kepada RM10.40 dan Tanjong Public Ltd meningkat 30 sen kepada RM13.80. Berdasarkan sektoral, produk pengguna menguasai 14.759 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 54.009 juta, pembinaan 31.498 juta, urus niaga/perkhidmatan 102.236 juta, teknologi 3.277 juta, infrastruktur 6.174 juta, kewangan 29.048 juta, perhotelan 550,300, hartanah 63.311 juta, perladangan 11.835 juta, perlombongan sifar, REITs 1.997 juta dan dana tertutup 61,000. - Bernama

January 21, 2009

Tinjauan Pasaran: Pengambilan untung berterusan

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah dengan aktiviti pengambilan untung yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi dan murah sementara kebanyakan kaunter kewangan pula meneruskan kerugian.

Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 9.91 mata atau 1.113 peratus kepada 880.37. KLCI dibuka 4.46 mata lebih rendah pada 885.82 pagi semalam berbanding penutup kelmarin, 890.28.

Peniaga berkata, peserta pasaran mula mengambil keuntungan menjelang cuti Tahun Baru Cina minggu depan dan di sebalik kebimbangan yang krisis kewangan Amerika Syarikat telah menular ke Eropah.

Katanya, kebimbangan terhadap krisis kewangan di Eropah nampaknya telah menjejaskan bursa tempatan dan serantau, terutama selepas Royal Bank of Scotland di United Kingdom, mengumumkan kerugian besar.

Indeks Perindustrian turun 3.03 mata kepada 2,081.2, Indeks Kewangan merosot 109.63 mata kepada 6,875.58 dan Indeks Perladangan lebih rendah 30.92 mata kepada 4,341.6.
Indeks FBMEmas susut 63.84 mata kepada 5,764.35, Indeks FBM30 merosot 59.88 mata kepada 5,668.34, FBM2BRD pula 43.38 mata lebih rendah pada 3939.52 dan Indeks FBMMesdaq turun 26.78 mata kepada 3,263.08.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan 350 berbalas 135 sementara 203 kaunter tidak berubah, 565 tidak diniagakan dan 31 lagi digantung. Jumlah dagangan berkurangan kepada 375.820 juta saham bernilai RM439.119 juta berbanding penutup kelmarin iaitu 421.934 juta saham bernilai RM437.957 juta.

MIMB Investment Bank berkata pasaran menjangkakan lebih banyak berita negatif mengenai ekonomi seperti data pengangguran yang memeranjatkan, sambil menambah cuti Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi akan hanya menambahkan lebih kelesuan kepada pasaran semasa.

"Pelabur terus bimbang yang kelembapan ekonomi global akan berubah menjadi lebih teruk daripada yang dijangkakan. Justeru, ramai yang masih tidak mahu memasuki pasaran kerana mahu menantikan petunjuk yang lebih jelas," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Beliau berkata sikap tunggu dan lihat mungkin berlanjutan untuk beberapa ketika, mungkin sehingga beberapa bulan akan datang. Jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 317.376 juta saham bernilai RM424.002 juta daripada penutup kelmarin iaitu 326.232 juta saham bernilai RM410.421 juta.

Jumlah dagangan di Papan Kedua susut kepada 38.096 juta saham bernilai RM11.615 juta daripada 72.515 juta saham bernilai RM23.474 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq berkurangan kepada 8.795 juta saham bernilai RM2.286 juta daripada 8.993 juta saham bernilai RM2.217 juta kelmarin.

Waran lebih rendah kepada 10.803 juta saham bernilai RM823,830 daripada 11.465 juta saham bernilai RM1.159 juta sebelumnya. Di kalangan saham aktif, KNM susut 2.5 sen kepada 43 sen, Compugates naik satu sen kepada 15 sen dan Ramunia merosot tiga sen kepada 37 sen.

Untuk saham berwajaran tinggi, Sime Darby berkurangan lima sen kepada RM5.35, IOI Corp turun empat sen kepada RM3.80 dan MISC menokok lima sen kepada RM8.65. Maybank lega 15 sen kepada RM5.15, Bumiputra-Commerce susut 15 sen kepada RM6.20 dan Public Bank rugi lima sen kepada RM8.70.

Tenaga susut 10 sen kepada RM5.95 selepas mengumumkan kerugian bersih RM944 juta pada suku pertama berakhir 30 November 2008 ekoran permintaan elektrik yang lemah, harga arang batu yang tinggi dan nilai ringgit yang kurang memberangsangkan.

Berdasarkan sektor, produk pengguna menguasai 8.661 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 66.552 juta, pembinaan 29.478 juta, urus niaga/perkhidmatan 115.323 juta, teknologi 9.376 juta, infrastruktur 6.456 juta, kewangan 17.326 juta, perhotelan 636,400, hartanah 51.981 juta, perladangan 10.276 juta, perlombongan sifar, REITs 1.209 juta dan dana tertutup 102,300. – Bernama

Personaliti Dalam Kerjaya Sebagai Perunding Unit Amanah

Beri personaliti kepada kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah. Kerjaya yang mempunyai “personaliti” sering kali lebih mendapat sambutan berbanding dengan kerjaya yang tidak mengetengahkan seorang personaliti.

Ini adalah kerana, ‘personaliti’ memberi sentuhan ‘manusia’ kepada kerjaya anda. Manusia lebih mudah dikaitkan dengan manusia berbanding dengan sebuah entiti perniagaan. Bila sebut RahsiaInternet, personaliti Irfan Khairi akan datang ke fikiran.

Tidak ramai yang kenal True Wealth Sdn Bhd, tetapi kalau sebut Azizi Ali, semuanya kenal. Microsoft? Bill Gates. Dell Computers? Michael Dell.Tidak kira walaupun untuk sebarang kerjaya, ketengahkan seorang personaliti- tentunya diri kita sendiri! Dalam sebarang kerjaya, kita tidak boleh malu-malu......

January 20, 2009

Tinjauan Pasaran: Harga Saham Ditutup Rendah

Kebanyakan pelabur ambil untung menjelang cuti Tahun Baru CinaHARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah semalam apabila pelabur mengambil untung menjelang cuti Tahun Baru Cina.

Penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), ditutup pada 890.28, susut 6.19 mata ekoran kejatuhan diterajui Bumiputra-Commerce. Ia dibuka 1.43 mata lebih tinggi pada 897.9 pagi semalam.

Ketua Penyelidikan Runcit Maybank Investment Bank Bhd, Lee Cheng Hoo, berkata bursa tempatan terjejas oleh kegiatan mengambil untung di kaunter kewangan dan mewah. Antara kaunter kewangan, Bumiputra-Commerce turun 15 sen kepada RM6.35 dan Public Bank susut 10 sen kepada RM8.75.

“KLCI jatuh, sebahagian besarnya disebabkan penjualan besar-besaran, oleh pelabur dalam sektor kewangan,” katanya.

Beliau juga menjangka pasaran bergerak dalam jajaran kecil hingga hujung minggu ini, sejajar pasaran lain di rantau ini. Indeks Perusahaan turun 22.69 mata kepada 2,084.23 dan Indeks Kewangan susut 55.48 mata kepada 6,985.21, tetapi Indeks Perladangan meningkat 24.71 mata kepada 4,372.52.

FBMEmas jatuh 41.35 mata kepada 5,828.19, FBM30 turun 39.34 mata kepada 5,728.22, tetapi FBMMesdaq mengukuh kepada 1.53 mata kepada 3,289.86. FBM2BRD merosot 18.99 mata kepada 3,982.9. Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 291 berbanding 148, manakala 211 kaunter tidak berubah, 601 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung urus niaga.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 421.934 juta saham bernilai RM437.957 juta daripada 546.612 juta bernilai RM549.656 juta, Jumaat lalu. Jumlah dagangan di Papan Utama mengecil kepada 326.232 juta saham bernilai RM410.421 juta daripada 437.072 juta saham bernilai RM521.655 juta, Jumaat lalu.

Di Papan Kedua, jumlah dagangan susut kepada 72.515 juta saham bernilai RM23.474 juta daripada 84.795 juta saham bernilai RM24.255 juta sebelumnya. Pasaran Mesdaq mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 8.993 juta saham bernilai RM2.217 daripada 6.305 juta saham bernilai RM1.765 juta Jumaat lalu.

Waran berkurangan kepada 11.465 juta saham bernilai RM1.159 juta daripada 16.132 juta saham bernilai RM1.393 juta. Antara saham cergas, Ramunia naik dua sen kepada 40 sen, Compugates menambah 14 sen, KNM menyusut satu sen kepada 45.5 sen, UEM Land turun 2.5 sen kepada 77 sen dan Tebrau susut tiga sen kepada 47.5 sen.

Sektor barangan pengguna menguasai 4.496 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 55.585 juta, pembinaan 22.767 juta, perdagangan/perkhidmatan 135.498 juta, teknologi 3.771 juta, prasarana 9.279 juta, kewangan 23.785 juta, hotel 3.375 juta, harta 54.029 juta, perladangan 11.044 juta, perlombongan tiada, REIT 2.570 juta dan dana tertutup 33,000.

Sementara itu, MIMB Investment Bank berkata keadaan turun naik pasaran sekarang dijangka berlarutan dengan keputusan pendapatan korporat memperlihatkan tahap kelembapan ekonomi.

Katanya, keputusan tahun kewangan penuh bagi 2008 serta prospek bagi tahun semasa dan selepas itu akan memberikan panduan untuk pelabur membuat keputusan melabur. “Memandangkan keadaan tidak menentu yang berpanjangan dalam pasaran, pelabur akan mengambil isyarat daripada prestasi Wall Street, sekurang-kurangnya buat jangka terdekat ini,” tegasnya dalam satu nota penyelidikan. - Bernama

Khazanah Rancang Labur RM58b Dalam Tiga Tahun

Tumpu sektor miliki kesan pengganda ekonomi yang besarKHAZANAH Nasional Bhd merancang memperuntukkan pelaburan sebanyak RM58 bilion untuk tempoh tiga tahun akan datang dengan tumpuan terhadap sektor yang memiliki kesan pengganda ekonomi yang besar dan pulangan baik kepada pemegang saham.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata peruntukan pelaburan bagi tempoh 2009-2011 itu difokuskan dalam pembangunan Iskandar Malaysia, sektor tenaga, telekomunikasi, pelancongan, infrastruktur, pener-bangan, pertanian, sains hayat, kesihatan, teknologi dan sektor kreatif.

"Tumpuan utama pelaburan bagi tahun ini dan tempoh jangka sederhana adalah dalam sektor domestik yang memiliki kesan pengganda tinggi dari segi ekonomi serta peluang pekerjaan.

"Dalam tempoh tiga tahun akan datang dianggarkan sebanyak RM58 bilion akan dilaburkan, khususnya dalam pembangunan Iskandar Malaysia, projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB), tenaga dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas membentangkan Kajian Tahunan Kelima di Kuala Lumpur semalam.

Pada masa sama, beliau menjelaskan, dalam tempoh lima tahun lalu, Khazanah dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sudah membelanjakan kira-kira RM36 bilion dalam ekonomi domestik.

Mengulas mengenai prestasi Khazanah dalam tempoh enam bulan hingga 31 Disember lalu, Azman berkata, port-folio pelaburannya susut seiring dengan pasaran global dan serantau. "Keseluruhan nilai portfolio aset susut kepada RM70.4 bilion berbanding RM88.2 bilion dalam tempoh kajian.

Nilai bersih juga susut kepada RM33.7 bilion pada 31 Disember 2008, berbanding RM53.1 bilion pada 31 Mei 2008," kata beliau. Azman menambah, pulangan ke atas pemegang saham bagi syarikat tersenarai miliknya susut 35.7 peratus pada 2008, sejajar penurunan 35.7 peratus penanda aras pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur pada tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, kedudukan kewangan kekal kukuh dengan kelebihan nilai aset berbanding liabiliti sebanyak 1.9 kali ganda dan sebahagian besar GLC di bawah Khazanah sudah mengukuhkan kedudukan kewangan masing-masing.

Beliau yakin GLC di bawah Khazanah berkedudukan baik untuk mengharungi krisis ekonomi global, namun keadaan pasaran yang tidak menentu kini bukan masa terbaik untuk membuat keputusan pelaburan baru.

Mengulas mengenai terbitan hak oleh anak syarikat perkhidmatan selularnya, Azman berkata, TM International Bhd akan menerbitkan instrumen pembiayaan itu atau beberapa terbitan berkaitan ekuiti lain pada suku semasa bagi mendapatkan dana untuk membayar balik sebahagian daripada hutangnya.

Sementara itu, Azman juga berkata, Proton Holdings Bhd, syarikat pengeluar kereta nasional perlu mencari penyelesaian jangka panjang termasuk membentuk pakatan strategik dengan syarikat lain.

Khazanah yang memiliki 42.74 peratus pegangan ekuiti dalam Proton, yakin pakatan strategik boleh dibentuk meskipun industri automotif global kini dalam keadaan tertekan.

Khazanah Rancang Labur RM58b Dalam Tiga Tahun

Tumpu sektor miliki kesan pengganda ekonomi yang besarKHAZANAH Nasional Bhd merancang memperuntukkan pelaburan sebanyak RM58 bilion untuk tempoh tiga tahun akan datang dengan tumpuan terhadap sektor yang memiliki kesan pengganda ekonomi yang besar dan pulangan baik kepada pemegang saham. Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata peruntukan pelaburan bagi tempoh 2009-2011 itu difokuskan dalam pembangunan Iskandar Malaysia, sektor tenaga, telekomunikasi, pelancongan, infrastruktur, pener-bangan, pertanian, sains hayat, kesihatan, teknologi dan sektor kreatif.

"Tumpuan utama pelaburan bagi tahun ini dan tempoh jangka sederhana adalah dalam sektor domestik yang memiliki kesan pengganda tinggi dari segi ekonomi serta peluang pekerjaan. "Dalam tempoh tiga tahun akan datang dianggarkan sebanyak RM58 bilion akan dilaburkan, khususnya dalam pembangunan Iskandar Malaysia, projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB), tenaga dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas membentangkan Kajian Tahunan Kelima di Kuala Lumpur semalam. Pada masa sama, beliau menjelaskan, dalam tempoh lima tahun lalu, Khazanah dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sudah membelanjakan kira-kira RM36 bilion dalam ekonomi domestik.

Mengulas mengenai prestasi Khazanah dalam tempoh enam bulan hingga 31 Disember lalu, Azman berkata, port-folio pelaburannya susut seiring dengan pasaran global dan serantau. "Keseluruhan nilai portfolio aset susut kepada RM70.4 bilion berbanding RM88.2 bilion dalam tempoh kajian. Nilai bersih juga susut kepada RM33.7 bilion pada 31 Disember 2008, berbanding RM53.1 bilion pada 31 Mei 2008," kata beliau. Azman menambah, pulangan ke atas pemegang saham bagi syarikat tersenarai miliknya susut 35.7 peratus pada 2008, sejajar penurunan 35.7 peratus penanda aras pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur pada tahun lalu. Bagaimanapun, katanya, kedudukan kewangan kekal kukuh dengan kelebihan nilai aset berbanding liabiliti sebanyak 1.9 kali ganda dan sebahagian besar GLC di bawah Khazanah sudah mengukuhkan kedudukan kewangan masing-masing.

Beliau yakin GLC di bawah Khazanah berkedudukan baik untuk mengharungi krisis ekonomi global, namun keadaan pasaran yang tidak menentu kini bukan masa terbaik untuk membuat keputusan pelaburan baru. Mengulas mengenai terbitan hak oleh anak syarikat perkhidmatan selularnya, Azman berkata, TM International Bhd akan menerbitkan instrumen pembiayaan itu atau beberapa terbitan berkaitan ekuiti lain pada suku semasa bagi mendapatkan dana untuk membayar balik sebahagian daripada hutangnya. Sementara itu, Azman juga berkata, Proton Holdings Bhd, syarikat pengeluar kereta nasional perlu mencari penyelesaian jangka panjang termasuk membentuk pakatan strategik dengan syarikat lain. Khazanah yang memiliki 42.74 peratus pegangan ekuiti dalam Proton, yakin pakatan strategik boleh dibentuk meskipun industri automotif global kini dalam keadaan tertekan.

Kerajaan Lancar Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua:Najib

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melancarkan pakej rangsangan ekonomi kedua dalam beberapa bulan lagi, khusus bagi membantu syarikat dan pekerja yang terjejas akibat krisis ekonomi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata demikian selepas menyaksi penyerahan dokumen perjanjian bagi penstruktur semula perkhidmatan bekalan air Negeri Sembilan di sini, petang ini.

January 19, 2009

Pasaran saham dijangka pulih tahun ini

PASARAN saham di negara sedang berkembang, termasuk Malaysia dijangkakan pulih tahun ini berikutan meningkatnya pergerakan masuk dana asing, kedudukan rizab asing yang tinggi serta paras hutang yang rendah, kata pakar pengurus dana bagi pasaran baru muncul, Mark Mobius.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang baik itu, pertumbuhan ekonomi negara berkenaan turut diunjurkan kembali kukuh pada 2010, meskipun beberapa negara maju lain dijangkakan masih lagi mengalami kesan daripada kelembapan ekonomi global. "Kami mengunjurkan tahun ini bakal menjadi tahun bagi pemulihan pasaran saham di pasaran negara sedang berkembang berikutan kelebihan mereka memiliki jumlah rizab tukaran asing besar, sementara 2010 adalah tahun untuk ekonomi kembali kukuh," kata Mobius yang juga Pengerusi Eksekutif Templeton Asset Management Ltd.

"Selain itu, kami turut melihat pergerakan masuk dana asing juga semakin meningkat, terutama di pasaran saham di negara berkenaan yang mana sektor pengguna dan komoditi menjadi dua segmen pilihan utama di kalangan dana asing di tengah ketidaktentuan ekonomi global ketika ini," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah mengenai pelaburan di pasaran negara sedang berkembang, dalam program Siri Kepimpinan Pengurusan Kekayaan Citigold di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

mengesyorkan mana-mana saham yang berkait dengan segmen pengguna dan komoditi, Mobius berkata Templeton lebih menjurus kepada saham syarikat yang berkaitan komoditi seperti emas, besi, timah dan minyak sawit mentah. Templeton adalah firma pengurusan dana terkemuka dunia yang kini mengurus dana bernilai kira-kira AS$30 bilion di dalam aset pasaran negara sedang berkembang.

Mobius berkata, dengan adanya kelebihan itu, pasaran negara sedang berkembang seharusnya berkebolehan mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi lebih tinggi berbanding negara maju. Katanya, pasaran negara sedang berkembang dijangka merekodkan pertumbuhan purata ekonomi 2.4 peratus tahun ini berbanding penurunan 1.6 peratus di negara maju.

Bagi rizab tukaran asing, Mobius berkata, Asia, termasuk Malaysia telah menghimpunkan rizab asing yang agak besar, menjadikan negara itu berada di kedudukan terbaik untuk menangkis sebarang kesan kelembapan ekonomi luar. Katanya, antara negara yang mempunyai rizab asing terbesar ialah China (AS$1.9 trilion), Russia (AS$437 bilion), Korea Selatan (AS$200 bilion, Taiwan (AS$281 bilion), dan India (AS$246 bilion).
Malaysia, setakat 31 Disember 2008 memiliki rizab asing berjumlah RM316.8 bilion (AS$91.4 bilion).

Simple Steps To Financial Freedom

Almost everyone would like to financial freedom. The million dollar question, also intended, is how?I’m a firm believer of understanding the WHY first and then the how will follow.

Why set financial goals? Goals give direction to our lives. If you are married, then share your financial goals with each other. It will help you to manage expectations, time commitments and reduces conflicts.

You may want to save up to buy a home and didn’t know your spouse want a long oversea vacation, it will create unnecessary tension. Most of us make plans at the beginning of the year. Yet many fail to follow up simply because they dont take the necessary steps to make it happen.
Here are the steps.

1. Choose something that inspires you

Choose something that is important to you. It will keep you motivated to follow through. Don’t choose something just because of someone else’s suggestion. Remember it is your life.

2. State the goal in the positive

For example, I want to buy a property, is a positive goal. I will not spend money is a negative goal. Why state goals in the positive? The mind does not and cannot register a negative.
Try this. Don’t think of a pink dog. What happened? I bet you just pictured a pink dog in your mind.

3. Set a date for achieving the goal

A goal is only a wish until you set a date. So now, I want to own a property by December 2009 is a real goal. Without a deadline, chances are, it will not happen.
Do not worry about missing a deadline. So what if you miss it. If you aim for the star and you missed, you will still hit the moon. If you aim for the moon, if you missed, you may hit the roof. So aim high.

4. Write it down

Write down your goal and put it up where you can see it daily. Look at your goal list daily until you begin to expect it. Most of us have too much on our minds that we tend to forget the important things.

By the time December comes, we wonder what happen to our goals and start again only to fail. This is what I call the New Year Resolution Syndrome
Put up the list in places you will see daily like on the computer monitor, mirror, in the car, in your wallet etc.

5. Take action and stay focussed

If you goal is to buy a property, start by looking for locations you like. Check out the prices. Call the real estate agents and visit some property. Stay focussed on your goal and you will find it easy to put aside money to reach it. You will start thinking that I am saving up to spend on something special.

6. Review your goal

Set up a time frame to review your goals. Check to see if you are getting closer. If not, try to catch up by putting aside less important activities. You may also want to try a different approach. Get the help of your spouse or close friends to help you stay on track.

These steps will help with any goal. It may be to lose weight, get out of debt, save up for your childrens education funds or start a new business.
Take the first step towards your financial goals today.

Time Value of Money

From the concept of compounding interest, lets discuss the time value of money. The time value of money is based on the fact that one will prefer to receive a certain amount of money today than the same amount in the future.

The example below will illustrate this point better.
Imagine you have won a cash prize! You are given 2 options to receive the money:A. To receive $1,000 now, orB. To receive $1,000 in three years.

Which option would you choose? Of course you would want the $1,000 now! Three years is a long time and why would you wait 3 years to get the money? You would say,”Give it to me NOW!” All things being equal, it is better to have money now rather than later.

A $100 bills does not have the same value as a $100 bill one year from now due to inflation. Although the face value of the bill is the same, you can do much more with the money if you have it now, and over time, you can earn more interest on your money.

Back to the example: by receiving $1,000 today, you can potentially increase the future value of your money (i.e. the value of your money in the future) by investing and gaining interest over a period of time. For option B, you actually lose out on the opportunity to earn interest.

How much would you have lost in choosing option B or how much would you have gained if you choose option A?In the earlier example where the compounding interest is shown step by step, the mathematical formula can be expressed as

FV = PV (1+ i)n
wherePV = the present value of the money
i = the interest rate
n =the number of compounding periods

Assuming the interest rate is 4.5% per annum, if you have taken $1,000 and invested it with compounded the interest over three years, the total amount you would have in 3 years
FV = 1,000 x ( 1 + 0.045)3= $1,141.16

In other words, your future value of $1,000 today is $1,141.16! Which means you would have lost $141.16 if you choosen option B or gain that amount if you have choosen option A.
Now you know why people say time is money.

The time value of money concept shows that there is a financial basis for saying that.

January 18, 2009

Bisnes Dunia: Pakej Ransangan AS825b DiRancang


AS usaha elak alami kemelesetan lebih terukPENGGUBAL dasar daripada parti bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mencadangkan pakej rangsangan ekonomi bernilai AS$825 bilion bertujuan mengeluarkan ekonomi AS daripada kemelesetan teruk.

“Pakej yang membabitkan penurunan cukai bernilai AS$275 bilion dan pelaburan bernilai AS$550 bilion itu akan dibahaskan Kongres dalam tempoh dua minggu akan datang,” kata seorang jurucakap jawatankuasa Dewan Perwakilan AS.

Cadangan itu yang terkandung dalam Rang Undang-undang Pemulihan dan Pelaburan Semula Amerika itu adalah langkah penting yang pertama dibuat dalam usaha bersepadu bagi mewujud dan menyelamatkan antara tiga hingga empat juta pekerjaan.

Menurut rang undang-undang itu, pakej itu juga akan melonjakkan semula ekonomi AS dan memulakan proses transformasi abad ke-21. Ia akan merangkumi pemotongan cukai pemulihan ekonomi bernilai AS$275 bilion dan AS$550 bilion pelaburan dalam sektor yang wajar dan difikirkan sesuai dengan penyediaan beberapa langkah bertanggungjawab yang belum wujud sebelum ini, demikian menurut ringkasan rang undang-undang itu.

“Ekonomi dalam keadaan amat sukar, walaupun dengan pelaksanaan pakej ini, kadar pengangguran dijangka meningkat kepada antara lapan hingga sembilan peratus tahun ini,” jelasnya. “Tanpa pakej ini, kami diberikan amaran bahawa kadar pengangguran mampu meledak hampir 12 peratus,” jelas ringkasan itu.

Tahun lalu kadar pengangguran di AS melonjak kepada 7.2 peratus, paras tertinggi dalam tempoh 16 tahun. Penggubal Dasar Kanan Parti Demokratik, Charles Rangel, menyifatkan pakej itu sebagai langkah permulaan dan ia akan menyediakan manfaat utama antara lain dari segi penurunan cukai, kesihatan dan latihan pekerjaan kepada rakyat serta insentif kepada perniagaan.

Obama yang akan mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44 pada 20 Januari ini juga mendesak Kongres meluluskan baki pelan menyelamat sektor kewangan bernilai AS$700 bilion yang dilaksanakan pentadbiran George W Bush.

AS akan membuat undian pada Khamis depan untuk mempertimbang permintaan oleh sebilangan wakil Republikan untuk menyekat pelaksanaan baki AS$350 bilion daripada tabung Program Menyelamat Aset Bermasalah (TARP).

“Pelan pemulihan ekonomi baru dibangunkan dengan kerjasama mantap antara Ketua Rumah Perwakilan dan Senat, Obama dan pasukan ekonominya,” kata Rangel yang juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Dewan Perwakilan, antara lain bertanggungjawab memantau langkah percukaian dan pengutipan hasil. Beliau yakin pelan itu akan siap dirangka minggu depan sebelum dibentang kepada Kongres. - AFP

Tinjauan Pasaran: Harga Saham DiTutup Rendah

Pelabur agak keberatan buat belian baru sebelum bercuti hujung mingguHARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam kerana kebanyakan pelabur agak keberatan untuk membuat belian baru sebelum bercuti hujung minggu.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 0.98 mata kepada 896.47. Ia dibuka 0.77 mata lebih tinggi kepada 898.22.

Peniaga berkata, pelan ekonomi Amerika Syarikat (AS) telah meningkatkan keyakinan bahawa ekonomi mereka akan berada semula di atas landasan kerana pentadbiran baru akan membantu ekonomi, khususnya sektor kewangan melalui langkah menyelamat institusinya.

Bagaimanapun, dagangan di Bursa itu kecil kerana kebanyakan pelabur mempercayai tinjauan mengenai ekonomi global masih suram dan sesetengahnya mempercayai bahawa kesan paling buruk belum berakhir. Indeks Perusahaan turun 6.99 mata kepada 2,106.92, Indeks Kewangan turun 88.33 mata kepada 7,040.69 manakala Indeks Perladangan turun 10.52 mata kepada 4,347.81.

Indeks FBMEmas merosot 12.52 mata kepada 5,869.54, FBM30 turun 17.88 mata kepada 5,767.56, FBMMesdaq turun 1.97 mata kepada 3,288.33 dan FBM2BRD meningkat 40.91 mata kepada 4,001.89. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 255 kepada 214 manakala 199 kaunter tidak berubah, 583 kaunter tidak diniagakan dan 31 kaunter digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 546.612 juta saham bernilai RM549.655 juta berbanding 602.933 juta saham bernilai RM711.488 juta kelmarin. Seorang penganalisis berkata pasaran tempatan tidak memberi tindak balas kepada lantunan semula semalaman di pasaran AS berikutan pengumuman kerajaan negara itu untuk menyediakan lebih banyak bantuan kepada Bank of America.

Indeks Purata Perindustrian Dow Jones meningkat 12.35 mata kepada 8,212.49, S&P 500 menokok 1.12 mata kepada 843.74. Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 437.072 juta saham bernilai RM521.655 juta berbanding 560.791 juta saham bernilai RM703.416 juta kelmarin.

Dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 84.795 juta saham bernilai RM24.255 juta from 12.172 juta saham bernilai RM3.585 juta sebelum ini. Dagangan di Pasaran Mesdaq turun kepada 6.305 juta saham bernilai RM1.765 juta daripada 8.634 juta saham bernilai RM2.187 kelmarin. Waran merosot kepada 16.132 juta saham bernilai RM1.393 juta daripada 18.993 juta saham bernilai RM1.706 juta yang dicatatkan sebelum ini.

Bagi kaunter aktif, UEM Land merosot 4.5 sen kepada 79.5 sen, Ramunia meningkat 6.5 sen kepada 38 sen, Oilcorp meningkat satu sen kepada 30 sen, KNM dan Tebrau turun satu sen setiap satu masing-masing kepada 46.5 sen dan 50.5 sen. Antara saham berwajaran tinggi, Sime Darby dan Bumiputra-Commerce turun lima sen setiap satu masing-masing kepada RM5.45 dan RM6.50 manakala Maybank turun 20 sen kepada RM5.30.

Tenaga turun 10 sen kepada RM6 sebelum pengumuman keputusan kewangan separuh tahun pertama, minggu depan. Bagaimanapun, IOI Corp meningkat empat sen kepada RM3.78. Berasaskan sektor, produk pengguna mencatatkan 5.714 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 67.149 juta, pembinaan 35.154 juta, dagang/perkhidmatan 162.018 juta, teknologi 5.407 juta, prasarana 21.265 juta, kewangan 17.770 juta, hotel 290,800, hartanah 105.435 juta, perladangan 15.759 juta, perlombongan sifar, REIT 1.094 juta dan tertutup/dana 11,000. – Bernama

January 16, 2009

Rahsia Jutawan

Hari ini kita hidup dalam dunia ni beberapa puluh tahun sahaja dan akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini, tetapi manusia meninggal dengan meninggalkan nama. Tapi nama kita boleh ditinggalkan atau diingati oleh keluarga kita.

Tetapi yang paling penting adalah apakah matlamat yang kita capai. Tak kisahlah matlamat kita apa pun samada nak mejadi seorang perunding unit amanah, insuran, perniaga dll, tapi yang paling penting adalah matlamat kita tercapai.

Kita boleh tengok yang baru-baru ini, matlamat seorang angkasawan yang telah tercapai untuk sampai ke angkasa. Kita nampak apabila matlamat kita tercapai, itu akan menjadikan kita sebagai manusia yang lebih positif dan akan meneruskan perjuangannya dalam kehidupannya. Bila kita punyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan sekiranya kita punyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya. Kata orang hidup di dunia ni mesti ada mimpi/dream!

Mengenai perlunya idola/mentor. Kita memerlukan idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Idola kita adalah orang yang telah berjaya dalam bidang diceburi seperti upline!. Sebab,kerjaya ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang.

Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.

Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata 'dah kata dulu dah, kerjaya memang macam tu, susah', tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya 'aku berkerja ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran'.

Dia akan tanya 'Berapa jualan engkau sekarang?'. 'Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus'. 'Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja'.

Kewangan Islam Tidak Terjejas Kegawatan Global

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Kewangan Islam di Malaysia tidak terjejas daripada kesan krisis ekonomi global berbanding dengan perbankan konvensional, kata Ketua Pegawai Akademik Pusat Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF), Prof Datuk Dr Syed Othman Alhabshi.

Katanya industri yang turut menyaksikan kemerosotan kecil pertumbuhan, turut dijangka pulih dengan segera."Kami menjangka pertumbuhan dicatatkan dengan segera mulai suku tahun keempat tahun ini,"

katanya kepada pemberita di sini, Rabu.Sektor kewangan Islam negara ini, yang mencatatkan pertumbuhan kukuh dua angka di dalam lewat 1990'an, turut dijangka berkembang lebih pantas daripada perbankan konvensional, kata Othman.

Ketika ditanya sama ada persengketaan Israel-Palestin kemungkinan memburukkan krisis ekonomi global semasa, katanya isu itu tidak akan memberi kesan terhadap iklim global kerana iklim ekonomi global sudah pun buruk.

Mengenai langkah memboikot produk AS oleh sesetengah rakyat Malaysia, katanya perniagaan perlu dilakukan seperti biasa.Katanya Malaysia juga perlu terus mengadakan perdagangan dengan Amerika Syarikat walau pun ekonomi terbesar dunia itu menghadapi kesan krisis ekonomi terburuknya.

"Saya tidak merasakan kita perlu menghentikan perdagangan dengan AS. Kita perlu berdagang dengan mereka sebanyak mungkin kerana ekonomi mereka dijangka melantun semula. Ia akan memakan masa tetapi ia akan melantun semula," katanya.-- BERNAMA

Securities Commission's Guidelines for Islamic REITs

The Guidelines for Islamic REITs stipulated the general Syariah-compliance requirements in respect of all Islamic REITs which include the following (Securities Commission 2005):

● Rental incomes are derived from permissible business activities according to Syariah. In the case where a portion of the rental is from non-permissible activities, then these rentals shall not exceed 20% of total turnover of the Islamic REIT.

● An Islamic REIT is not permitted to own properties where all the tenants operate nonpermissible activities.

● For new tenants, the Islamic REIT shall not accept new tenants whose activities are fully non-permissible.

● For tenants who operate mixed activities, only 20% of the floor area can be occupied for non-permissible activities to the total area occupied.

● For activities that do not involve the usage of space, the Syariah committee/Syariah adviser will base their decision in ijtihad (the process of reasoning by Islamic jurists to obtain legal rulings from sources of Syariah).

● All forms of investment, deposit and financing instruments comply with the Syariah principles.

● The property insurance must be based on Takaful schemes. Conventional insurance schemes are permitted if the Takaful schemes are unable to provide the insurance coverage.

Islamic REITs

Islamic REITs are collective investment vehicles that pool money from investors to buy, manage and sell real estate.

An Islamic REIT is an investment vehicle that invests primarily in:

(a) income-producing Syariah compliant real estate, and/or
(b) single purpose companies which are Syariah compliant whose principal assets comprise Syariah compliant real estate.

The incomes from the real estate or companies are used to provide returns to its unitholders. A portion of the REIT funds can also be invested in other Syariah compliant asset classes e.g. cash or Syariah acceptable deposits.

Islamic REITs provide a new investment opportunity for investors who wish to invest in real estate through Syariah compliant capital market instruments. An Islamic REIT is an effective means of gaining investment exposure to large Syariah-compliant commercial properties.

Investments in Islamic REITs provide opportunities to hold stakes in high-grade Syariah-compliant real estate which may otherwise have been difficult or impossible for a retail investor to hold.

Ekonomi Malaysia masih catat pertumbuhan

EKONOMI Malaysia masih mencatatkan pertumbuhan dan tidak menuju ke arah kemelesetan teknikal, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Dari sudut pandangan kerajaan, kita tidak menuju ke arah kemelesetan teknikal kerana perangkaan tidak menunjukkan (ekonomi) kita menuju ke arah aliran menurun.

Masih ada pertumbuhan dan ia berkembang. “Kerajaan melihat secara realistik apa yang berlaku,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Unjuran Strategik Malaysia ke-11, Institut Kepimpinan dan Strategik Asia di Kuala Lumpur semalam.


Beliau menjelaskan, sektor kewangan dan perbankan di negara ini berada dalam keadaan yang baik manakala dalam sektor pembuatan pula, tidak semua subsektor yang terjejas akibat kelembapan ekonomi global semasa. “Beberapa subsektor (pembuatan) masih mencatat pertumbuhan.

Setakat ini subsektor yang merasakan impak kelembapan ekonomi global ialah subsektor elektronik dan plastik,” katanya. Mengenai sama ada kerajaan akan menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini sejajar unjuran lebih rendah kebanyakan firma penyelidikan termasuk Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Mier), Muhyiddin berkata, ia akan dibuat jika perangkaan menunjukkan ia perlu dilakukan.


“Kita mempunyai standard yang diikuti sebelum membuat semakan. Buat masa ini, unjuran rasmi (pertumbuhan ekonomi pada kadar 3.5 peratus) kekal,” katanya. Beliau menegaskan, orang ramai perlu menerima perangkaan yang diumumkan kerajaan kerana ia adalah berasaskan kepada pertimbangan yang konkrit.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika ditemui selepas melancarkan nama dan logo baru Aseambankers Malaysia Bhd di Kuala Lumpur turut menyatakan pendirian kerajaan untuk mengekalkan unjuran rasminya bagi pertumbuhan ekonomi tahun ini pada kadar 3.5 peratus.

“Bukan menjadi kelaziman bagi kerajaan untuk kerap menukar unjurannya. Kami menyedari dunia sedang berubah. Situasi semasa amat dinamik dan kami perlu memantau situasi ini. Buat masa ini, masih tiada cadangan menyemak semula (unjuran pertumbuhan ekonomi bagi 2009),” katanya.


Pada majlis itu, Aseambankers mengumumkan nama barunya, iaitu Maybank Investment Bank Bhd (Maybank-IB). Nor Mohamed turut menegaskan bahawa kerajaan akan memperkenalkan satu lagi pakej rangsangan ekonomi jika diperlukan. “Jika ada keperluan kita akan perkenalkan satu lagi pakej rangsangan.

Kakitangan Kementerian Kewangan sentiasa meninjau dan mengkaji projek berdaya maju yang mampu dilaksanakan jika ada lebihan dana. “Kerja sentiasa berjalan dan jika kerajaan memutuskan untuk mengadakan pakej kedua, kita tidak perlu lagi keluar mencari projek.

Dari segi saiz dana (pakej kedua itu), masih terlalu awal untuk ditetapkan,” katanya sambil menambah, bagi pakej rangsangan bernilai RM7 bilion yang diumumkan November lalu, ia sudah diagihkan kepada kementerian terbabit dan dijangkakan dibelanjakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

January 15, 2009

Tinjauan Pasaran:Saham Perladangan Terus Diminati


KLCI dijangka bergerak dalam jajaran sempit sehingga akhir minggu ini HARGA saham di Bursa Malaysia mencatatkan penutupan bercampur-campur di tengah-tengah minat belian berterusan di kaunter berwajaran tinggi berpilih.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) susut 0.24 mata kepada 913.46, susulan kejatuhan sebahagian besarnya di kaunter Bumiputra-Commerce. Ia dibuka 2.01 mata lebih tinggi pada 915.71. Indeks Perusahaan meningkat 2.59 mata kepada 2,128.27, Indeks Kewangan turun 48.16 mata kepada 7,244.73 manakala Indeks Perladangan jatuh 5.42 mata kepada 4,422.91.

FBMEmas menokok 0.63 mata kepada 5,986.92, FBM30 turun 11.77 mata kepada 5,885.13, FBMMesdaq jatuh 9.69 mata kepada 3,307.77 dan FBM2BRD naik 25.98 mata kepada 4,013.38.

Seorang penganalisis berkata, kaunter perladangan terus menarik minat besar dan kebanyakan kegiatan membeli dimulakan oleh dana tempatan. Beliau berkata, arah aliran pasaran semalam dijangka serupa dengan kelmarin dan berkemungkinan tertumpu kepada kaunter yang dianggap sebagai syarikat berkaitan kerajaan.

"KLCI dijangka bergerak dalam jajaran sempit hingga akhir minggu ini pada tahap antara 900 dengan 950, ekoran sikap berhati-hati pelabur dalam persekitaran ekonomi global yang suram sekarang," katanya.

Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 406.224 juta saham bernilai RM642.930 juta daripada 453.519 juta saham bernilai RM748.440 juta pada penutup 24.946 juta saham bernilai RM7.409 juta sebelumnya. Pasaran Mesdaq mencatatkan penurunan jumlah dagangan kepada 7.677 juta saham bernilai RM1.879 juta saham daripada 8.782 juta saham bernilai RM1.889 juta. Waran mengecil jumlahnya kepada 13.286 juta saham bernilai RM1.275 juta saham daripada 26.712 juta saham bernilai RM1.976 juta.

Bagi saham cergas, KNM susut setengah sen kepada 48.5 sen, UEM Land naik 9.5 sen kepada 83 sen, Tebrau menokok 1.5 sen kepada 53 sen dan MRCB mengukuh empat sen kepada 87 sen.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby meningkat lima sen kepada RM5.50, Tenaga Nasional turun lima sen kepada RM6.40, Maybank kekal pada RM5.60 dan Bumiputra-Commerce susut 25 sen kepada RM6.75.

Sektor barangan pengguna menyumbang 10.845 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 66.204 juta, pembinaan 44.481 juta, perda-gangan/perkhidmatan 103.594 juta, teknologi 4.785 juta, prasarana 21.201 juta, kewangan 23.879 juta, hotel 569,200, harta 109.606 juta, perladangan 20.578 juta, perlombongan tiada, REIT 389,900 dan dana tertutup 89,000. – Bernama

January 14, 2009

Pengambilan Untung Bursa DiTutup Rendah

KUALA LUMPUR 13 Jan - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan para pelabur mengambil keuntungan selepas kenaikan baru-baru ini, berikutan kekurangan berita-berita yang boleh menggerakkan pasaran, kata para peniaga.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) ditutup pada 876.40, susut 4.10 mata, didahului oleh kerugian di saham-saham berkaitan perladangan seperti IOI Corporation dan Kuala Lumpur Kepong.

Indeks dibuka 3.65 mata lebih rendah pada 919.92 pagi ini.
Pada penutup, Indeks Perindustrian berkurangan 6.22 mata kepada 2,125.68, Indeks Kewangan susut 65.17 mata kepada 7,292.89 dan Indeks Perladangan lebih rendah 129.67 mata kepada 4,428.33

Indeks FBMEmas turun 57.9 mata kepada 5,986.29, FBM30 kehilangan 50.68 mata kepada 5,896.9 dan FBMMesdaq merosot 37.02 mata kepada 3,317.46 tetapi FBM2BRD pula menokok 2.64 mata kepada 3,987.4.

Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 323 berbalas 158 sementara 189 kaunter tidak berubah, 583 tidak diniagakan dan 29 lagi digantung.
Jumlah dagangan lega kepada 515.745 juta saham bernilai RM760.196 juta daripada penutup semalam 574.572 juta saham bernilai RM896.536 juta.

Jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 453.519 juta saham bernilai RM748.440 juta daripada penutup semalam iaitu 511.633 juta saham bernilai RM685.033 juta.

Bagaimanapun, jumlah dagangan di Papan Kedua menokok kepada 24.946 juta saham bernilai RM7.409 juta daripada 19.942 juta saham bernilai RM5.927 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq merosot kepada 8.782 juta saham bernilai RM1.889 juta daripada 14.3 juta saham bernilai RM3.321 juta semalam. Waran-waran berkurangan kepada 26.712 juta saham bernilai RM1.976 juta daripada 26.720 juta saham bernilai RM1.656 juta sebelumnya.

Untuk saham-saham aktif, KNM turun 1.5 sen kepada 49 sen, Tebrau tidak berubah pada 51.5 sen, WCT susut tiga sen kepada RM1.12 dan KUB Malaysia lebih tinggi sebanyak satu sen kepada 31.5 sen.

Berdasarkan sektor produk pengguna menguasai 7.382 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 73.016 juta, pembinaan 53.269 juta, urus niaga/perkhidmatan 136.237 juta, teknologi 4.890 juta, infrastruktur 16.733 juta, kewangan 30.361 juta, perhotelan 3.646 juta, hartanah 97.652 juta, perladangan 29.702 juta, perlombongan sifar, REITs 542,400, dan dana tertutup 87,000. - Bernama

Tokoh-Tokoh Islam

Ibn Bajjah

Umat Islam dipercayai telah sampai kemasyarakat di sana khususnya dalam bidang yang berkaitan keilmuan dan ketermadunan. Bahkan kesan tamadun Islam masih dapat dilihat sehingga ke hari ini. Sepanyol pada zaman sahabat lagi. Kedatangan mereka telah berjaya mempengaruhi kehidupan

Ibn Maskawaih

Orang yang mengasaskan teori evolusibn Maskawaih atau nama sebenarnya Abu Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Yaakub bin Maskawaih merupakan ilmuwan Islam yang terpenting. Walaupun pemikiran falsafahnya tidak banyak dibicarakan tetapi beliau telah mengemukakan berbagai-bagai teori falsafah penting yang

Ibn Haitham

Kajian sainsnya digunakan oleh BaratIslam sering kali diberikan gambaran sebagai agama yang mundur lagi memundurkan. Islam juga dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai lapangan ilmu. Kenyataan dan gambaran yang diberikan itu bukan sahaja tidak benar tetapi bertentangan dengan hakikat sejarah yang sebenarnya.

Jabir Ibn Haiyan

Bapa Ilmu Kimia Jabir Ibn Haiyan (750-803 Masihi), yang lebih akrab dipanggil "Si Geber dari Abad Pertengahan" juga dikenali sebagai "Bapa Ilmu Kimia Dunia". Beliau yang nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, telah berhasil menempatkan dirinya sebagai ilmuwan terkemuka sejak dia mengamalkan bidang perubatan dan alkimia di Kufah (sekarang Iraq) di sekitar tahun 776 Masihi yang silam.

Badi'uzzaman Sa'id Nursi

Tokoh Mujahid dan Mujadid Islam Abad ke 14HSetelah enam ratus tahun bertapak sebagai sebuah kerajaan agung, sejarah menyaksikan detik detik kemuncak kelemahan Kerajaan Uthmaniyah. Sebenarnya detik yang berlaku disekitar awal abad ke 14H itu, diancam oleh pelbagai serangan dalaman dan luaran secara terancang.

Ibn RusydIbnu Rusyd

Nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova pada tahun 1126. Beliau ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes.

Al-GhazaliImam Al-Ghazali

Lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam".Al-Farabi Digelar Aristotle kedua.

Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-Farabi.Ibn TufailAhli falsafah yang mendahului zaman.

Dunia Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah yang hebat. Namun begitu, falsafah Islam tetap dianggap sebagai satu kelompok yang hilang dalam sejarah pemikiran manusia. Maka tidak hairanlah, sejarah lebih mengenali tokoh-tokoh falsafah Yunani dan barat jika dibandingkan dengan ahli falsafah Islam.

Ibn Qayyim

Menghuraikan falsafah ekonomi Islam.Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691/1292 - 751/1350) bukanlah tokoh yang asing dalam kalangan orang Islam, tetapi ramai yang tidak tahu pemikiran dan sumbangannya dalam falsafah ekonomi Islam.

Ibn Qayyim banyak membincangkan konsep kekayaan dan kemiskinan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadi dan riba al-nasiiah, dan mekanisme pasaran.

Al-Biruni

Ahli falsafah yang serba boleh.Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah.Al-RaziKaryanya menjadi rujukan dunia Eropah.

Al-Razi

Merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato.

Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yang mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme.

Ibn SinaIbnu Sina

Merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat.

Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.

Ibn Khaldun

Kemukakan teori ekonomi IslamIbn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy, dan SepanyoL

Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu.

Malik Ben Nabi

Tokoh pemikir yang setanding dengan IqbalMalik Ben Nabi dilahirkan di Constantine, sebuah kota di Algeria Timur pada tahun 1906. Beliau mendapat pendidikan awal di sebuah Madrasah al-Quran di Perancis.

Disebabkan kepintaran dan kepandaiannya, Malik mendapat biasiswa bagi meneruskan pengajiannya dalam kelas persediaan selama dua tahun di sekolah El-Djelis di Constantine.dan lain2 lagi....

Tinjauan Pasaran: Tiada Berita Penggerak Pasaran

Sentimen masih dipengaruhi kejatuhan Wall Street, kemelesetan global HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam dengan pelabur mengambil keuntungan selepas kenaikan baru-baru ini, berikutan kekurangan berita yang boleh menggerakkan pasaran.

Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ditutup pada 876.40, susut 4.10 mata, didahului kerugian saham berkaitan perladangan seperti IOI Corporation dan Kuala Lumpur Kepong. Indeks dibuka 3.65 mata lebih rendah pada 919.92 pagi semalam.

IOI Corporation merosot 20 sen kepada RM3.80 dan Kuala Lumpur Kepong turun 15 sen kepada RM9.85. Peniaga juga mengaitkan sentimen lemah kepada kejatuhan semalaman Wall Street dan juga pasaran serantau, diketuai saham komoditi memandangkan kemelesetan global yang kian teruk menyebabkan permintaan rendah untuk bahan mentah.

Pada penutup, Indeks Perindustrian berkurangan 6.22 mata kepada 2,125.68, Indeks Kewangan susut 65.17 mata kepada 7,292.89 dan Indeks Perladangan lebih rendah 129.67 mata kepada 4,428.33.

Indeks FBMEmas turun 57.9 mata kepada 5,986.29, FBM30 kehilangan 50.68 mata kepada 5,896.9 dan FBMMesdaq merosot 37.02 mata kepada 3,317.46 tetapi FBM2BRD pula menokok 2.64 mata kepada 3,987.4. Saham rugi mengatasi saham untung dengan 323 berbalas 158, sementara 189 kaunter tidak berubah, 583 tidak diniagakan dan 29 lagi digantung.

Jumlah dagangan lega kepada 515.745 juta saham bernilai RM760.196 juta daripada penutup kelmarin 574.572 juta saham bernilai RM896.536 juta. Jumlah dagangan di Papan Utama merosot kepada 453.519 juta saham bernilai RM748.440 juta daripada penutup kelmarin iaitu 511.633 juta saham bernilai RM685.033 juta.

Bagaimanapun, jumlah dagangan di Papan Kedua menokok kepada 24.946 juta saham bernilai RM7.409 juta daripada 19.942 juta saham bernilai RM5.927 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq merosot kepada 8.782 juta saham bernilai RM1.889 juta daripada juta daripada 26.720 juta saham bernilai RM1.656 juta sebelumnya.

Untuk saham aktif, KNM turun 1.5 sen kepada 49 sen, Tebrau tidak berubah pada 51.5 sen, WCT susut tiga sen kepada RM1.12 dan KUB Malaysia lebih tinggi sebanyak satu sen kepada 31.5 sen. Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby kekal pada RM5.50, Tenaga Nasional merosot lima sen kepada RM6.45 dan Maybank susut 10 sen kepada RM5.60.

Berdasarkan sektoral, produk pengguna menguasai 7.382 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk perindustrian 73.016 juta, pembinaan 53.269 juta, urus niaga/perkhidmatan 136.237 juta, teknologi 4.890 juta, infrastruktur 16.733 juta, kewangan 30.361 juta, perhotelan 3.646 juta, hartanah 97.652 juta, perladangan 29.702 juta, perlombongan sifar, REITs 542,400, dan dana tertutup 87,000. - Bernama

Majlis Penasihat Syariah (SAC) Suruhanjaya Sekuriti Luluskan 843 Sekuriti Halal

KUALA LUMPUR 30 Mei – Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini menerbitkan senarai terkini sekuriti berasaskan syariah di Bursa Malaysia yang berkuat kuasa hari ini.

Menurut kenyataan SC di sini hari ini, sekuriti yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC) itu berjumlah 843 sekuriti mewakili 85 peratus sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Senarai itu termasuk 23 sekuriti yang baru berasaskan syariah tetapi tidak termasuk 12 sekuriti yang disenaraikan sebelum ini pada November tahun lalu.
Senarai itu juga menyatakan bahawa sekuriti berasaskan syariah digambarkan dalam semua industri sektor.

Bagi mengklasifikasikan sekuriti yang disenaraikan, SAC telah menggunakan kriteria standard dalam menumpukan aktiviti syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia
Pendekatan dan kriteria yang digunakan serta nasihat dan panduan pelupusan sekuriti tidak berasaskan syariah dinyatakan dalam senarai itu.

Senarai penuh yang dikemas kini dua kali setahun boleh diperoleh melalui laman web SC di www.sc.com.my. Ia juga akan diterbitkan sebagai buku kecil dan boleh didapati di SC hujung Jun ini.

AIA Berhad Terima Lesen Pengendali Takaful Antarabangsa Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- American International Assurance Bhd (AIA Bhd), menerima lesen Pengendali Takaful Antarabangsa (ITO) pertama Malaysia daripada Bank Negara Malaysia.

Lesen itu membolehkan unit milik penuh AIA Bhd, AIA Takaful International Bank (ATIB), menjalankan perniagaan takaful dan takaful semula komposit, keluarga dan am, dalam mata wang antarabangsa.ATIB beroperasi sejak 15 Sept tahun ini."

Kini kami boleh menawarkan penyelesaian takaful bagi golongan pertengahan dan berada serta pemastautin dan bukan pemastautin di Malaysia," kata ketua pegawai eksekutif dan pengarah AIA Bhd ATIB, Khor Hock Seng, dalam satu kenyataan hari ini."

Ini akan membolehkan kami memanfaatkan pasaran takaful global yang sedang berkembang serta menyumbang kepada peluasan prasarana takaful ATIB. Ia juga akan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan serantau bagi AIA," katanya.

Sebagai satu daripada segelintir peserta di Malaysia yang menawarkan penyelesaian takaful dalam mata wang antarabangsa, ATIB berada pada kedudukan yang sangat baik untuk meraih manfaat daripada pertumbuhan kukuh sektor kewangan Islam global dan domestik.-- BERNAMA

Pelan Mantap Kewangan Islam

WALAUPUN industri kewangan Islam berkembang pantas, namun saiznya masih terlalu kecil berbanding saiz potensi pasarannya dan beberapa pelan kerja umum perlu dilaksanakan untuk menempatkan semula industri berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kerajaan menggariskan beberapa pelan kerja bagi menempatkan semula industri kewangan berkenaan bagi memastikan ia dapat diperluaskan kepada satu bilion umat Islam di seluruh dunia.

Katanya, satu halangan utama terhadap pertumbuhan kewangan Islam ialah kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai mengenai mod alternatif perbankan, insurans dan pelaburan Islam dan pemain industri itu perlu terus berurusan dan mendidik orang ramai bagi menangani masalah ini.

“Kewangan Islam juga memerlukan penyelidikan dan kajian lebih lanjut dengan melaksanakan wacana di semua peringkat dan perlu membabitkan pengawal selia, pengamal dan ahli akademik.

“Selain itu, pelaburan dalam modal insan juga perlu dipertingkatkan. Ini kerana, kekurangan pengetahuan mengenai kewangan Islam sedikit sebanyak mempunyai kaitan besar terutama dalam menyediakan pekerja pakar yang berkelayakan,”

katanya menyampaikan ucaptama di majlis perasmian Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2008 (KLIFF 2008) di Kuala Lumpur.

Wasiat Instrumen Bijak Pengurusan Harta

WASIAT adalah instrumen dan mekanisma terbaik kepada pengurusan dan pentadbiran aset dalam Islam.

Tuntutan berwasiat tidak hanya kepada orang kaya dan berharta, malah orang miskin dan tidak berkemampuan perlu berwasiat sebelum menghembus nafas terakhir.Persepsi bahawa wasiat hanya aplikasi pengurusan dan pentadbiran harta orang kaya dan gaya hidup mewah perlu diubah segera.

Ini kerana wasiat disyariatkan kepada seluruh umat manusia, termasuk bukan Islam.Sekitar tahun 1990-an, kita dikejutkan dengan laporan hampir RM30 bilion nilai aset umat Islam dibekukan dan tidak dituntut akibat kematian yang rata-ratanya tanpa wasiat di samping sistem pentadbiran dan pengurusan harta yang lemah.

Terkini kita digemparkan sekali lagi dengan hampir RM40 bilion nilaian semasa aset umat Islam di Malaysia yang tidak dituntut atas alasan sama.Situasi genting itu berikutan kelalaian umat Islam mentadbir harta mereka menurut syariat dan kurangnya maklumat serta rendahnya kesedaran berwasiat.

Isu yang dianggap sensitif bagi sesetengah pihak dan dianggap tidak penting serta dipandang remeh sudah membelenggu umat Islam sejak dulu lagi hingga di zaman serba moden dan sofistikated ini.Lantaran itu, ia turut mendapat perhatian serius Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggesa umat Islam agar mengambil berat dan tidak lagi memandang ringan mengenai pengurusan dan pentadbiran harta mereka iaitu melalui alternatif penyediaan wasiat ketika masih hidup lagi.

Islam menyediakan platform terbaik untuk mengurus dan mentadbir harta secara lebih bijaksana, namun ruang dan peluang berkenaan tidak digunakan sepenuhnya.Jika umat Islam masih memandang remeh mengenai penyediaan wasiat ke atas harta di bawah milikan dan kawalan mereka, sudah tentu nilaian aset tidak dituntut umat Islam akan terus bertambah dan dibekukan.

Kelalaian itu amat tidak ekonomik dan amat merugikan negara. Seharusnya aset bernilai itu ditadbir dan diurus sebaik mungkin agar ia bermanfaat kepada pihak yang memerlukan atau boleh disalurkan terus ke arah perkembangan dan kemajuan Islam.

Menurut istilah syarak, wasiat adalah pemberian seseorang kepada orang lain baik berupa wang, hutang ataupun manfaat untuk dimiliki oleh orang yang diberi wasiat sesudah orang yang berwasiat meninggal dunia.

(Sayyid Sabiq, 1990)Sebahagian fuqaha mendefinisikan wasiat sebagai pemberian hak milik secara sukarela yang dilaksanakan selepas pemberinya meninggal dunia.Di sini, terdapat perbezaan antara hibah dan wasiat.

Pemilikan yang diperoleh daripada hibah terjadi pada saat itu juga, yakni ketika pemberinya masih hidup sedangkan pemilikan yang diperoleh daripada wasiat hanya berlaku selepas kematian pewasiat itu.

Di samping itu, hibah berupa barang, sementara wasiat boleh berupa barang, hutang ataupun manfaat.Legaliti dan legitimasi wasiat adalah berpandukan firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 180 yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan tanda-tanda kematian, jika dia meninggalkan harta yang banyak, berwasiatlah untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf.

Ini adalah kewajipan atas orang yang bertakwa.”Dalam sebuah hadis, dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Hak bagi seorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan, sesudah bermalam selama dua malam tiada lain wasiatnya itu tertulis pada amal kebajikannya.”

Ibnu Umar berkata: “Tidak berlalu bagiku satu malam pun sejak aku mendengar Rasulullah s.a.w mengucapkan hadis itu kecuali wasiatku selalu berada di sisiku.” (HR Bukhari dan Muslim).

Terdapat beberapa kelebihan jika kita membuat persediaan awal menyediakan wasiat sebagai satu daripada proses pengurusan dan pentadbiran aset di bawah kawalan dan milikan kita.Ini adalah kerana ia dapat diselenggarakan dengan baik, cekap dan profesional dengan kos yang minimum.

Wasiat kita dapat diurus dan ditadbir oleh orang yang bertauliah seperti peguam dan ejen wasiat yang mempunyai kelayakan dalam mengendalikan segala urusan berkenaan wasiat merangkumi aspek dokumentasi, penyimpanan, pengurusan, pemeliharaan sehingga kepada urusan pelaksanaan wasiat jika berlaku kematian.

Proses tuntutan harta pusaka juga menjadi lebih cepat, mudah dan lancar dengan adanya wasiat yang sah. Ini sudah tentu dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan, perselisihan dan perebutan harta di kalangan waris yang berhak pada masa depan.

Di Malaysia terdapat agensi kerajaan seperti Amanah Raya Berhad (ARB) dan agensi swasta seperti Amanah Hibah dan Warisan MUKMIN yang menyediakan khidmat pengurusan dan pentadbiran wasiat secara profesional dan sistematik.

Kebiasaannya aset yang dilaporkan terpaksa dibekukan kerana tidak dituntut oleh pewaris berhak meliputi wang simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), simpanan di koperasi dan bank, kereta, hartanah seperti rumah dan bangunan, simpanan saham amanah, insurans dan pelaburan saham syarikat.

Sekiranya keadaan itu tidak diberi perhatian sewajarnya, ia boleh memberi impak negatif kepada perkembangan ekonomi negara kerana aset berkenaan beku dan tidak dapat dimajukan sewajarnya.

Kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi menerapkan kepentingan berwasiat dan semua pihak hendaklah peka mengenai mentadbir serta mengurus harta mereka melalui medium wasiat.Untuk itu, di samping penyediaan wasiat melalui khidmat peguam dan ejen wasiat bertauliah, maklumat dan langganan khidmat itu boleh didapati melalui kaedah kursus gaya pos yang membekalkan buku dan cakera padat video (VCD).

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers